Nak Kongsi Kena Fikir Orang Lain Juga!

Kadang hidup ni kena fikirkan orang juga...
Dan kadangkala kena fikirkan diri sendiri...

Mudah je...
Apa yang kita nak kongsi...
Fikirkan satuuu je...
Apa orang lain dapat dengan perkongsian kita tu...

Kalau kita share gambar makan-makan dan menu sedap..  Kita kongsikan juga tempatnya... Moga orang lain boleh pergi situ satu hari nanti... Selitkan doa...

Kalau kita kongsi gambar masakan yang sedap..  Kita bagi resepi sekali... Suatu hari orang boleh merasainya sendiri...

Kalau kita kongsi tempat bercuti yang indah... Kita kongsikan info percutian kita sikit... Moga satu hari orang lain dapat merasai... Doakan orang lain moga dapat rasa apa yang kita nikmati...

Jadi, bukan satu masalah nak kongsi apa yang kita suka, kita dapat... Tapi kongsikan sekali manfaat yang orang lain boleh dapat dengan apa yang kita kongsikan itu... Doakan orang lain juga...

Tapi jika kongsi gambar, dengan caption seronok.. Feeling... Tapi tiada info... Tu la yang menyebabkan berlaku sentap menyentap tuh... Seolah-olah nak menunjuk dan harapkan pujian... Tu la akan terjadinya depan puji...dalam hati menyentap sendiri...

Tak salah nak kongsi... Tapi kita kena jadi pengkongsi yang bijak!!!

Jadi, nak kongsi kena fikir orang lain sama!


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. salam kak perkongsian yang menarik , betul la , tak semua orang rasa apa yang kita rasa.

    BalasPadam
  2. betul tu MF...sy kalau nampak sedara mara apdet benda2 mcm tu...mmg jelesjer mampu..nak dapatkan tak mampu ahakss.....

    BalasPadam
  3. Setuju dgn entri ini. Nasihat yg baik.

    BalasPadam
  4. Apepun jadikan suatu perkongsian tu sesuatu yang positive..pandang yang positive..dunia internet dunia yang luas dan katanya dah nama pun media sosial..jangan kongsi benda yang tak elok sudah lah kan :)

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^