Puas Hati Makan di Orchid Bistro Aeon Big Wangsa Maju!

Maria Firdz
6
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Siang tadi, balik dari kursus terus ke AEON Big Wangsa Maju. Cari barang keperluan harian yang mula menyusut.

Lepas penat membeli belah, masa untuk mengisi perut sebelum balik... Penat dah aih..kalau nak memasak... Jadi, suami pilih restoran yang biasa kami makan iaitu di Orchid Bistro.

Sebelum ni pernah makan di Jombali, tapi kurang bagus servisnya... Jadi, kami sekeluarga lebih selesa di Orchid Bistro.

Memang puas hati makan kat sini... Servis pantas... Tak perlu nak menunggu makanan lama-lama. Makanan pun boleh tahan sedapnya... Orang tak berapa ramai menyebabkan selesa kalau bawa anak-anak.

Antara menu yang pernah kami makan, mee kari, Nasi K
Goreng, mee goreng mamak. Mee goreng mamak memang sedap... Kalah mamak buat... Harga standart je... Tak mahal, tak terlalu murah... Dan dikira murah sebab susah servisnya mantap... Harap Orchid Bistro dapat kekalkan mutu perkhidmatan dan kualiti makanannya.

Orchid Bistro antara restoran pilihan kami sekeluarga untuk menjamu selesa ketika membeli belah di AEON Big Wangsa Maju.

MF boleh bagi ranking 4.8/5.0 bintang untuk Orchid Bistro.

Catat Ulasan

6Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. betul PC setuju..PC dengan suami dah 3..4 kali juga singgah makan di OB tu..alhamdulillah sedap dan banyak..kenyanglah..berbaloi dengan harganya..

    BalasPadam
  2. saya belum sampai lagi aeon big wangsa maju sejak ditutup utk proses naik taraf hari tu... ingat nanti nak singgah la...

    BalasPadam
  3. belum pernah pergi situ lagi ... nampak sedap :)

    BalasPadam
  4. dah lama x singgah sini cantik blog akk maria

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !