Disebalik Keputusan SPM 2015!

Maria Firdz
7
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Semalam, tamat sudah debaran calon-calon SPM 2014...
dan tamat juga debaran cikgu-cikgu yang mengajar kan.. Semalam, MF sampai sekolah tengok dah ramai pelajar datang ambil keputusan...

Macam-macam gaya ada... sedih, gembira dan pasrah... redha je lah.. sebab dah lepas kan,,, Beberapa pelajar yang MF sempat jumpa... Hmm... semuanya dapat keputusan yang sederhana sahaja... Alhamdulillah... tidak mengapa... dunia belum berakhirkan... Cuma, pasti keputusan tu bukan satu penyesalan...

Alhamdulillah juga, anak saudara MF dapat 4A... dan tiada yang gagal... Syukur walaupun tak semua A...


Buat yang ambil keputusan semalam:

A bukan penentu kamu gagal atau berjaya di masa hadapan...
A juga bukan penentu kamu bahagia di masa hadapan...
dan A juga semangat untuk teruskan kehidupan..

Usah bersedih jika gagal hari ni...
Banyak peluang lain kamu boleh ceburi... bukan berdasarkan A yang kamu ada pada keputusan SPM, tapi pada apa yang ALLAH berikan kepada kamu sejak kamu azali..

Cari bakat, dan minat kamu... kerana dari situ juga ada punca rezeki...

Buat yang berjaya... TAHNIAH... kamu punyai harapan yang cerah untuk menunaikan tanggungjawab dan fardhu kifayah kepada negara... Teruskan perjuangan... dan teguhkan iman...
Jadikan diri kita seorang yang berguna, berjaya di akhirat dan di dunia... Gapailah redha Allah dalam apa yang kamu kerjakan... Insha Allah kejayaan dunia dan akhirat akan menyusul mengikuti kamu...




NOta: Maria dulu dapat 3A je.. tak sangka boleh jadi cikgu... Firdz pula belajar separuh jalan je... Sampai tingkatan 3 je... dan hari ni dia jadi Pengurus kepada Syarikatnya sendiri.. Siapa sangka kan... Biar kita tak cemerlang mana, asalkan iman, akhlak dan budi kita cemerlang...

Buat yang berjaya... Jangan lupa diri dan lupa budi selepas dah berjaya ya!

Catat Ulasan

7Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Peringatan yang bagus ni... hehehe ;)

    BalasPadam
  2. Betul tu Maria.. itulah A yang paling bermakna..Allah dan Agama

    BalasPadam
  3. rezeki masing-masing kan..semua keputusan di tangan kita sendiri

    BalasPadam
  4. yang penting hala tuju mana nak pergi selepas ini

    BalasPadam
  5. Setuju tu, apa gunanya straight A to perangai teruk,susah gak nk berjaya

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !