GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

30 MENU LAZAT SEPANJANG RAMADHAN!!!

Menu lazat ni adalah pasti dan pasti lazat yang abadi...

1. Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang.
2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap mlm.
3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.
4. Beri makan orang berbuka puasa walaupun dgn sebiji tamar setiap hari.
4. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.
5. Tahajud setiap malam minima 2 rakaat.
6. Sunat dhuha setiap pagi.
7. Sedekah setiap hari minima seringgit.
8. Pastikan sahur setiap hari.
9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
10. Tadarus al Quran sambil usaha memahami maksudnya.
11. Ziarah orang yg kurang bernasib baik.
12. Kurangkan ziarah ke bazar-bazar ramadhan.
13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.
14. Elakkan membeli makanan dari tangan-tangan orang yang fasik.
15. Jauhkan aktiviti yg lagha.
16. Zikir harian, banyakkan berdoa.
17. Lazimi bibir beristighfar sekurang2nya 70x dlm sehari.
18. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah
19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.
20. Menjaga dan menghubung silaturrahim
21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna ( bukan berpakaian tp bertelanjang)
22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara2 yg dilarang.
23. Tidak berlebihan maupun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka.
24. Perbanyakkan amalan-amalan sunat- solat sunat rawatib.
24. Lazimi sunnah Rasulullah yang ringan tulang dalam urusan rumah tangga (terutama suami & anak2 lelaki)
25. Lazimi untuk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.
26. Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkcan syukur kepada Allah di kala senang maupun susah.
28. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.
29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yg telah ditetapkan.
30. Ikhlaskan hati kerana Allah..hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dgn sebaik mungkin seolah2 inilah Ramadhan terakhir kita.

Semoga Allah mempertemukan kita dengan Ramadhan dan dpt berjumpa dgn Lailatul Qadar. Aamiin

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya... Dan dapat jalankan ibadah puasa dengan sempurna dan lebih berkualiti serta diterima Allah...

Sumber: Whatsapp Group


5Ulasan

  1. jom kita beramaldgn resepi ni..insya allah..tgh download surah2 dkt hp..:)

    BalasPadam
  2. ini sememangnya lazat yang tiada tandingan ni, terima kasih maria di atas perkongsian...

    BalasPadam
  3. Menu terbaik untuk bekalan akhirat jua

    BalasPadam
  4. terima kasih kak MF sudi berkongsi resepi ni
    insyallah akandimanfaatkan jugak
    semoga menjadi amalan

    BalasPadam
  5. aamiin
    mudah mudahan
    smoga terus istiqamah hendaknya

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ