GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kelebihan Makan Berjemaah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kredit gambar ni from my sister... Beginilah meriah menu makan kami bila adik beradik kumpul ramai-ramai... 

Kesibukan kerjaya membatasi aktiviti makan bersama keluarga. Tradisi sebegini ada sesuatu yang istimewa andai diteruskan secara konsisten. Ketahui rahsia di sebalik aktiviti yang kini semakin sukar untuk dilakukan. Ada beberapa kebaikan menikmati makan malam bersama keluarga.

Mengeratkan lagi hubungan

Ketika makan malam bersama, hubungan kekeluargaan bertambah erat. Sentuhan emosi dapat disalurkan kepada anak-anak mahupun isteri semasa berada berdekatan di samping insan tersayang.

Berkomunikasi dan meluangkan masa bersama

Di meja makan tidak boleh ada perbalahan, pergaduhan atau berada di dalam keadaan marah atau sedang memarahi seseorang. Ini akan menunjuk dan mengajar pada anak-anak bahawa tabiat dan tingkah laku seperti ini dibenarkan berlaku semasa makan. Maka, berkomunikasi dan luangkanlah masa dengan baik semasa berhimpun bersama mereka.


Cuma aktiviti makan dan berbual

Pastikan semasa di meja makan hanya berlaku aktiviti makan dan berbual sahaja. Dalam peradaban makan bersama keluarga, masa bersama itu penting dan tidak boleh tergesa-gesa untuk menghabiskan makanan disebabkan sesuatu perkara yang lebih penting seperti ingin menonton televisyen. Disiplin, fokus dan konsentrasi perlu diberikan ketika berada di meja makan. Tidak dibenarkan membawa gajet, alat permainan, telefon atau apa sahaja jenis bahan bacaan.


Pastikan makanan bersih dan berkhasiat

Hidangan atau sajian memainkan peranan penting dalam mempengaruhi “mood” anak-anak dan juga suami yang mahu menikmati makan bersama sama keluarga. Anak-anak akan terasa teruja jika hidangan itu mengikut menu keluarga dan bukannya makanan yang di fotostat dari semalam atau yang dipanaskan semula jika tidak habis atau memasak makanan yang sering diulang menunya. Makanan yang dihidangkan juga akan membuka minat anak-anak sekali gus membuatkan mereka tertunggu-tunggu menu istimewa daripada ibu mereka.

Hidangan yang dinikmati semasa makan bersama keluarga juga tidak semestinya makanan yang mahal atau banyak jumlahnya. Memadai dengan kadar secukupnya. Sediakan juga makanan yang keluarga suka dan bukannya yang ibu bapa suka.


Memastikan aktiviti persekolahan anak-anak dapat dikawal, diawasi dan dipantau

Semasa di meja makan inilah anda boleh memantau aktiviti persekolahan anak-anak. Tanya mereka tentang aktiviti mereka dan apakah yang menggembirakan atau membuatkan mereka resah sepanjang aktiviti persekolahan.

Mendisiplinkan masa

Semasa di meja makan inilah disiplin masa boleh diterapkan. Ketika ini anda dapat menikmati makanan bersama anak-anak dan bukannya anak-anak makan sendirian di luar rumah. Anda sebenarnya boleh mendapatkan persetujuan bersama untuk mendapatkan tempoh makan malam yang paling ideal.

Waktu makan bersama yang ideal adalah waktu makan yang dipersetujui oleh semua ahli keluarga. Ianya tidak terlalu awal dan tidak terlalu lambat. Waktu makan adalah antara 7.45 hingga selewat-lewatnya jam 9 malam. Walaupun sesibuk mana, pasangan harus mendisiplinkan diri mengikut jadual waktu makan yang ditetapkan bersama-sama anak-anak dan ketua keluarga.

Menyemai kasih

Makan malam bersama ini juga boleh menyemai kasih sayang bersama ahli keluarga. Ketika inilah anda boleh mengawal perangai dan kelakuan anak-anak dengan berkongsi pengalaman. Ibu bapa perlu memahami apa yang telah berlaku kepada anak-anak dan prihatin dengan apa yang berlaku.

Inilah juga waktu terbaik untuk mendapatkan ‘status update’ daripada setiap ahli keluarga di samping memberi kata-kata sokongan dan motivasi dan bukan kata-kata yang membuatkan kemarahan. sumber

Memang tradisi dalam keluarga yang dipupuk sejak kecil makan berjemaah.. makan dihidang dan makan ramai-ramai... sekarang, dalm rumah tangga dipupuk tradisi ini.. lagipun makan berjemaah mampu menambah selera makan berbanding makan sorang-sorang kan.. 

3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ