Tiada Kenaikan Bayaran Proses MyKad!!!

Maria Firdz
2
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hari Jumaat lepas ada juga la terbaca kat wall facebook, kawan facebook MF update... "Sesiapa yang belum tukar MyKad dua gambar, sila berbuat demikian sebelum 1/10 kerana bayaran akan dinaikkan dari RM10 kepada RM50. Ada tertampal kat JPN" Lebih kurang camtulah ayatnya. Seperti biasa, MF kan ignore je status tak sahih camtu..

Sekali, belek-belek berita online hari ni.. Rupanya berita tu palsu sahaja... Hal tersebut dinafikan oleh JPN sendiri dalam sidang media yang diadakan. Ini MF printscreen dari Berita Harian Online.


Siapalah yang tak bertanggungjawab sesuka hati buat fitnah dan sebarkan berita palsu tu ye. Menyusahkan semua orang. Yang tukang sebar pun sama naik juga lah.. Lainkan jangan ringan tangan dok tekan butang share sangat. Semak dan siasat dulu sebelum nak share sesuatu info. 

Biasa info sebegitu MF tak percaya bulat-bulat... MF akan cari kat berita online seperti Astro Awani, Harian Metro atau Berita Harian... Atau rujuk sendiri kat website atau page yang berkenaan. Jika ada, maknanya info tu betul.. Jika tiada maknanya orang saja adakan cerita. 

Fitnah tu lebih buruk dari membunuh. 
Ingatlah..dosa fitnah ni dosa besar...sama juga dengan dosa penyebar fitnah. 

Kita tak banyak pahala, jangan pula tambah dosa. 

Catat Ulasan

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Baru plan nak pergi update IC selasa depan sebab takut naik harga. Terima kasih sebab share. *Terpedaya sudah dengan mesej berantai di media sosial...Hmm*

    BalasPadam
  2. Banyak dapat info kat wasap ari tu ... Memang ada plan pun ... Ingatkan nak buat skali ngan ic anak sulong ...

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !