GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Batu Tungku Warisan Zaman!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Setelah anak setahun, semalam MF mula bertungku semula... Alahai.. sedap betul bertungku... Rasa hilang lenguh badan... Sedap sikit badan... Ye la.. kita makan tak jaga sangat macam orang dulu, lepas tu lasak dan buat macam-macam kerja... angkat berat-berat... Habis bercuti bersalin dah kerja... Mana la badan tu tahan macam orang dahulu kan... 

Anak sulung dulu MF bertungku lama juga... sampai anak enam bulan dok bertungku lagi.. Anak kedua ni... lepas habis cuti bersalin, dah tak rajin... Ni, baru nak rajin balik bertungku... 

Tungku ni, mak MF bekalkan dari kampung... Memang original batu tungku yang diambil dari batu sungai... Memang panasnya tahan lama... dan sedap bila bertungku... Memang best la.. Mak pesan, kalau nak bertungku kena bersungguh.. istilah orang dulu, "bertungku sampai masak". Nanti baru tak mudah sakit badan... Agaknya, masa anak kedua tak cukup masak la gamaknya kan... hehe.. 



Anak dah besar, takde masalah nak bertungku semula... best pula rasa.. Pagi tadi pun mandi air herba... Huii... macam dalam pantang pula rasa... segar je badan lepas mandi, lepas tu bertungku pula kan... Memang sedap la... Bertungku bukan lepas pantang je... kalau nak perut kempis, ramping macam kerengga rajin-rajin la bertungku... Bukan setakat buang lemak kat perut, rahim kita pun jadi kuat dan elok letaknya.. tak mudah nak jatuh... 

Antara kebaikan bertungku:
  • Membantu aliran darah dengan sempurna juga turut membantu masalah kebas anggota badan akibat aliran darah yang tidak lancar.
  • Membantu mengendurkan saraf dan otot yang tegang dalam badan.
  • Mempercepatkan keringnya darah nifas dengan mencairkan ketulan darah.
  • Membantu mengembalikan semula kedudukan tulang pinggul ketempat asal. (akibat pembukaan ketika melahirkan anak)
  • Membantu mengurangkan masalah sengal badan dan kekejangan saraf serta sakit otot.
  • Membantu masalah lebam dan kesakitan serta bengkak kecil akibat bersukan atau cara hidup yang aktif.
  • Membantu mengempiskan perut selepas bersalin.
  • Membantu membuang angin dalam perut.
  • Membantu mengecutkan rahim serta mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin.
Bertungku bukan sahaja masa dalam pantang, elok juga amalkan ketika dalam haid... Ikut bidan lama, sebenarnya, ketika haid kita kena pantang makan dan jaga macam kita dalam keadaan nifas... sebabnya, badan kita tengah proses keluarkan darah kotor... Elakkan makan dan minum yang sejuk-sejuk ketika haid juga... Tapi kadang kita tak ambil peduli sangat bab ni.. tu yang umur tak sampai 40 tahun sakit segala sendi... dan sebab tu juga kita bergantung kepada supplement... sebab amalan kita dah tak macam orang dulu kan... Orang dulu mencegah lebih baik dari mengubati... tapi zaman moden... takpe... ubat banyak kan... hmm... MF tak kata kat sapa-sapa... tapi kengkadang diri sendiri pun terfikir camtu... 

2Ulasan

  1. NAK BERTUNGKU JUGAK NANTI . HEHE .. N NAK REQUEST KAT AYAH DEQ SURUH CARI BATU YANG SESUAI KAT SUNGAI UNTUK D JADIKAN TUNGKU . EKEKE

    BalasPadam
  2. wooah baguslah MF still buat tungku2 ni semua..
    CT tngk spupu2 CT xde pun tungku.. habis pantang semua tibai makan
    macam2 ehehe..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ