Fahami Konsep Qada' dan Qadar!

3
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Fahami Konsep Qada' dan Qadar! | Qada' dan qadar ada rukun iman yang keenam. Kenapa dalam susunan rukun iman diletakkan yang terakhir?

Pasti ada sebabnya. 

Rukun iman, salah satu kita percaya boleh terbatal iman dan akidah kita... Na'uzubillah... 

Jadi, sebagai orang Islam, sewajibnya kita faham konsep qada' dan qadar sebenar supaya lengkap dan utuh kefahaman kita tentang konsep rukun iman yang sebenar. 

Fahami Konsep Qada' dan Qadar!



PENGERTIAN QADA' DAN QADAR


QADA'

Bahasa: Penyempurnaan sesuatu perkara berdasarkan ketetapan Allah yang azali
Istilah Syarak: Pelaksanaan sesuatu perkara mengikut ketentuan Allah yang azali
Contoh: Allah mencipta manusia yang  telah mendiami bumi

QADAR 

Bahasa: Hukum iaitu ketentuan sesuatu perkara mengikut kadar yang tertentu
Istilah Syarak: ketentuan Allah yang azali terhadap semua makhluk
Contoh: Ketentuan Allah sejah azali bahawa manusia akan diciptakan untuk mendiami bumi

Contoh Qada dan Qadar: pembinaan bangunan melalui dua peringkat;
Peringkat pertama: [Qadar] Jurutera akan melukis pelan bangunan, menentukan bentuk bangunan dgn menggunakan ilmu kejuruteraan.

Peringkat kedua [Qada’]: Jurutera berjaya membina bangunan itu.

Perbezaan keduanya:

Qadar: berkaitan dgn sifat kehendak dan ilmu Allah[ Iradah]

Qada’: berkaitan dengan sifat kekuasan [Qudrah] dan perbuatan Allah swt

1. Dalil / Bukti Setiap Sesuatu Yang Berlaku Mengikut Ketetapan  Allah


إِنَّا كُلَّ شَىۡءٍ خَلَقۡنَـٰهُ بِقَدَرٍ۬ 
Maksudnya: "Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan). (Surah al-Qmar: ayat 49)

Beriman kepada Qada dan Qadar bermaksud:

  • mempercayai dan meyakini bahawa  Allah mengetahui segala perkara yang akn berlaku kepada semua makhluk.
  • Allah juga telah menetapkan ketentuan tertentu dan tiada satu perkaar pun yg terlepas daripada ketentuan Allah swt
  • Muslim juga wajib beriman bahawa perkara  yg berlaku merupakan pelaksanaan ketentuan Allah yg telah temaktub sejak azali
2. Sabda Rasulullah saw;
..... الاءِيمَانِ] أنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ وَملأَِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُولِهِ وَاْليَوْمِ الأَخِرِ وَتُؤْمِنَ بِاْلقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ.
Maksudnya:……[Iman] bahawa kamu percaya kepada Allah, Malaikat, kitab-kitab, rasul-rasul, hari qiamat dan kamu percaya kepada kadarnya baik dan buruk...

3. Dalil Aqal Fikiran: 

Allah bersifat IRADAH, QUDRAH dan ILMU. Dengan beriman kepada Qada dan Qadar bererti kita telah meyakini sifat-sufat kesempurnaan Allah. Oleh itu setiap mukmin wajib beriman kepada Qada dan Qadar. Sesiapa yang ingkar adalah  KAFIR.

JENIS-JENIS QADA’


QADA'  MUBRAM

Ialah : Perlaksanaan suatu yang telah ditetapkan oleh Allah & Tidak akan  berubah
Contoh : Kelahiran Atau kematian/Ajal  / Mati/kejadian siang dan malam

QADA'  MU'ALLAQ

Ialah : Perlaksanaan  suatu perkara mengikut ketetapan Allah, berdasarkan Usaha & Ikhtiar manusia (boleh berubah dgn ikhtiar & doa) Hasilnya tidak dapat diketahui sebelum ia berlaku
Hadis Rasulullah saw;
لاَ يُرَدُّ اْلقَضَاءُ اِلاَّ بِالدُّعَاءِ    
Maksudnya: "Tidak boleh dihindarkan Qada melainkan dengan doa." [HR Tirmizi]

Contoh: Rezeki, Kejayaan,kegagalan,, Kesenangan , kesusahan @ kemalangan yg menimpa seseorang,penyakit-dll- 

(ia  Ia ada  kaitan dgn Usaha & Ikhtiar @ Sebab Musabab )
Jelasnya:
-Doa boleh mengubah Qada Muallaq tetapi tidak mengubah Qada Mubram.
-Setiap muslim digalakkan berdoa kerana mendapat kasih sayang Allah kpd org berdoa

KONSEP IKHTIAR, TAWAKKAL DAN AF’AALUL IBAD


IKHTIAR MANUSIA

  • IKHTIAR : Ialah usaha manusia utk membuat sesuatu mengikut pilihannya utk mencapai matlamat dengan berpandukan hukum syarak
  • Manusia dikurniakan akal fikran  untuk berfikir, tenaga untuk bekerja, dan  kemahuan serta perasaan untuk melakukan  sesuatu. Justeru itu mereka diberi kebebasan memilih  untuk melakukan sesuatu perkara tetapi masih tertakluk kepadaa kehendak / keizinan Allah 
  • Dalam ertikata lain : manusia boleh berikhtiar @ berusaha tetapi kejayaan adalah ditentukan oleh Allah.SWT.
Firman Allah surah taubah ayat 105;
Maksudnya: Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; …..".

Oleh itu: hendaklah kita  berusaha bersungguh-sungguh. Tetapi jangan usaha saja  tanpa berdoa dan bertawakkal

TAWAKKAL

  • Ialah berserah kpd Allah setelah berusaha & berikhtiar dengan sewajarnya.
  • Firman Allah surah Ali Imran ayat 159: Maksdunya: …maka apabila kamu telah berazam/ berusaha bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakkal kepadanya
  • Setiap mukmin wajib bertawakal kpd Allah dlm segala urusan & pekerjaan 
  • Bertawakkal adalah tanda keyakinan penuh seseorang kepada Allah, yang  berkuasa menentukan suatu perkara yg dihajati.
  • Tawakal hendaklah didahului dengan usaha. Bertawakal sahaja  tanpa berusaha adalah  bertentangan dengan prinsip Islam.

AF’AIL AL-‘IBAD[ افعال العباد] 


Ialah perbuatan manusia yang terbahagi kepada dua jenis:
  1. Af’ilaalul Ikhtiariah [اَفْعَالٌ اِخْتِيَاِريَّهٌ] : Perbuatan yg lahir dari kehendak dan usaha manusia sendiri; Contoh ;Menunaikan solat atau belajar
  2. Af’ilaalul Ikhtirariah [اَفْعَالٌ  اِضْطِرَاِرِيَّةٌ]: Perbuatan yang lahir tanpa daripada kehendak dan usaha manusia. Contoh; Menggigil kerana demam
MANUSIA: Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perbuatan ikhtiari.Allah akan mempersoalkan kita keatas perbuatan tersebut.

AF’AIL AL-‘IBAD berkait rapat dgn  IKHTIAR seorang manusia, USAHA hendaklah disertai dengan TAWAKKAL 


BERIMAN DENGAN QADA DAN QADAR  

pendorong kita BERUSAHA kerana manusia TIDAK MENGETAHUI KETENTUAN ALLAH SWT

PERBINCANGAN 


1. Adakah kepercayaan kepada Qada dan Qadar akan menghalang kemajuan? 
Sebahagian umat Islam menganggap Allah SWT telah menetapkan nasib seseorang tetapi orang tersebut tidak mengetahui nasibnya sendiri. Oleh itu, manusia sehingga tidak perlu berusaha untuk mencapai kejayaan. Allah SWT memberikan peluang kepada setiap manusia untuk mencapai kejayaan sesuai dengan usaha yang dilakukan. Kebanyakan manusia menjadikan Qada dan Qadar sebagai alasan untuk tidak berusaha untuk ke arah mencapai kejayaan. Firman Allah SWT,
“Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu, kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah SWT, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” (Surah at-Takwir, ayat: 29)

Manusia hanya merancang dan berusaha untuk mencapai kejayaan matlamatnya. Namun, keputusan nya ditentukan oleh Allah SWT. Orang-orang yang beriman akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan matlamatnya. Sekiranya keputusan yang ditentukan tidak sesuai dengan keinginan, maka kita sebagai umat Islam seharusnya menerima dengan hati yang reda dan tidak putus asa. Firman Allah SWT,
“Maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman dan sesiapa yang mahu ingkar, biarlah dia mengingkarinya.” (Surah al-Kahf, ayat: 29)

Sekiranya tidak ada seorang pun yang beriman dan menyembah Allah SWT, maka keagungan Allah SWT tidak akan berkurang walaupun sedikit. Kelebihan kepada orang-orang yang beriman kepada Allah SWT adalah melakukan sesuatu dengan sungguh-sungguh dan apabila gagal dia tidak berputus asa. Firman Allah SWT,
“Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah SWT. Sesungguhnya yang berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah SWT adalah kaum kafir.”(Surah Yusuf, ayat: 87)

Orang-orang yang beriman tidak akan berputus asa daripada rahmat Allah SWT walaupun mengalami kegagalan. Kegagalan akan memberikan semangat baru untuk mencapai kejayaan. 

2. Apakah hikmah beriman kepada Qada dan Qadar? 
a. Melatih diri untuk bersyukur dan bersabar. Orang-orang yang beriman kepada Qada dan Qadar apabila mendapat kejayaan akan bersyukur dan jika mendapat musibah akan diterima dengan penuh kesabaran. Firman Allah SWT,
“Dan apa sahaja nikmat yang ada pada kamu, datang daripada Allah SWT. Apabila kamu ditimpa musibah, hanya kepada Allah SWT kamu meminta pertolongan.” (Surah An-Nahl, ayat: 35)

b. Menjauhkan diri daripada sifat sombong dan putus asa terhadap rahmat Allah SWT. Orang yang tidak beriman kepada Qada dan Qadar menganggap kejayaan adalah hasil usaha sendiri. Apabila dia gagal, dia mudah berputus asa dan menyalahkan ganggap kegagalan tersebut adalah ketetapan Allah SWT. Firman Allah SWT,
“Hai anak-anakku, pergilah kamu mencari berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa daripada rahmat Allah SWT. Sesungguhnya tidak ada orang yang berputus asa terhadap rahmat Allah SWT melainkan orang-orang kafir. (Surah Yusuf, ayat: 87)

c. Meningkatkan keinginan untuk mencapai kejayaan. Pada hakikatnya manusia tidak mengetahui masib di masa akan datang sama ada dia akan berjaya ataupun gagal. Firman Allah SWT,
“Carilah kebahagiaan akhirat yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT kepadamu, dan janganlah melupakan kenikmatan dunia dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah SWT telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah SWT tidak menyukai orang-orang yang melakukan kerosakan.” (Surah al-Qashash, ayat: 77)
Ayat di atas menyatakan bahawa Allah SWT menuntut manusia untuk mencari kebahagiaan akhirat tetapi tidak melupakan kebahagiaan dunia. Manusia harus berbuat baik kepada orang lain sebagaimana Allah SWT telah berbuat baik terhadap dirinya.

d. Mententeramkan jiwa manusia
Orang yang beriman dengan Qada dan Qadar sentiasa merasakan ketenangan. Mereka reda dengan setiap ketentuan Allah SWT. Firman Allah SWT,
“Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. Maka masuklah ke dalam kumpulan hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga.” (Surah al-Fajr, ayat: 27 hingga 30)

3. Kenapa Allah SWT melahirkan manusia dalam keadaan miskin dan cacat?
Apabila seseorang bayi lahir dalam keadaan cacat, kita akan meletakkan kesilapan seratus peratus kepada Allah SWT sedangkan perkara tersebut juga dipengaruhi oleh tindakan manusia sendiri seperti tahap kesihatan sperma kedua-dua ibu bapa dan kesihatan ibu semasa mengandungkan bayi tersebut persekitaran sebelum bayi tersebut lahir. Kemungkinan sperma atau ovum yang dihasilkan untuk menghasilkan bayi tersebut tidak normal dan sihat disebabkan kerana ibu dan bapa tidak mengamalkan cara hidup sihat seperti merokok, minum arak dan lain-lain sehingga mencacatkan perkembangan bayi tersebut.

Kita bukan menafikan ketetapan Allah SWT tetapi sebagai bakal ibu bapa, kita perlu menjaga tahap kesihatan diri masing-masing supaya dapat melahirkan bayi yang sihat dan sempurna. Sekiranya ibu bapa sudah berusaha dengan maksimum untuk menjaga tahap kesihatan dengan baik dan Allah SWT tetap mendapatkan ganugerahkan anak yang cacat, maka terdapat beberapa hikmah daripada kelahiran anak cacat tersebut. Antaranya ialah:

a. Allah menguji ibu bapa tersebut sebab hidup merupakan ujian seperti mana yang diterangkan dalam maksud ayat di bawah ini.
“...Tetapi Allah SWT hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah SWT kembali kamu semuanya…” (Surah al-Maidah, ayat: 48)
Jika ibu bapa tersebut dapat bersabar dalam membesarkan anak tersebut maka Allah akan memberikan kejayaan kepada anak tersebut sebagai balasan atas kesabaran tersebut.

b. Perkara yang kita anggap baik belum tentu baik pada pandangan Allah SWT. Ia dapat dibuktikan dalam maksud ayat di bawah.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia buruk bagi kamu. Allah SWT mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat: 216)
Allah mempunyai rancangan terhadap kelahiran bayi cacat tersebut sungguhpun ibu bapa merasa sial atas kelahiran tersebut tetapi ramai orang kurang upaya yang berjaya.

c. Allah SWT telah memilih ibu bapa tersebut supaya menjadi hamba-Nya yang sabar. Semua perkara tersebut hanya ujian daripada Allah SWT untuk melihat tahap kesabaran ibu bapa tersebut kerana anak yang cacat memerlukan perhatian yang lebih besar berbanding anak yang normal.

d. Allah SWT memberi peluang kepada orang lain untuk berbuat baik kepada anak cacat tersebut. 

e. Allah SWT memberikan pengajaran dan keinsafan kepada orang lain supaya menghargai kesempurnaan yang diberikan oleh Allah SWT.

Kesimpulan

Beriman kepada Qada dan Qadar bermakna beriman kepada ketentuan Allah SWT sama ada baik ataupun buruk. Namun demikian, manusia harus berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan kerana tidak ada seorang pun yang mengetahui nasibnya pada masa yang akan datang. Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui nasib setiap hamba-Nya. Oleh sebab itu, manusia wajib beriman dan percaya bahawa sesuatu kejayaan itu akan dicapai jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh. 

Jadi sebelum nak salahkan takdir wajib usaha dulu... 

Sumber rujukan dan bacaan (sini, sini, sini, dan sukatan pelajaran Pendidikan Islam tingkatan 3)

Catat Ulasan

3 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan