Luruskan Lidah Mu!!!

Peribahasa Melayu berkaitan dengan kata dan lidah:

"Lidah tak bertulang, pandai bermain kata-kata."

"Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa."

"Terlajak perahu boleh diundur, telajak kata buruk padahnya."

Hadis berkaitan bahaya lidah:


Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam Baginda bersabda, “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik ataupun diam.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)



Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya dia mendengar Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan suatu perkataan yang tidak dia fikir, sehingga dengannya dia terjerumus ke dalam Neraka yang jaraknya lebih jauh daripada timur dan barat.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Sufyan bin Abdillah radhiyallahu ‘anhu dia berkata, Aku berkata: “Ya Rasulullah, beritahulah aku sesuatu yang dapat aku jadikan pegangan.” Baginda bersabda, “Katakanlah: Allah adalah Tuhanku, kemudian istiqamahlah.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah, apakah yang paling engkau takutkan atasku? Maka Rasulullah memegang lidahnya kemudian berkata: “Ini.” (Riwayat Al-Tirmizi dan dia berkata: Hasan Sahih)

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, Baginda bersabda, “Apabila anak Adam memasuki waktu pagi, maka sesungguhnya setiap anggota tubuhnya tunduk kepada lidah, seraya berkata, “Bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya kami bergantung kepadamu. Jika kamu lurus maka kami pun lurus. Jika kamu bengkok maka kami pun bengkok.” (Hasan, riwayat Al-Tirmizi)

Kesimpulan :
- Berhati-hati dengan lidah...
- Lidah adalah salah satu anggota badan yang berbahaya jika tidak dikawal dan dijaga.
- Berfikir sebelum bercakap...
- Diam adalah lebih baik dari berkata menyakitkan hati orang.
- Makin banyak cakap, makin banyak salahnya... Jadi cakap apa yang perlu...dan tidak sia-sia.


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Tajamnya lidah melebihi pedang kan kak..kesian hati hati yang terhiris luka..
    Akak..PC ambil tutoriak diblog akk ye..halalkan ye kak..

    BalasPadam
  2. Betul.. Lidah lebih tajam daripada pisau. Takut juga tersalah cakap sampai mengguris hati orang lain. Jom join segmen. Saya tag kamu.. =) http://www.aimisyahirah.com/2015/07/segmen-raya-kataubaid-2015.html

    BalasPadam
  3. Kdng2 bila dh terlalu mara mmng terlepas kata2 yng x diduga..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^