GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Bersedia dengan Gangguan Bekalan Air Esok! (17/12/2014)

Suami Mf dapat berita dari whatsapp akan ada gangguan bekalan air pada esok hari iaitu 17 Disember 2014... Terus dirujuk ke laman web Syabas untuk kepastian... dan memang sahih, ada gangguan bekalan air di beberapa tempat di Kuala Lumpur, Lembah Klang dan Gombak.. Bila tengok gombak tu, yang mula risau... Nak kena tadah air lagi la ni... 


Kuala Lumpur– Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan bahawa sebahagian daripada beberapa kawasan di Wilayah Gombak, Kuala Lumpur dan Petaling akan mengalami gangguan bekalan air sementara semasa kerja menaiktaraf sistem bekalan air yang dilaksanakan di tiga kawasan berbeza seperti berikut:-

1. WILAYAH GOMBAK
Kerja-kerja Pengalihan Paip bergaris pusat saiz 800mm, 600mm dan 525mm di tapak pelebaran Jalan Genting Klang oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Wilayah Gombak

TARIKH/MASA GANGGUAN
17 Disember 2014 (Rabu), 9.00 pagi hingga 12.00 tengah malam (lama juga tuh)

KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT
Wilayah Gombak (Kerja Pengalihan Paip 800mm)
Taman Melati Setapak; Taman Bunga Raya; Kolej TAR; Plaza Idaman; Gombak Setia; Jalan Madrasah; Flat Langkawi; Flat Tioman; Flat DBKL Taman Melati; Taman Cemerlang; Taman Desa Melawati; Taman Setapak Indah; Jalan Tumbuhan; Platinum Victrory Taman Melati; Taman Melati Utama; Kampung Setia Jaya dan Kampung Wira Jaya Setapak.

Wilayah Gombak (Kerja Pengalihan Paip 600mm)
Hospital Columbia; Batu 1 hingga 5 Gombak; Kampung Puah Hilir; Kampung Puah Seberang; Kampung Puah; Kampung Sungai mulia; Kampung Bandar Dalam; Kampung Sungai Merali; Kampung Lee Kong Chian; Taman Desa Gombak; Kampung Padang Balang; Kampung Changkat; Air Panas Baru; Langgak Bukit; Prima Setapak; Kampung Semarak; Kawasan Perindustrian Ringan Setapak; PPRT Air Panas; PPRT Sungai Bonus; Jalan Pahang; Taman Danau Kota; Platinum Victory (PV20); Taman Melawati; Zoo Negara; Prima Melawati; Prima Court; Tiara Kemensah; Bukit Melawati; Twin Palm Kemensah; Kampung Klang Gates Baru; Jalan Air Madu; Residen Kemensah; Taman Melati Indah; Kemensah Heights; Kem Wardiburn; Saujana Melawati; Tropika Kemensah; Ukay Prima; Amber Hill; Nadayu Melawati dan Sunway Melawati.

Wilayah Gombak (Kerja Pengalihan Paip 525mm)
Bukit mas Melawati; Desa Setapak; Setapak Jaya; Taman Sri Rampai; Kampung Kemensah; Jalan Usahawan; Jalan Wangsa Perkasa dan Taman Permata.

2. WILAYAH PETALING
Kerja-kerja penggantian Injap Kekupu bersaiz 600mm ‘Outlet’ Kolam Menara Tasik Prima Puchong, Wilayah Petaling.

TARIKH/MASA GANGGUAN
23 Disember 2014 (Selasa), 10.00 pagi hingga 7.00 malam

KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT
Wilayah Petaling
Kawasan Tasik Prima 1 hingga 4; Puchong Utama 7; Prima Biz Hub;Lake Belva dan Pangsapuri Seri Pelangi.

3. WILAYAH KUALA LUMPUR
Kerja-kerja penggantian Injap 700mm di ‘Inlet’ Compartment D, Pudu Hulu Baru, Wilayah Kuala Lumpur

TARIKH/MASA GANGGUAN
23 Disember 2014 (Selasa), 8.00 malam hingga 6.00 pagi keesokan harinya

KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT
Wilayah Kuala Lumpur
Hospital Pantai, Cheras; Masjid Pandan Indah; seluruh kawasan Taman Cheras Utama, seluruh kawasan Pandan Perdana; seluruh kawasan Pandan Komersial; seluruh kawasan Pandan Indah; seluruh kawasan Cheras Indah; seluruh Jalan Pandan Utama; seluruh kawasan Taman Maju Jaya dan seluruh kawasan Pandan Mewah.

Pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air dengan berhemah sepanjang tempoh gangguan berlaku. SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara ini akan bersabar dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut; pengguna disarankan menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL, dan hantar ke 39222. Informasi gangguan bekalan air ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan ’facebook’ dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’ atau muat turun aplikasi mySYABAS di telefon bimbit pintar pengguna.

Harap maklum.
Sumber: SYABAS

Dari pagi sampai ke tengah malam baru nak ada air... huhu.. boleh tahan lama juga tu... malam ni kena clearkn siap-siap baju bajan dan pinggan mangkuk...kalau tak mau menimbun nanti... air minum pun kena tadah siap-siap... 

5Ulasan

  1. terima kasih untuk info.. alhamdulillah klang area terselamat... memang payah kalo tak de bekalan air ni... kering kontang le.. serbe tak kena jadi nya...

    BalasPadam
  2. Wah... memang payah air takde.
    Moga semua dipermudahkan ye :-)

    BalasPadam
  3. kena bertabahlah dengan gangguan bekalan air ni

    BalasPadam
  4. Kena simpan air banyak tambah lagi kalau ada anak kecil.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ