7 Idea Kreatif Aktiviti Hujung Minggu Yang Menjimatkan!!!

7 Idea Kreatif Aktiviti Hujung Minggu Yang Menjimatkan!!!
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Musim berjerebu ni aktiviti luar rumah terpaksa dihadkan.. Waktu berkurung je walaupun ketika hujung minggu... Dah nak buat macam mana, ada anak kecil kesihatan si kecil diutamakan... Imun badan diorang masih tak utuh untuk hadapi perubahan cuaca yang tak menentu... 

Jadi, sebagai ibu bapa kena cipta aktiviti hujung minggu yang berfaedah, tidak membosan dan paling penting menjimatkan... Maknanya hanya sedikit modal, aktiviti itu menyeronokkan dan mengeratkan silaturrahim antara ahli keluarga.

Jom, MF nak kongsikan beberapa aktiviti menarik yang pernah MF lakukan dihujung minggu tanpa modal yang banyak. 

1. Mandi kolam
Mandi kolam, aktiviti santai dalam rumah yang paling best... Seronok berendam, bermain dengan anak-anak di dalam air... Sampai kecut kaki tangan. Yang best tiada masalah aurat... Tapi tal bermakna terlalu bebas walaupun dengan anak-anak. Jimat kan... Sekali je beli kolam angin tu, modal tak sampai seratus ringgit pun... Tapi dapat guna banyak kali... Dan yang pasti ianya amat menyeronokkan.

2. Layan movie
Ini aktiviti wajib dihujung minggu... Layan movie terutama movie kartun inggeris... Sama ada kami download atau beli vcd di kedai... Carilah kartun yang menarik untuk dinikmati bersama... 

3. Karaoke
Ini aktiviti yang baru kami cuba .. Memang seronok layan karaoke dengan anak-anak... Berebut mikrofon... Haha... Ikutlah nak nyanyi lagu apa... Part best layan lagu jiwang la duet dengan suami... Kan best tuh... Tak payah risau pasal aurat suara didengari oleh orang luar ke hapa... Dalam rumah kita kan.  Nyanyi aje lah..  

4. Main dam ular
Permainan lama yang menggamit nostalgia... Tapi tak ketinggalan zaman lagi. Layan dam ular... Main dengan anak dan suami sekali... Seronok layan... Fight aje... 10 round nak lawan pun takpe... 

5. Main masak-masak
Main masak-masak ni dengan anak perempuan atau lelaki takde masalah. Suami pun turut layan sekali... Masak lah apa sahaja yang mudah tapi dapat dibuat bersama-sama. Paling best, bila dah masak dapat makan sekali... 

6. Origami
Buat origami antara aktiviti di masa lapang yang biasa MF buat sejak zaman sekolah lagi... Jadi, lepas kahwin dan ada anak, lagi suka buat... Boleh ajar anak dan mantapkan seni origami yang sedia ada... Tak susah. ..belajar aje dari Youtube... Mudah je kan... 

7. Main passing bola
Sambil duduk boleh main... Passing-passing bola... Mainlah sampai penat... Dah penat golek rehat bersama... Seronok... Tak percaya..cubalah!

Setakat inilah antara tujuh aktiviti yang pernah MF lakukan bersama keluarga kecil kami di hujung minggu. MF jarang sangat keluar dan buat aktiviti luar sebab si adik ni agak mencabar bila bawa dia keluar. Jadi, buat sahaja aktiviti dalam rumah... Yang pasti menyeronokkan. Banyak lagi aktiviti lain boleh dibuat, seperti main playdoh, teng teng dan pelbagai permainan tradisional yang lupus ditelan zaman yang patut diperkenalkan semula kepada anak-anak kita.. Tapi MF tak buat lagi aktiviti tu kerana tak sesuai dengan usia anak-anak MF... Jika anak dah besar ..makin kreatif dan banyak aktiviti hujung minggu yang lebih kreatif dan mencabar minda. Aktiviti sebegini bukan sahaja menjimatkan, bahkan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. 
Share This :
Maria Firdz

Maria Firdz: Teacher, Housewife to Mr.Firdz, Mom to 3 daughters and 1 son | Lifestyle blogger, Like to sharing everything and usefull info to all of you.For any collaboration please email: myfirdaussy@gmail.com

avatar

betul, setuju :)
cuma kalau karoke tu, rumah saya...jiran sebelah dekat, memg dengar, hehe~ xde bilik khas lak tuuu~
lau nyanyi biase x best, hahaha~

nona suke main patung kertas tuu, mse kcik la, dh bsr ni, main dam aji ker, dam ular x main sgt skrg, hehe~ sekali sekala, makan tepi laut, tu feveret gk uh, nk tmpt tepi laut, tp skrg cuaca pn x elok sgt, sesuai duk rumahhh ja

Delete 9/13/2015 11:03 PG
avatar

Salam singgah hujung minggu sis...diana suka layan movie di hujung minggu tau suka tidur...hihi

Delete 9/13/2015 12:24 PTG
avatar

Betul..jimat..ukhuwah anak beranak semakin erat..alhamdulillah...

Delete 9/13/2015 12:37 PTG
avatar

Seronok main origami ni..sebelum ajar anak, kita belajar dulu..huhu

Delete 9/13/2015 1:10 PTG
avatar

setuju, jimat ... kami pula suka ajak anak-anak main basikal :)

Delete 9/13/2015 2:20 PTG
Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^