GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

7 Amalan Ketika Mengandung Untuk Elakkan Demam Kuning!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Biasa dan normal zaman sekarang, jika anak diserang demam kuning lepas lahir.. Tapi pada zaman dahulu sangat jarang bayi kena demam kuning. Macam yang Mak MF pernah kongsikan... Lapan beradik kami, hanya adik bongsu MF je kena demam kuning... Yang lain, Alhamdulillah... tiada demam kuning. 

Ada orang kaitkan demam kuning dengan jenis darah ibu, tapi sejauhmana kebenaran tak pasti pula. Apa pun, pesan Mak MF, untuk elakkan demam kuning, jaga dan amalkan pantang larang semasa mengandung. Insha Allah anak tak kena demam kuning. 

Antara amalan yang boleh diamalkan untuk elak demam kuning semasa mengandung:


  1. Makan madu tanpa air tiga sudu atau air + madu sebanyak 5 sudu.
  2. Amalkan susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan dan malam sebelum tidur
  3. Amalkan pati delima paling kurang 500ML setiap hari. Yang ni MF amalkan pati delima gulsan je, setiap hari satu atau dua sudu. 
  4. Makan kurma ketika sarapan.
  5. Amalkan makan buah tin setiap tiga hari
  6. Makan minyak zaitun apabila bayi berusia 5 bulan ke atas.
  7. Amalan untuk semua, iaitu suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang hamil sambil berselawat banyak-banyak. 

Antara petua lama yang pernah MF amal masa mengandung anak pertam dan kedua.
  • Elakkan makan kunyit
  • Elakkan makan makanan dan minuman ringan
  • Banyakkan makan buah dan sayur segar. 
  • Banyakkan baca surah al-Insyirah sepanjang kehamilan, moga anak dilindungi sehingga melahirkan.


Tapi kalau sesekali mengidam takpe la nak makan tapi jangan amal makan jajan dan minuman ringan. 

5Ulasan

  1. Terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna ni. Walaupun tak kahwin lagi eh, tapi in sha Allah boleh jadi panduan kepada bakal isteri saya nanti.

    BalasPadam
  2. nice info :D

    Saya Tag sini : http://shapurplegirl.blogspot.my/2016/01/giveaway-2016-tahun-impian-kita-by.html

    BalasPadam
  3. makanan dan minuman ringan tu betul sangat..lagi2 yang bergas.dan berais..elak kan la supaya anak tak kena kuning.

    BalasPadam
  4. Buah tin tu buah ape ye.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ