GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Apa Yang Kita Dapat Dari Cerita Culik Nur Amirah???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kisah penculikan yang hangat diperkatakan oleh rata-rata rakyat Malaysia terutama di media sosial... Termasuk juga video perbualan penculikan yang tersebar luas di facebook dan whatsapp... MF tak ambil port pada asalnya, cuma baca sahaja...


Tapi pada 1 Januari semalam. Ramai yang marah sebab tertipu kerana Nur Amirah sengaja mengadakan cerita dia diculik... Alasannya, dia nakkan kebebasan...

Tak kurang juga yang sengaja buat post perli pasal budak ni... Komen MF, tak perlu nak kutuk marahkan dia atau salahkan sesiapa... Perkara ni terjadi dengan izin Allah ujian dari Allah untuk ibu bapanya dan pengajaran buat semua ibu bapa yang ada..

Apa yang kita dapat dari kisah dia ni...

Dari cerita ni, buatkan MF buka mata... Fuhh...mencabarnya nak didik anak perempuan yang akan datang ni.. Kalau dah zaman sekarang macam ni kan...

Kalau anak lelaki lain cabarannya, tapi anak perempuan ni lain... Apa yang boleh MF ambil pengajaran ialah...

- didikan untuk anak perempuan zaman sekarang tak macam mak bapa kita didik kita dulu... Jika dulu, mak marah berleter macam mana pun kita diam je...berani marah dalam hati je...tapi zaman sekarang ni, silap-silap lari rumah. nauzubillah...

-kena didik anak dengan ilmu agama yang mantap dari hati...

- tak boleh terlalu mengongkong, tak boleh terlalu bebas... Didik anak perempuan ibarat macam layang-layang... Walaupun terbang bebas di udara, tapi masih berpegang pada talinya.

- ajar anak takut dengan dunia luar...

- ajar anak lebih banyak masa di rumah...

- bila dah bersekolah kena ambil tahu kehidupan di luar rumah dari masyarakat dan kena kenal siapa kawan-kawannya.

- bila meningkat dewasa kena lebihkan nasihat dan perhatian dan kurangkan marah.

- dan utama kena sentiasa doa dan didik anak supaya tidak tinggalkan solat walau di mana dia berada.

Itu pengajaran buat MF... Insha Allah, MF jadikan ini satu anjakan untuk MF mendidik anak perempuan... Seram sejuk sebenarnya. Dua anak perempuan yang semakin meningkat remaja... Pastinya zaman mereka berbeza dengan zaman kita...

Jadi, tak usahlah kutuk perli atau kata yang negatif tentang Nur Amirah tu... Mungkin hari ni dia tersalah langkah, tapi tak bermakna langkahnya terus salah... Insha Allah, belum terlambat dia nak kembali ke pangkal jalan...

Buat keluarganya, moga mereka tabah... Ujian Allah yang hebat untuk orang yang hebat... Dari situ kita akan belajar apa silap kita sebagai ibu bapa untuk jadikan anak kita lebih baik pada masa akan datang. 

7Ulasan

  1. Budak Nur Amira tu gatal nak kahwin kot? Kahwinkan saje. Habis cerita.

    BalasPadam
  2. betul tu kak, didikan untuk anak-anak zaman sekarang memang beza ngan zaman dulu. kena jadikan kisah adik Amirah ni jadi pengajaran

    BalasPadam
  3. Cabaran paling besar buat ibu bapa adalah mendidik anak2 perempuan zaman sekarang.. Smg Allah bantu kita dalam menangani anak2 dgn terbaik.

    BalasPadam
  4. Salam kak pada mulanya saya marah geram tapi bila fikir fikir balik betul ni Allah rencanakan .... cuma mesti ada pengajaran bukan sahaj buat family nur amirah tu sendiri tapi buat kita semua

    BalasPadam
  5. setuju sangat. perli memerli x ada gunanya. biar amirah dijadikan pengajaran oleh semua orang

    BalasPadam
  6. Setuju. Banyak hikmah di sebalik kisah ni. Terima kasih tips di atas. Cantiklah blog MF ni.

    BalasPadam
  7. saya setuju...apa yg jadi , semuanya ujian dari Allah untuk kita semua...budak tu pun baru umur 14 tahun...akal pendek lagi....jangan lah nak kutuk2 dia...kita pun tak tahu apa masalah yg dia ada...
    kene ingat , kita ni pun ada anak perempuan, adik perempuan, anak sedara perempuan...

    wallahualam

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ