GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Bersukan Cara Rasulullah S.A.W.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bersukan Cara Rasulullah S.A.W. | Dalam Islam, waktu 24 jam sehari cukup cantik disediakan untuk memenuhi keperluan manusia. Jika diperhatikan waktu berehat dan berhibur serta beriadah turut disediakan dalam tempoh itu. Waktu riadah terbaik ialah selepas Asar. Sebab tu, selepas Asar tak digalakkan tidur dan tiada solat sunat selepas Asar. Tujuannya, dalam tempoh sebelum senja tu, kita gunakan untuk beriadah, bersukan dan habiskan masa bersama keluarga. 

Sukan pada hari ini sangat banyak... Namun, ada tiga jenis sukan yang amat digalakkan oleh Sunnah Rasulullah s.a.w: Jom kenali sukan kegemaran Rasulullah s.a.w:

Bersukan Cara Rasulullah S.A.W.

1. MEMANAH

Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Persiapkalah semua kekuatan yang kalian miliki.Ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah." (HR Muslim)

Kebaikan Memanah:

  • Melatih emosi dan fizikal untuk memberikan tumpuan kepada sasaran.
  • Sangat menitikberatkan keseimbangan tubuh. Jika emosi si pemanah tidak stabil, panahan amat mudah tersasar.
  • Jadi, memanah melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.


2. BERENANG

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah." (HR Bukhari dan Muslim)

Kebaikan Berenang:

  • Semasa berenang, mental, fizikal dan otot serta tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan selain merangsang stamina iaitu sistem kardiovaskular.
  • Berenang juga memberi peluang kepada manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.


3. BERKUDA

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Lemparkanlah (lepaskanlah anak panah) dan tunggangilah (kuda)." (HR Muslim)

Kebaikan Berkuda:

  • Dapat merawat segala masalah penyakit tulang belakang serta mencerahkan penglihatan.
  • Anggota badan dan kepala hingga ke kaki akan menjadi sihat akibat kesan dari lompatan kuda.

(Sumber: Majalah Ana Muslim)

Kesimpulan:

Kesemua sukan ini, perlukan kos yang tinggi pada masa kini... Sebab tu, hanya orang berada mampu sediakan sukan sebegini untuk didikan anak-anak... Bagi yang kurang mampu... mampu tengok saja lah... Namun, bagi anak kampung tiada masalah nak belajar sukan ni... Kalau Memanah tu, MF sendiri pernah buat busur panah dan anak panah sendiri dari batang kayu... Seronok main panah... Berenang, boleh saja berenang di sungai... Tapi bagi anak bandar, terhad dan kalau nak belajar kena la keluarkan duit kan... Apa pun, moga dapat kita tanamkan minat bersukan dalam diri anak-anak.. itu yang sebaiknya.. Bersukan apa pun bagus untuk badan.. Asalkan jaga pergaulan dan aurat... Insha Allah, berkat sihat dan selamat. 

3Ulasan

  1. Betul..kalau hendak ambil kelas di luar untuk sukan seperti memanah atau berkuda dan berenang pasti melibatkan kos...jadi adik adik..anak anak yang masih bersekolah sekiranya disekolah ada menyediakan sukan memanahh..ambil la kesempatan untuk libatkan diri...

    BalasPadam
  2. 3 cara rasulullah bersukan tu semuanya da manfaat tersendiri

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ