GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Resepi: Macaroni Cheese Baked!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Pagi hari Isnin..
Terlebih rajin buat resepi omputih... Tak pernah buat... Tapi saja cuba buat... Tanpa ikut mana-mana resepi... Semuanya original resepi sendiri... 

Tak susah pun buat makaroni dengan keju bakar ni... Mudah je.. 

Bahan-bahan:
Makaroni (rebus hingga lembut)
Bawang putih dan bawang merah yang siap dikisar
Cili giling
Daging kisar
Bawang besar dipotong dadu
Carrot dipotong dadu atau nipis
Sosej dipotong bulat
Sos cili
Minyak zaitun 
Air
Garam dan gula secukupnya 
Keju cincang

Cara membuatnya :

Tumis bawang yang dikisar dengan minyak zaitun hingga naik bau dan garing...
Masukkan cili giling dan sedikit air... Gaul sebati dalam seminit... 
Kemudian masukkan daging kisar... Gaul lagi hingga sebati dalam dua minit.
Kemudian masukkan sosej... Gaul rata dan terus masukkan makaroni yang siap direbus...
Masukkan carrot dan bawang besar yang dipotong dadu... 
Masukkan pula garam, gula... Kalau rasa kering...masukkan sikit air...
Gaul hingga rata semuanya... 

Dah siap gaul, masukkan dalam loyang pembakar.. 
Taburkan cheese sekata di atas makaroni tadi..
Bakar dalam oven dengan suhu 150 darjah celcius selama 10 minit... 

Pertama kali buat... Not bad.. 
Yang penting suami makan bertambah -tambah la kan.. 
Alhamdulillah... Resepi menjadi... 

Tu la nak kata... Tak susah nak masak... Campak-campak tu yang menjadi dan sedap kan.. Kalau bersungguh ikut resepi belum tentu sedap... 

Masak with hati, masak with iman... Insya Allah...  Sedap.. 

6Ulasan

  1. antara feveret aida ni.
    just anak2 dara kurang minat makaroni :(
    tu yg kurang buat kat umah...

    BalasPadam
  2. Favorite saya ni macaroni cheese. Kalau makan tak pandang keliling dah. Tapi itulah, tak pernah pun buat kat rumah. Saya suka, anak-anak tak suka. Suami pulak suka gitu-gitu aje. Kalau saya buat, dah tentu sayalah tukang perabihkannya, lagi susah hati nanti!

    BalasPadam
  3. sy tak pandai masak rezepi omputeh. takat goreng nugget tu boleh la. hihi

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ