بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Petua Hilangkan Urat Timbul di Kaki | Urat timbul tidak hanya berlaku kepada wanita hamil sebaliknya ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Masalah ini bukan sahaja menyebabkan kesakitan malah mencacatkan penampilan kaki.
Usah mengambil mudah soal ini, atasi segera masalah urat kaki timbul. Kenali punca dan amalkan tip berikut untuk mengurangkan seterusnya menghilangkan urat kaki yang membuatkan ‘saham’ anda jatuh!
Sumber gambar: Google |
Tinggikan Kedudukan Kaki
Ketika tidur malam, tinggikan kedudukan kaki. Lapik kaki dengan bantal, ia bukan sahaja memberi keselesaan malah membantu melancarkan perjalanan darah.
Rendam Dalam Air Suam
Amalkan selalu petua ini, rendam kaki dalam baldi atau besen yang mengandungi air suam. Bagi mendapatkan manfaat terbaik, campurkan air suam dengan garam bukit. Rendam kaki selama 15 hingga 20 minit. Air rendaman ini dapat membantu merehatkan kaki yang letih, membuang toksin, meredakan tekanan dan membantu melancarkan perjalanan darah.
Gunakan Stoking Khas
Ketika tidur malam atau berada di dalam bilik penghawa dingin, gunakan stoking khas untuk melindungi kaki anda dan mengelakkan kesejukan. Stoking juga dapat mengelakkan angin memasuki tubuh. Namun jangan sesekali memakai stoking ketat.
Makan Vitamin C
Ambil Vitamin C sebagai suplemen harian anda. Vitamin C dikatakan amat mujarab mengatasi masalah urat timbul. Selain itu, anda digalakkan makan buah-buahan sitrus seperti limau, kasturi dan lemon.
Lakukan Senaman Ringan
Baik ketika duduk mahupun berdiri, anda seharusnya melakukan senaman ringan seperti regangan. Ia dapat mengelakkan darah beku, lenguh dan kekejangan otot. Senaman juga menyihatkan tubuh anda.
Elakkan Memakai Kasut Tumit Tinggi
Adakah anda tahu, memakai kasut tumit tinggi dalam jangka masa lama akan menyebabkan urat di kaki tegang dan timbul. Tumit kasut yang halus memberi bebanan kepada kaki untuk menampung berat badan. Akibatnya, kaki menjadi tegang dan urat mudah timbul.
Sapu Minyak Panas
Sebelum tidur malam, sapukan minyak panas atau herba pada bahagian kaki yang sakit atau urat timbul. Kombinasi herba akan membantu mengatasi masalah yang anda hadapi.
Petua Tradisional
Belah bawang putih kepada dua bahagian kemudian, gosok perlahan-lahan pada urat yang timbul. Amalkan sehingga urat yang timbul akan beransur pulih. Tempek bahagian bermasalah dengan air asam jawa.
Lakukan Urutan
Urutan dapat membantu mengatasi masalah urat kaki timbul. Sebaik-baiknya, lakukan urutan refleksologi dengan tukang urut profesional. Amalkan urutan ini sebulan sekali, anda pasti gembira dengan hasilnya.
sumber: karangkraf
Memang nampak buruk bila urat kaki timbul... tambah lepas kahwin dan lepas ada anak... maunya tak timbulkan jalan dan 'tawaf' dalam rumah dari pagi sampai ke malam.... Jadi, elok amalkan petua-petua ni... paling mudah elakkan pakai kasut tumit tinggi dan selalu urut kaki... dan ingat kaki adalah aurat... jadi paling mudah tak nak bagi orang nampak.. pakailah sarung kaki.. sebagai mana aurat kita dalam solat, kena tutup kaki, begitu juga diluar solat.. :)
terima kasih atas perkongsian bermanafaat ini..
BalasPadamTip yg bagus sis..
BalasPadamThanks for sharing
nice sharing kak :)
BalasPadam