بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Keluarga kita tengah senang lenang, tetiba jatuh susah... Bisnes jatuh... Hilang kerja tetiba... Rumah kena lelong, anak memberontak, kebahagiaan suami isteri hilang...
Mesti kita mencari... Apa puncanya...
Kenapa tetiba perkara ini terjadi???
Semak diri dan keluarga...
Adakah 7 sebab ni pernah terjadi dalam keluarga kita...

1. Sering bergaduh
Selalu berselisih faham walaupun sebab yang remeh temeh dan kurang musyawarah dalam rumahtangga.
2. Merungut dan merasakan anak-anak sebagai beban
Merasa susah dengan anak-anak yang ada... Cabaran membesarkan anak dan dirasakan susah dan beban untuk membesarkan mereka.
3. Selalu mengeluh dengan suami kerana tak dapat sesuatu
Merungut dan mengungkit jika tak dapat sesuatu permintaan.
4. Kedekut atau lokek dengan pasangan dan anaka-anak
Terlalu berkira dengan suami atau isteri isteri dan anak-anak... Takut miskin jika terlalu berbelanja kepada anak-anak dan pasangan.
5. Gagal mengawal emosi dan marah
Mudah marah dan mudah merajuk
6. Kurang sabar
Mudah naik angin hanya isu yang kecil. Mengundang syaitan dalam diri sendiri.
7. Kurang berdoa
Berdoa bukan hanya untuk memohon sesuatu permintaan tapi untuk nikmat yang Allah beri... Doa lah moga Allah pelihara rezeki dalam rumahtangga dan syukuri nikmat yang diberi.
Sebab lain buatkan rezeki masih jauh... Ialah sebab kita jauh dengan pemberi rezeki...
Sama-sama kita muhasabah diri...
terima kasih atas perkongsian ini.
BalasPadamsama sama dpt muhasabah diri..
tq.
BalasPadamaida ni kekadang dgn anak2 cepat marah :(
tapi tu la, sib baik asben aida tukang nasihat :)
nak tnua.. saya selalu tak puashati dengan nafkah suami saya.. semua saya nak kena beli duit sendiri.. Suami juga susah nk dpt kerja tetap
BalasPadamJika suami susah lapangkan Rezekinya dengan redha isteri.. redha lah untuk seketika dengan kongsi rezeki dgn suami... Kalau suami tak izinkan kita bekerja .. takde maknanya rezeki kita dapat tu... Jadi apa salahnya redha dgn rezeki yang kita keluarkan utk keluarga sementara suami nak dapat rezeki yang tetap...
Padam