Khasiat Kopi

8
Khasiat Kopi | Bila sebut kopi pasti ramai anggap satu minuman yang tak berkhasiat. Bahkan ada terus reject kopi ni... dan ramai juga beri tanggapan buruk kepada kopi.

Mungkin mereka tidak tahu khasiat kopi yang hakikatnya memberi banyak manfaat kepada tubuh badan manusia. 

MF juga percaya bahawa ramai lagi masyarakat kita yang masih masih memiliki pandangan serta tanggapan yang negatif terhadap kopi.

Khasiat kopi

Membantu penyakit saraf

Satu kenyataan di sebuah laman web kesihatan iaitu laman Coffee & Health oleh Institut for Scientific Information of Coffee (ISIC) mengenai kajian terkini yang membuktikan perkaitan antara pengambilan kopi dan gangguan neurodegeneratif seperti penurunan kognitif, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson dan strok

Neuodegeneratif merupakan penyakit yang tidak boleh diubati dan menyebabkan degenarasi progresif dan/atau kematian sel-sel saraf. Gangguan neurodegeneratif ini menyebabkan masalah pergerakan (ataxias) atau fungsi mental (dementias).

Ini juga telah dibuktikan melalui beberapa kajian epidemiologi. Laman rasmi World Health Organization (WHO) mendefinasikan kajian epidemiologi sebagai kajian taburan berkaitan aktiviti kesihatan dan aplikasi kajian tersebut terhadap kawalan penyakit dan masalah kesihatan yang lain. 

Kajian ini membuktikan bahawa pengambilan kopi dalam kuantiti yang sederhana nyata telah memberi manfaat terhadap keupayaan kognitif apabila usia semakin meningkat. 

Kajian ini turut membuktikan kesan pengambilan kopi mampu melambatkan penurunan fisiologi dan kognitif terutamanya dalam kalangan wanita dan mereka yang berumur lebih 80 tahun.

Khasiat Kopi
sumber: google images

Asal Usul Kopi

Kopi adalah minuman yang berasal daripada biji kopi dan mula diperkenalkan oleh orang-orang Rom dan Yunani seawal abad ke-13. 

Disebabkan kandungan kafeinnya, kopi mempunyai kesan rangsangan kepada mereka yang meminumnya dan hari ini kopi merupakan satu daripada minuman paling digemari di seluruh dunia serta boleh didapati dalam pelbagai perisa seperti Latte, Americano, Cappucino dan Espresso.

Kopi untuk kesihatan

Kini terdapat juga pelbagai jenis minuman kesihatan berasaskan kopi yang boleh didapati di pasaran seperti Kopi Herba dan produk HPA Kopi Radix. 

Kopi Herba sangat berkhasiat terutamanya bagi pesakit-pesakit kencing manis, darah tinggi, batu karang, migrain, gout, gastrik, asthma dan sembelit. 

Malah, kopi ini juga boleh membantu mengurangkan angin dalam badan sepertimana yang dicatatkan di laman rasmi Kopi Herba.

Kesan minum kopi

Pengambilan kopi dalam kadar yang sedehana tidak akan memudaratkan kesihatan malahan akan memberi banyak faedah kepada tahap kesihatan manusia meski pengambilannya boleh menyebabkan ketagihan. 

Satu kajian saintifk berkenaan kesan pengambilan kopi menunjukkan bahawa risiko mendapat penyakit diabetes jenis dua adalah lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak meminum kopi.

Kajian saitifik juga membuktikan bahawa selain meningkatkan fungsi kognitif, kopi boleh mengurangkan risiko batu karang, kanser kolon dan kerosakan hati. 

Malah, kopi juga terbukti mampu meningkatkan prestasi dan ketahanan manusia dalam aktiviti-aktiviti fizikal. Bagi mereka yang sering berjaga sehingga lewat malam pula (stayed up), mereka akan lebih segar setelah meminum kopi.

Bagi penghidap penyakit jantung, kencing manis, dan darah tinggi, pengambilan kopi tidak akan memberi sebarang kesan negatif terhadap tahap kesihatan mereka. 

Namun begitu, kesan pengambilan kopi yang positif hanya berlaku jika seseorang itu meminum kopi dalam kuantiti yang sederhana dalam sehari. 

Kajian turut menunjukkan bahawa kopi tidak mempunyai kesan kardiovaskular seperti peningkatan kadar denyutan jantung, kadar denyutan jantung yang tidak stabil serta tekanan darah yang tinggi. Malah, risiko penyakit kardiovaskular adalah 10 peratus lebih rendah.

Seorang pesakit darah tinggi, Sarmiah Asun berkata, “Kandungan gula dalam darah saya sentiasa berada pada tahap yang stabil biarpun saya masih meminum kopi. Malah, saya turut tidak mengalami sebarang kesan-kesan negatif pengambilan kopi seperti pening dan letih sepanjang masa. Namun begitu, saya hanya meminum kopi tanpa gula untuk satu hingga dua cawan dalam sehari.

sumber: ILuvIslam

MF peminat kopi.. sehari tak boleh tak minum kopi... Tapi masih undercontrol lagi.. Tak begitu ketagih, cukup sehari secawan... Bahkan bulan puasa MF ok je kalau tak minum kopi.. 

Apa pun, kopi MF minum juga tak semua jenis.. dan sebolehnya memang elakkan kopi 3 in 1... Kecuali betul-betul teringin baru minum.
Tags

Catat Ulasan

8 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Sy lak memg xminum kopi dr kcik..smp la bsar nih.

    BalasPadam
  2. aiza tak suka sangat minum kopi.. mesti rasa mengantuk.. pelikkan..

    BalasPadam
  3. suka kopi. :D

    tp x leh minum banyak nnt susah nak tidur. hihi

    BalasPadam
  4. cik akak minum nescafe je...tu pun waktu kat ofis je..kalau kat rumah...lebih selesai minum air suam dan air sejuk je..hihi

    BalasPadam
  5. Tadi pagi minum kopi. lepahtu terus migrain T_T
    Nie baru okay sikit lepas mak alang urut

    BalasPadam
  6. Sebelum ni PC tak berapa boleh minum air kopi..tapi cuba minum sikit-sikit nampak macam dah ok. Sesekali bila tekak nak baru kacau en suami punya kopi..encik suami bancuh secawan tu mintak sikit seteguk dua. dah.

    BalasPadam
  7. CCL coffee lovers . Sehari wajib minum satu gelas .

    BalasPadam
  8. kopi sebenarnya ada kebaikan jgk cuma jgn sampai terlebih mnum je

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan