Alhamdulillah...percutian MF dan keluarga ke kampung MF berjalan lancar seperti yang dirancang.... Hari kedua kami di kampung, berpakat menziarahi kakak MF yang berada di Sungai Petani... Buat makan besar di sana.. Lepas makan tengah hari... lepas Asar, kami berpakat nak singgah ke Tanjung Dawai... Lama sudah tak ke sana... Menikmati suasana Pantai Merdeka dari Tanjung Dawai... Lepas membeli belah sikit di Tanjung Dawai... dalam perjalanan balik, kami singgah di tepi pantai Tanjung Dawai.... hirup angin laut... Kebetulan waktu tu hujan panas dan renyai-renyai... dan hari hampir nak maghrib... Jadi, waktu dapatlah MF dan keluarga menikmati dan melihat keindahan pelangi dan juga fasa-fasa matahari terbenam di sebalik laut yang membiru... cantik sangat... Beberapa keping gambar, MF sempat ambil.. untuk dijadikan kenang-kenangan...
|
Pemandangan sawah pagi @ bendang sepanjang perjalanan ke Tanjung Dawai melalui Merbok |
|
Pemandangan Gunung Jerai dari jauh |
|
Pelangi |
|
Sunset... matahari belum terbenam sepenuhnya |
|
Matahari nampak separuh sahaja |
|
Pelangi dah makin pudar |
|
Pemandangan Pantai Merdeka dari jauh |
|
Matahari dah terbenam |
Elok matahari terbenam, hujan mulai turun semula... dan kami pun bergerak pulang...
Alhamdulillah....dapat menikmati dan melihat kebesaran Allah dalam masa yang sama...
alhamdulillah. wah cantik betul langit senja dengan pelangi tuh! hehehe jom baca entri saya pasal kamera instax
BalasPadamcantk sgt2 pemandangan yg di beri oleh allah ni..:)
BalasPadamCantik permandangan kat sini
BalasPadamsubhanaAllah.. cantik sangat permandangn tu..
BalasPadam