بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Bila bercakap pasal hutang... Hmmm... Diakhir zaman, tak lari dari berhutang...
Hidup kita tak selalu senang, adakala diuji dengan kekurangan wang ringgit... Masa inilah kita mula berfikir untuk meminjam... Antara kawan, adik beradik ataupun orang tak dikenali... Siapa orang yang sesuai, boleh kita pinjam...
Biasanya... Ada orang senang berhutang dengan kawan... Ada orang dengan adik beradik...
Pengalaman kami... Masa memula kahwin dulu, memang susah... Kerap juga meminjam... Alhamdulillah.. Dengan izin Allah... Selesai segala hutang tu, termasuklah hutang kepada adik beradik dan juga mak sendiri...
Hutang WAJIB dibayar...walaupun dengan saudara sendiri... Jika niat nak pinjam maka wajib bayar balik... Tak dapat banyak sekali gus, bayar sikit-sikit... Jangan kita anggap, owhh... Adik beradik buat tak kan tu pun nak berkira...
Tak kira adik beradik kita orang miskin atau kaya hutang wajib dibayar sebab kita pinjam... Hutang wajib dibayar.. Dan warisnya wajib tahu tentang hutang tersebut... Selagi orang yang beri hutang tak halalkan, maka wajib bayar.
Hutang antara adik beradik yang tak mampu nak balas ialah hutang budi... Sebab tu orang kata hutang budi dibawa mati... Apa pun selagi terdaya kita balaslah hutang budi tersebut... Insha Allah... Allah lebih mengetahui...
Kerana itu juga, kami bertekad nak berbisnes untuk bantu keluarga dan kerabat sendiri, kerana kita bukan orang senang... Moga Allah permudahkan...
Sangat setuju...setakat ini julia xd hutang dgn adik beradik mak dan abah...cuma hutang dgn Allah je byk x lunas lg...
BalasPadambetul sangat tu sis..
BalasPadam