5 Tanda Diet Anda Berjaya!

Maria Firdz
1
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Mungkin anda merasakan telah berjaya tetapi tidak sepenuhnya. Jangan bimbang ada beberapa perkara yang boleh menunjukkan diet anda berjaya. Jadi bolehlah anda tahu sama ada diet yang diamalkan itu sesuai atau tidak dengan tubuh anda. Tidak semestinya bergantung kepada mesin penimbang untuk menunjukkan keberkesanan diet anda.

Sumber: Google images

Lingkaran Pinggang
Biasanya diet akan berjaya apabila lingkaran pinggang juga turun. Walau bagaimanapun, mesti terus berusaha untuk menurunkan berat badan sehingga mencapai berat ideal. Kadang-kadang berat badan sahaja yang berjaya turun tetapi belum tentu lingkaran pinggang terutamanya jika berat hanya turun 1-2kg sahaja.

Semangat Untuk Bersenam
Ketika anda ingin bersenam sama ada di gimnasium atau tempat riadah, anda merasakan sangat seronok, lebih menyenangkan dan tidak membebankan. Malah, ketika bersenam, tahap pernafasan juga stabil. Ini menandakan diet anda berhasil.

Badan Lebih Segar
Setiap kali bangun pagi, rasa badan lebih segar dan ringan. Selain itu, rasa ada rehat yang cukup dan lebih bersemangat untuk melakukan kerja-kerja harian. Ini menandakan diet yang dilakukan adalah betul dan nutrisi yang diperlukan oleh badan mencukupi.

Tidak Mudah Sakit
Sentiasa dalam keadaan cergas, fit dan tidak mudah sakit. Ini menunjukkan badan berada dalam situasi, metabolisme dan penghadaman yang baik.

CERMIN DIRI
KETIKA BERADA DI HADAPAN CERMIN, ANDA SENDIRI DAPAT MERASAKAN BAHAWA PENAMPILAN ANDA LEBIH LANGSING DAN BERBEZA DARI SEBELUM INI. NILAILAH DENGAN JUJUR DAN PERBETULKAN LAGI PROGRAM DIET YANG ANDA LAKUKAN. MENURUT BRAD J BUSHMAN DALAM JOURNAL OF APPLIED PSYCHOLOGY, MELIHAT BAYANGAN SENDIRI DI CERMIN AKAN MEMBUATKAN ANDA LEBIH SEDAR TERHADAP APA YANG ANDA AMBIL DAN BERAPA BANYAK YANG ANDA MAKAN.

Diakui Oleh Kawan-kawan
Bukan seorang dua yang perasaan tentang perubahan diri anda tetapi ramai yang mengakui bahawa anda kelihatan semakin kurus. Jadi, tidak sia-sia latihan dan program diet yang anda lakukan itu.

Syabas, Teruskan Disiplin Diet Anda!

Sumber: Karangkraf

Catat Ulasan

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Apa pun tindakan yang dilakukan..sekiranya bermanfaat istiqhomah.terima kasih MF sharing.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !