GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cabaran Berblogwalking!

Cabaran Berblogwalking! Blogwalking ni ibarat menziarah ke rumah orang lain... Cuma ni ziarah di alam maya... Kalau ziarah di alam realiti...cabarannya nak cari rumah orang perlukan masa, tenaga dan wang ringgit... Tapi berblogwalking di alam maya ni pun ada cabarannya... 

Cabaran Berblogwalking!



1. Mood

Nak berblogwalking kena ada mood... Tak de mood, memang tengok je la... MF kalau blogwalking memang akan tinggalkan komen... Tak seronok ziarah berlalu saja... Sebab tu kena ada mood baik... 

2. Internet yang baik.

Kadang dah ada mood, internet pula buat hal... Slow yang amat... Mencabar kan nak blogwalking... Tapi kadang dengan mood yang ada tu... Bertabah la tunggu blog loading... Tapi ada lagi cabarannya...

3. Template blog yang serabut dengan iklan

Dah la internet slow... Buka blog penuh dengan iklan kiri kanan atas bawah... Nak kena klik closed dulu baru dapat baca entry... Baru dapat tengok entry...tapi... Ada lagi cabarannya... 

4. Tulisan susah nak dibaca...

Dah dapat tengok rupa entry... Tapi nak kena pula pakai tiga spek mata ala microscope gayanya... Tulisan dah la kecil, lepas tu senget benget pula... Tu belum campur dengan tulisannya yang kelabu gaya pen nak habis dakwat.. Ok... Xpe la.. Dah alang-alang dapat buka... Dah terkebil-kebil mata tu kan... Mula lah nak komen pula... Tapi ada pula cabaran lain...

5. Cari kotak komen tak jumpa

Dah terbelek-belek nak baca entry... Sekali mencari-cari pula kotak komen... Kat mana nak komen nih... Teropong la pula nk klik kat mana... Dah jumpa dh klik... Tak boleh-boleh pula... Cuba sampai boleh la kan... Sebab mood ada lagi ni... Sekali dah klik... Keluar la pula kotak komen... Tapi ada lagi cabarannya...

6. Kotak komen tak mesra pengguna

Kotak komen pula mengada-ngada... Nak kena masukkan itu dan ini.. Ada keyword, password bagai baru boleh tinggalkan komen... Fuhh... Berpeluh dah ni... Bila dah taip-taip... Fuh... Baca bismillah sebelum tekan publish... Ok... Klik publish! Tapi ada lagi cabarannya... 

8. Loading

Lepas tekan publish... Rupanya dia loading, minta masukkan semula kata-kata madah dalam kotak komen... Fuhh... Makanya... Teruslah di tutupnya blog tersebut... Sekianlah cerita... 

Hehe.. Faham tak drama pendek MF buat... Itulah cabaran bila berblogwalking sebenarnya ya... Macam-macam ragam blog yang kita jumpa... 

Itu realiti ya... Jadikan blog kita mesra pengguna jika kita nak orang datang dan komen blog kita... Tak kisah anda nak guna template jenis mana pun... Pastikan ianya cukup mesra pengguna... Termasuk lah kotak komen... Pada pandangan MF, bagi pengguna blogspot... Kotak komen yang tersedia sudah cukup baik dah... Tak perlu ubah dengan yang lain... 

Sepanjang MF blogwalking juga... Pengguna wordpress memang ada hadapi kekangan sikit masa nak komen... Ada case sensitive pada ccs dan coding wordpress... Jadinya ada yang tak boleh nak komen...terutamanya bila blogwalking guna mobile... 

Jadi...sebabkan MF minat... MF blogwalking juga walaupun banyak cabarannya... Bila ada masa...internet ok... MF akan blogwalking... Insha Allah... Terima kasih buat pengunjung yang datang... Yang baru singgah... Bagitau ye... Nanti MF cuba singgah kembali...

UPDATE (2021)

Walaupun dah 2021, sama je cabarannya... Yang utama adalah mood... Waaaaa... Mood memang ke laut dalam nak blogwalking sekarang ni... 

Yang MF perasan sejak ramai blogger mula tulis review berbayar... MF, MF terpaksa jujur... 

Bila ramai up iklan berbayar jadi tak seronok nak baca... 

Review berbayar tak sama dengan review original dari pengalaman sebenar yang tak dibayar... Yang hasilnya kita keluarkan sendiri... Lain sangat,... 

Sejak tu MF kurang berblogwaking tambah dengan kekangan kehidupan sendiri juga lah... 

Insha Allah, sekarang ni dah join ping kat telegram... MF memang banyak blogwalking dari situ... cuma kadang baca, tak komen je... 

Jom kita sama-sama giatkan semula aktiviti berblogwalking sesama blogger, support balik macam dulu... Tanpa berpuak-puak... sebab blog masih releven sampai kini... sebab selagi orang guna google, selagi itulah relevannya blog ni... 

Bagi MF, sekarang ni dari segi data dah takde masalah... sebab plan internet sekarang memang menawarkan data yang banyak dari kebanyakan telco... Cuma masa lah yang mencemburui kita kan... 

MF cuba untuk blogwalking semula... Nak hidupkan semula budaya ni dalam diri... membaca tulisan blogger untuk cari ilmu... Insha Allah... 

10Ulasan

  1. Huhuuu.. bagi cik candy yang mula2 skali bila blogwalking... blog yang dilawat tue mestilah ringan.. Kalau loading memanjang, autometik Cik candy akan close terus.. Huihuihuiiii

    BalasPadam
  2. kitew setuju dengan awak..
    Ada la sesetengah blog yang kita masuk..'Mak aii..nak kena tunggu iklan 5 saat.
    pastu baru boleh pangkah.Dah tu nak kmeon melilau cari cotak komen rupanya duduk atas.
    Sabar jer lah...hehehe
    Kadang2 tu tak publish pun komen kitew..kesian kan..

    BalasPadam
  3. Setujulah MF. Tenet kafang slow kalau bukak blig yg byk2 design ni, berat n slow loading. Stress.. Haha..
    Kalau tgh bermood blogwalking 20 blog pun jadi.

    BalasPadam
  4. Salam kenal..wanie singgah...cantiknya blog ni..susunan teratur..suka tengok..nak datang selalu.. ^^

    http://kisahatiwanie.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. tak tau la blog akak dah cukup mesra ke tak.. tapi cuba tak semakkan sangat benda2 tak penting. iklan pun jenis statik.. tak terapung, tergantung bagai.. Yup nak bw ni paling penting mood, masa & internet yang laju.. takde 3 benda tu susah sikit la.. kena ada 3 perkara ni baru senang nak BW

    BalasPadam
  6. bab iklan tu memang menggangu.
    now blog saya pun iklan berterabur selepas tukar template.
    nnt nak baiki semula iklan2 semua, tunggu ada mood.

    BalasPadam
  7. Bila blogwalking dengan telefon je kadang terhad sebab kecik, tapi sebolehnya rajinkan diri BW bila ada kelapangan di rumah

    BalasPadam
  8. haii saya rabia. saya datang menyinggah ke sini.

    BalasPadam
  9. Thanks MF feedback macam ni kadangkala terlepas pandang. Patut sendu je blog saya takde orang komen haha !

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ