Mewajibkan Penggunaan Car Seat???

Maria Firdz
1

Ini isu semalam yang keluar kat berita Sinar Harian... MF ada juga baca isu ni... Ini adalah feedback dari isu kemalangan di Lebuhraya DUKE dan juga kemalangan di Senai pada hari Isnin yang lalu... Iaitu seorang bayi 6 bulan meninggal sebab tercampak dari kenderaan ibu bapanya yang kemalangan...

Isu ni jadi bualan hangat dalam kalangan keyboard worrior di facebook... MF juga ada bagi feedback di wall fb...

Pendapat MF berdasarkan pengalaman MF sebagai ibu... Cadangan ni bukan tak bagus, tapi ianya tak berkesan jika penguatkuasaan kepada pesalah trafik tak dilaksanakan secara telus, adil dan saksama....

Sepanjang travel ada anak... MF beli tiga jenis car seat untuk anak... Bila anak besar, guna car seat jnis sangkut pada kerusi kereta tu je... Tapi bila travel MF tak pernah guna... Sebab, anak MF memang tak nak duduk di car seat sebab dia lebih selesa nak berkepit dengan ibu je... Tambah-tambah anak yang menyusu badan kan... Lagilah kan... Lebih selesa kita nak menyusu... Tak kan asal nak menyusu kena berhenti..m jenuh la camtu kan.. Jadi, sanggup ke travel dua tiga jam... Tapi anak merengek meraung tak selesa di belakang???

MF tak ulas panjang... MF rasa, rata-rata ibu yang ada anak faham la macam mana kan... Kita tahu risikonya... Tapi banyak-banyak lah berdoa moga Allah lindung kan...

Sebenar, bukan isu car seat... Tapi sepatutnya yang patut diberi perhatian oleh pihak berkuasa ialah sikap pemandu dan pengguna jalan raya...

Cuba la buat kajian pasal sikap... Cuba la buat kajian pasal faktor kemalangan... Sebab sikap yang menjadi penyebab kemalangan... Langgar lampu isyarat, bawa laju, tak bagi signal... Guna telefon bimbit, guna lampu yang menyilaukan... Menghimpit kenderaan lain.. Potong barisan.. Ni antara sikap yang paling populat dilakukan oleh majoriti pemandu dan pengguna jalan raya... MF berani cakap...sebab setiap hari hadap perangai manusia yang macam ni... Paling ketara ialah ketika jem... Dan satu lagi... Guna lorong kecemasan...

Kalau pakai car seat mahal sekali pun... Ikat kuat sekalipun.. Kena hentam dengan sikap pemandu yang pentingkan diri sendiri... Tak selamat juga gayanya...

Jadi, harap pihak berkuasa kaji lah ye... Dah la car seat mahal... Mujur MF dah beli masa anak pertama... Takde kena GST... Tu pun paling murah dah seratus lebih juga harganya... Kalau sekarang, bertambah-tambah lah lagi kan...

Isu mewajibkan car seat tu...kena lebih kajian... Tengok la penyebabnya... Siapa yang patut kena tindakan...


Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. to be honest..ini semua pasal attitude. kalau langkah2 begini dah diambil berat tapi attitude kelaut, maka apa usaha pun xkan nampak hasil

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !