GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

10 Tips Menemani Wanita Ketika Bershopping!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


10 Tips Menemani Wanita Ketika Bershopping! | Wanita dan shopping tak dapat dipisahkan. Shopping satu terapi stress untuk wanita. Tak kisah sama ada window shopping membeli barangan keperluan dapur dan rumah atau membeli barangan keperluan diri, keduanya pasti membuatkan wanita tersenyum.
Tabiat wanita ni, bertentangan dengan sifat lelaki kerana lelaki beli barang yang perlu atau dia memang minat nak beli. Tapi kadangkala si lelaki terpaksa teman pasangan wanita keluar bershopping... 

Hah! Bosan???
Jangan begitu... kalau nak tengok teman wanita atau pasangan anda senyum... temanlah dia shopping. Tapi ada tips dan caranya supaya aktiviti itu tak terasa sia-sia. 

Ini dia 10 tips menemani wanita ketika bershopping.

10 Tips Menemani Wanita Ketika Bershopping!



1. Niatkan untuk menghiburkan dia semasa shopping

Jika dia terhibur, barang yang dia akan beli lebih "masak" proses dia membuat keputusan. Jika niat ini benar-benar dari hati kita, ia terpancar ke muka kita walau pun ada seketika timbul perasan menyampah.. tetapi kuasa niat tadi mampu untuk melenyapkan muka bosan itu nanti. Teruskan niat ini disepanjang sesi shopping ini bahawa "sebagai suami, aku ingin menghiburkannya kerana Allah Taala".  

2. Kosongkan aktiviti kita pada hari itu melainkan semata-mata untuk bersamanya. 

Jangan ada sekali-kali temujanji dengan sesiapa selepas shopping. Kerana, waktu "kecederaan" yang diambil oleh isteri ini, biasanya, melebihi 20-50% dari yang dijanjikan. Yang dibimbangkan nanti ialah orang yang dijanji telah menunggu tetapi isteri masih beratur berbaris di kaunter bayaran.. Akhirnya kemanisan yang dikecapi selama 4 jam tadi tercemar dengan kelewatan isteri 4 minit.  

3. Alangkah romantisnya kalau suami tidak membawa handsetnya bersama. 

Terhindar dari gangguan.  

4.  Rancang apa yang hendak dibeli

Semasa berkereta atas dalam perjalanan ke komplek membeli belah..eloklah tanyakan kepada isteri ... apa barang yang ingin beli, apa kriteria, apa jenis, apa alternatif yang boleh dia terima jika kehendak pertama tidak ditemui.. julat harga yang dijangkakan.. (jangan terkejut dia akan keluar berjela senarai perbandingan harga bagi satu jenis barang.. termasuk jenis barang yang sama yang terdapat di England sekali).. Ini akan menyebabkan isteri itu lebih bersedia dan lebih melonjak keseronokannya.  

5. Bantu dia mencari barang yang diingini

Tiba di kedai tu..buat-buatlah sibuk tunduk bongkok mencari barang yang dia cari. Jangan berdiri tercegat di pintu kedai atau tinggalkan dia sendirian sambil kita pula merayau kedai lain.  

6. Berikan pandangan

Kalau dia meminta "second opinion" dengan kata-katanya, "Pelik tak abang kain ni untuk saya"... ?berilah pandangan dengan kata- kata, "Pada pandangan abang ... .." Jangan terus kata, "OK" .. Lawa.. kemudian senyap.  

7. Jangan tengok harga dulu 

Kalau dia minta pandangan mengenai sesuatu barang yang dia nak beli, jangan terus membelek tanda harga. Ini mengecewakannya. Berilah dulu pandangan kita dari sudut nilai astetiknya. Sebab faktor harga adalah penilaian terakhir bari mereka. Mereka sanggup berbelanja lebih jika barangan itu memenuhi keperluan dan kehendak mereka.  

8. Jaga pandangan mata 

Mata tu jangan terlampau sangat menjeling wanita-wanita lain yang sedang shopping. Dia nampak tau. Tapi kita dibolehkan mengusik jurujual wanita-wanita tu dengan alasan untuk membantunya  mendapatkan barangan kehendaknya.  

9. Tolong buka barang yang dibeli

Bila tiba dirumah, tolonglah dia sekejap membuka barangan yang telah dibeli tadi. pasti dia akan mencuba sekali lagi. Pujilah dia kerana bijak memilih barangan itu.  

10. Jadi bodyguard

PERHATIAN: sebelum isteri kita mencuba pakaian luar atau dalam di tempat mencuba pakaian yang terdapat di kedai-kedai itu, kita hendaklah masuk dahulu dan periksa semua bahagian di bilik kecik itu agar bebas dari WIRELESS CAMERA. Kita bimbang ada orang merakam dan menyebar ke dalam internet. Malu dia dan kita.

Selamat mencuba dan semoga anda menjadi suami yang romantis lorong- lorong komplek membeli belah...    

Sumber: pembacaan internet

Shopping sinonim dengan wanita... Orang lelaki shopping barang yang penting je... Tapi kalau dia ke kedai yang berkaitan dengan hobi dia memang lama la kan... Tapi tips di atas sesuai bagi yang dah anak besar atau takde anak lagi.... Kalau ada anak kecil-kecil dua tiga orang... Huhu... Rela lagi shopping online... Sorang lari, sorang terpekik sana sini... Riuh rendah jadinya... Jadi, shopping online je la. Tak kuasa nak belek lelama dah... Sebab tu, kalau window shopping pun beli apa yang ada dalam list je... Mencabar shopping bila ada anak... Tapi hikmahnya, tak buang masa lama la bila shopping tu kan... 

5Ulasan

  1. Hehe...yang penting sama sama keluar shopping..sama sama happy..

    BalasPadam
  2. wahhh.. siap ada tips. makin ligatla para isteri bershopping.. hehe

    BalasPadam
  3. suami mesti kena bertabah sikit melayan isteri shopping..hehe.alhamdulillah dapat suami yang memahami :)

    BalasPadam
  4. Alangkah indahnya jika husband Fida ada ciri2 kat atas tu..

    BalasPadam
  5. kalau saya terbalik...kaki shopping suami saya
    saya tak begitu minat shopping
    tapi window shopping, ok =)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ