Resepi : Cheese Brownie Oreo

Maria Firdz
6
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jenjalan membaca, terjumpa kek cheese ni kat sini... simple dan sedap je nampak.. ok.. simpan dulu resepi kat sini... ada masa nak buat nanti..


Bahan-bahan:
  • 250 gm mentega
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 ½ cawan gula kastor
  • ½ cawan susu UHT
  • 3 butir telur gred B
  • 1 sudu teh vanila
  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu besar soda bikarbonat


Bahan topping:
  • 500 gm krim keju
  • 1 ½ cawan gula kastor
  •  2 biji telur

Bahan filling
  • Oreo hancur  (oreo crush)
  • Biskut oreo – patah-patahkan

Cara-cara menyediakannya:
  • Cairkan mentega dan serbuk koko atas api kecil.  Tutup api dan angkat.
  • Masukkan gula, telur satu persatu, vanila dan susu.
  • Kemudian masukkan tepung yang telah dicampurkan dengan soda bikarbonat dan serbuk penaik. Kacau sebati.
  • Tuangkan ke dalam bekas dan taburkan oreo hancur ke dalamnya.  Kacau sedikit.
  • Bakar selama 15 minit dalam ketuhar pada suhu 180°C menggunakan api atas dan bawah.
  • Sediakan topping – putar krim keju dan gula sehingga hancur.  Kemudian masukkan telur dan putar lagi hingga kembang.
  • Keluarkan brownie yang telah masak.  Tuangkan topping yang telah dipukul tadi. Ratakan.
  • Hiaskan dengan oreo hancur dan oreo yang telah dipatah-patahkan.  Bakar sekejap menggunakan api atas sahaja.
Tags

Catat Ulasan

6Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !