GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Amalan Mengambil Supplement Ketika Hamil Boleh Mencacatkan Bayi!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Semalam ada terbaca pasal berita dan artikel ni kat facebook... Isu pengambilan pil dan supplement tertentu ketika hamil... 

Pengambilan pil makanan tambahan, jamu dan pil perancang secara berlebihan boleh membawa maut kepada ibu dan anak, selain mengakibatkan kecelaruan jantina bayi. 
Lambakan pil dan jamu di pasaran, khususnya dari seperti Thailand, China dan Indonesia, yang tidak melalui saringan Kementerian Kesihatan dibimbangi mengandungi kandungan hormon secara berlebihan. 
Ketua Seksyen Pencegahan Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur, Mohd Shahid Yahaya mengesahkan pengambilan pil dan jamu yang mengandungi hormon berlebihan boleh menyebabkan kecacatan pada genetik dan menjejaskan deria, pertumbuhan tulang serta pembentukan bayi yang dikandung dan disusukan. 
Lebih membimbangkan, katanya, produk seperti jamu pantang bersalin, jamu mencantikkan tubuh badan yang dijual secara dalam talian tidak diketahui kesahihan kandungan, dos hormon atau bahan yang mungkin beracun kepada pengguna. "Sebahagian pengguna mengamalkan pil perancang ini untuk mencantikkan kulit seperti selebriti mereka tanpa memikirkan kesannya.
"Hakikatnya, taktik pengeluar produk menggunakan selebriti sebagai duta mereka untuk menarik perhatian pelanggan juga tidak boleh mengesahkan sama ada ubat berkenaan sudah diuji selamat digunakan," katanya kepada BH. Beliau mengulas laporan eksklusif BH mengenai pengambilan pil makanan tambahan, pil perancang dan jamu oleh ibu mengandung atau menyusu boleh mengakibatkan kecelaruan jantina bayi dalam kandungan atau selepas dilahirkan. 
Pil dan jamu yang mengandungi hormon estrogen dan testosteron berlebihan mengganggu pembentukan organ seksual bayi. Akibatnya, bayi perempuan yang lahir atau membesar akan memiliki ciri kelelakian, manakala bayi lelaki akan memiliki ciri perempuan. Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan, berkata pihaknya menerima aduan sekurang-kurangnya ada tiga jenis pil perancang didapati memiliki kandungan hormon secara berlebihan yang menjejaskan kesihatan dan keselamatan pengguna serta bayinya. 
"Pil berkenaan dan jamu yang tidak mempunyai kelulusan KKM banyak terdapat di pasaran dan kawalan sukar dibuat berikutan permintaan yang tinggi oleh pengguna. "Sesiapa sahaja boleh membeli pil ini dan jamu tanpa sekatan.
"Sehubungan itu, saya cadang program pendidikan dan kesedaran kepada pengguna diperluas kerana isu ini amat serius untuk generasi akan datang," katanya.

Memang tak nafikan, masyarakat malaysia memang suka bergantung kepada supplement... dari pengamalkan pemakanan yang sihat. Sampaikan waktu mengandung pun tak terima vitamin yang klinik kerajaan bagi... rela habiskan ratusan ringgit untuk beli supplement... 

Tak salah nak ambil apa pun supplement... tapi jangan terlalu over... berpadananlah dengan badan... Nak anak bijak, telan pil itu, nak anak cantik, kulit gebu, telan pula pil ini... dah itu kan menggangu proses pembesarannya... Kita nampak normal... tapi penerimaan badan dan janin tu sendiri kita tak tahu.. Seeloknya amalkan pemakanan sihat... Klinik pun tak bagi pil, hanya bagi vitamin je... Tu pun Asid Folik dan Vitamin C je... selebihnya ibu mengandung dinasihatkan amalkan pemakanan sihat dan seimbang. 

MF sendiri pun tak amalkan apa-apa supplement khusus... amalkan yang mana patut je...dan ambil pemakanan seimbang... makan vitamin yang klinik bagi je... tak boleh telan, minta pula vitamin lain... banyak pilihan ada... yang pastinya, pastikan dapatkan nasihat doktor... jangan terlalu terpengaruh dengan iklan dan testimonial yang tiada kesahihannya. 



Nota: Sebelum beli sesuatu produk kesihatan rujuk KKM dan JAKIM dahulu... 

9Ulasan

  1. tu yang menakutkan tu maria...setakat ni takde ambil pil ape2 melainkan memakan makanan sunnah Rasulullah saw. dan ubat yang doktor bekalkan

    BalasPadam
  2. jadilah pengguna bijak dan berpijak dibumi yang nyata

    BalasPadam
  3. betul. kalau tgk kat group pregnancy kat FB tu mcm2 suppliment kuor..kdg menakutkan..semua benda nak telan..bg kakha amik yg doc py dah cukup. topup sikit sudah...

    BalasPadam
  4. Betul tu Maria.. nak amik supplement pun biar berpada-pada, dapatkan nasihat dari mereka yang berkenaan sebelum consume.

    BalasPadam
  5. Kakak setuju benar dgn articles/entri ini.
    Sebab itu kalau nak buat perbandingan dedulu mak/nenek kita mana ada supplement tapi anak-anak sihat dan cemerlang juga (kita-kita nilah kan hihi...)

    Tapi sekarang sikit-sikit tersedak susu, tetiba baby sesak nafas dan macam-macam lagi. Mungkin ini juga effect dari pengambilan supplement yg berbagai itulah..

    BalasPadam
  6. memang perlu buat education program tu..orang sekarang semua nak cepat n senang je.nak kurus cepat.nak cantik cepat. nak anak jadi pandai cepat..ramai yg taktau kesan dia..

    BalasPadam
  7. Sgt betul.
    Amik suplemen yg perlu aje dan dibenarkan doktor time pregnant.

    BalasPadam
  8. Kathy mmg ambik yg klinik bekalkan aje.

    BalasPadam
  9. Nak amik supplement mass preggy perlu tanya doc duly,mass CN pregy dulu xleh telan obimin,jd amik b-comp Shaklee jer

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ