News Breaking
Live
wb_sunny

Breaking News

Resepi Burger Malaysia Kayangan Azlina Ina

Resepi Burger Malaysia Kayangan Azlina Ina

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Resepi Burger Malaysia Kayangan Azlina Ina | Setiap kali PKP pasti ada benda viral akan jadi kat Malaysia. 

PKP yang lepas Dalgona, lepas tu group Masak Apa Tak Jadi dan PKP 3.0, burger Malaysia Kayangan menjadi viral.

Mulanya MF macam tak layan, tapi bila tengok viral tu… eh, baru perasan resepi ni dari Azlina Ina… 

Siapa tak kenal Azlina Ina kan… Seorang yang sangat low profile tapi usahawan memasak yang berjaya serta tak lokek ilmu. Semua ilmu dan resepi dia, dia share percuma ja… 

Itu style dia… Sangat respek kat mak Azlina Ina ni. 

Ada beberapa resepi kek dan biskut MF buat, memang menjadi… Mudah pula tu resepi dia… 

Kali ni dia keluarkan produk baru, burger Malaysia. Tapi versi kayangan. 

Sebab apa kayangan? 

Sebab dia jual 5 biji RM12, mahal lah kan… sebab biasa orang jual burger Malaysia ni 3 biji seringgit. 

Tapi, kalau tengok resepi dan bahan yang dia gunakan, MF rasa berbaloi dengan harga tu. Bahkan sesiapa yang dah beli pun, memang rasa berbaloi sangat. 

Kita yang dok jauh ni mampu tengok lah nak rasa air tangan Azlina Ina. 
Tapi sebab mak Ina ni dah bagi resepi, kita boleh buat sendiri… Yang penting kena ikut semua tips dan cara dia tu… 

MF tengok pun teruja resepi burger Malaysia kayangan Azlina Ina ni… sebab apa… rupa dia lain dari lain… 

Biasa orang guna timun je, dia guna salad. 

Sambal dia pun lain…tu sebab MF nak juga cuba. Cuma nak kena beli bahan dulu lah baru boleh cuma buat. 

So, MF nak simpan resepi burger Malaysia Kayangan Azlina Ina ni kat blog ni sebab dah simpan kat Facebook asyik jenuh scroll mencari… Simpan kat blog sendiri..Hah! Senang nak cari bila nak buat nanti. 

Jom tengok resepi Burger Malaysia Kayangan Azlina Ina ni… MF copy terus dari Facebook Azlina Ina ni… untuk disimpan di sini… next time nak buat senang.  

Resepi Burger Malaysia Kayangan Azlina Ina


Bahan-bahan (Sambal) 

  • 10 ulas bawang merah +2 labu bawang besar belah 4
  • 1/2 genggam bilis halus
  • 4 ulas bawang putih (dikisar bawang merah dan putih serta bilis tadi ketepikan)
  • 20-30 tangkai cili kering rendam air panas tos dan kisar dengan sedikit air masak dan minyak(nak bagi biji lada hancur)
  • sedikit gula melaka
  • sedikit asam jawa
  • Garam, gula dan perisa
  • Minyak masak

Cara-cara masak sambal burger

  1. Untuk sambal, masukkan minyak masak ke dalam kuali. Lebih pun takpe.Tumis bawang besar dan bawang putih kisar tadi sehingga sedikit garing.
  2. Masukkan cili kisar dan kacau sekata dan terus masukkan gula biasa  sedikit ikut kemanisan yang korang nak tambah 1 gula melaka seketul dalam 200g gula melaka tu.
  3. Masak api perlahan, lagi lama lagi sedap 
  4. kalau mak ina memang akan lebih dari 2 jam ya dah garing tambah air lagi sikit-sikit sampai sambal bertukar warna  maroon dan minyak naik atas sambal memang baru kaw sedap.
  5. Akhir sekali, baru masuk garam dan perisa serta sedikit air asam jawa lebih kurang 1 sudu besar.
Resepi Burger Malaysia Kayangan Azlina Ina




Tips masak sambal burger Malaysia Kayangan Azlina Ina

  1. Kalau masak sambal lama, akan lebih tahan lama. Untuk niaga bagus masak lama sikit sambal tu ok sambal ni mak masak 3 jam.
  2. Tambah air banyak kali sampai pekat dan sebati betul. Jadi tak perut makan pun sedap cili tak mentah.
  3. Boleh simpan suhu luar 7-8 hari, insha Allah tak basi dan tak rosak.
Resepi Burger Malaysia Kayangan Azlina Ina


Resepi doh burger kayangan

BAHAN A

  • 1kg Tepung High Protein - 1kg
  • Seikit garam
  • 150 gram gula
  • 40 gram susu tepung
  • 10 gram yis
  • 5 gram bread improver

BAHAN B

  • 550 gram air sejuk
  • 1 biji telur

BAHAN C

  • 100 gram majerin

Cara-caranya:

  1. Masukkan semua bahan A. Pukul speed 1. 
  2. Kemudian masukkan bahan B perlahan-lahan. Pukul speed 1 bagi bahan-bahan semua bercampur. Ubah speed 2. 
  3. Bila doh dah betul-betul sebati. Masukkan bahan C. Pukul sampai elastik.
  4. Bulatkan 35g tapi korang ikut berat sendiri-sendiri la ye kalau berat ni 1 kg dapat 50 biji 
  5. Lepas tu taburkan tepung kat tray, tutup dengan wrap biar 30 minit.
  6. Goreng dengan minyak yang banyak dan api sederhana ya
  7. Dah goreng kena tos betul-betul.

Tips:

  • Nak burger tu nampak cantik warna sekata masa panas kan minyak masuk kan 3 sudu besar shortening ke dalam minyak panas tu biar larut baru goreng burger.
  • Masa nak isi burger ni pastikan sambal tadi ambil jangan bahagian minyak. Cedok sambal yang minyak ketepikan. kalau tak nanti meresap dalam burger tu jadi beminyak tak sedap nanti.
Resepi Burger Malaysia Kayangan Azlina Ina


Tips Tambahan dari Azlina Ina

  1. Untuk kuantiti yang banyak dan perlukan proses kembang doh yang cepat cuma perlu oven dan buka suhu sederhana. Letak di hadapan oven atau di atas oven biar doh kembang sekali ganda. Biasa kalau kembang ori 40 minit, guna kaedah ni 10 minit je. jimat masa.
  2. Salad segar sampai ke malam. Pastikan burger,sambal dan bilis tidak panas. Wajib tak panas kalau tak daun salad akan layu
  3. Untuk jualan lebih 3 jam delivery atau sebagainya: Elakkan meletakkan timun. Timun sebab biji ade air akan buatkan burger cepat basi. Kalau nak letak juga timun letak timun jepun.

Tu dia… Siap dah olah tulisan resepi mak ina ni… Senang lepas ni buka blog sendiri je boleh buat… 

So, next nak cari bahan-bahan macam tepung berprotein tinggi, bread improver tu dan bahan-bahan lain… Insha Allah.. Cukup bahan kita buat nanti… Semestinya MF kena buat yang sambal dua versi, pedas dan tak pedas. 

Bahan-bahan ni biasa MF beli kat shopee je… 
Tepung dan bread improver MF beli kat sini: https://shp.ee/3repmwb
Ikan bilis segar MF biasa beli kat sini: https://shp.ee/zhzc2ky


Sumber resepi dan gambar: Facebook Azlina Ina

Tags

Newsletter Signup

Signup untuk dapatkan informasi terbaru dari mariafirdz.com.

2 Comments

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. Fulamak meriahnyaa . Lama tak nampak mini burger macam ni . Selalu diorang letak 1 slice timun dan sambal ikan bilis je . Itu pun ikan bilis 2 3 je . Buat sendiri lagi puas hati kan

    BalasPadam
  2. sedapnya...nak buat tapi risau roti die tak menjadi. kalau sambal takde masalah..hehe

    BalasPadam