GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Breastfeeding: Lain Anak, Lain Cabaran!


Breastfeeding: Lain Anak, Lain Cabaran! | Lama tak kongsikan pengalaman dan ilmu pasal breastfeeding atau penyusuan susu ibu... Entry ni sebagai perkongsian pengalaman dan juga ilmu tambahan bagi yang ingin mengetahui cabaran dalam penyusuan susu ibu... 

Selepas mempunyai dua anak, aku dapat bezakan kedua-dua anak punyai pengalaman menyusu yang berbeza.. sungguh berbeza... Si kakak, Alhamdulillah...berjaya aku susukan sehingga cukup dua tahun 1 minggu... dan si adik pun sejak mengandung aku bertekad, berdoa dan berniat begitu... 

Sejak mengandungkan si adik, memang ku doa moga aku dapat juga teruskan penyusuan susu ibu sehingga dua tahun... jika si kakak aku berjaya susukan sepenuhnya dengan susu badan (+ makanan tambahan selepas enam bulan) iaitu selama 11 bulan... Faiqah menolak EBM yakni susu perahan selepas enam bulan... Pengasuh maklumkan dia langsung tak nak minum... jadi, memandangkan waktu tu juga aku tak sempat nak buat stok lagi, jadi, dengan redha aku topup dengan susu formula... owhh... mungkin bagi yang obses dengan susu ibu, fikir kenapa aku tak cari ibu susuan... kenapa tak gantikan dengan susu segar atau susu kambing iaitu susu terbaik selepas susu ibu??? Owh... maaf la ya... bagi aku susu formula bukanlah seburuk yang disangka kan...yang buruk itulah sangkaan manusia...  insha Allah, aku beri dia yang terbaik dan tiada ibu nak sesuatu yang buruk untuk anak dia kan... segala kemudharatan atau kebaikan semuanya atas kehendak dan izin Allah jua... Alhamdulillah kakak serasi dengan susu Dumex, memang sengaja cuba susu murah dulu... Alhamdulillah kakak suka...hinggalah berlaku kes Dumex alami keracunan tu, lepas tu kakak bertukar ke Dutch Lady hinggalah ke saat ini... 

Disebabkan pengalaman si kakak, aku meletakkan harapan yang tinggi untuk full breastfeeding si adik... Si adik ni lagi kuat menyusu dan lebih kuat berbanding si kakak... Waktu si kakak, selepas melahirkan dia, terus ada susu...jadi, malam selepas bersalin kakak memang lena tidur di wad, sebab kenyang menyusu, tetapi si adik tidak... susu tak meriah... baru nak stimulate dengan air liur baby... jadi, si adik memang merengek je malam tidur di wad selepas bersalin.. memang bertabahlah malam tu... tapi berbekalkan semangat, aku layankan aje waktu tu... dan Hospital Ampang, hospital rakan bayi, jadi nurse memang support susu ibu.. jadi, diorang akan bagi semangat dan tak sediakan susu formula di hospital kecuali kes-kes kecemasan. 

Sehari selepas tu, lepas suami belikan kurma Ajwa, Alhamdulillah... dengan izin Allah, susu meriah... rezeki adik kan... dan sempat buat banyak stok ketika berpantang... tapi cabarannya lain, sebab seronok direct feeding, aku lambat ajar dia minum botol... jadi memang mencabar nak ajar dia menyusu botol... tapi semangat dan cekal hati, akhirnya adik minum botol... 

Sehinggalah, usia adik menginjak ke enam bulan, dia demam on-off selama seminggu, waktu tu mencabar juga sebab tetiba adik refused botol... menolak EBM dan botol dalam masa yang sama... mujur masa tu dah mula makan solid food... Di rumah pengasuh juga sama... tak terima EBM dan botol... menangis-nangis tak nak... aku bekalkan juga EBM ke rumah pengasuh, tapi akhirnya buang begitu sahaja ke sinki... sedih... jadi, aku henti bekalkan EBM dan bagi bubur je sebagai bekalan... jadi, adik makan bubur dan minum air kosong je sepanjang di rumah pengasuh atau sepanjang aku pergi kerja. 

Alhamdulillah, takde masalah selama tak minum EBM tu... terus df je masa tu... Namun, sekali lagi diuji hebat selepas usia adik 9 bulan lebih... Aku alami n.crack yang teruk (yang biasa menyusu SI pasti, arif la istilah aku nyatakan tu kan... ), mulanya aku teruskan... namun, disebabkan makin teruk dan adik makin kuat menyusu, si adik asyik menangis di waktu malam, sebab tak dapat seperti selalu... hingga kan dia demam.. pasrah dengan keadaan tu, akhirnya aku redha adik diberi susu formula... makanya target aku meleset... adik lagi awal minum campur... tapi setakat ini, adik lagi kuat minum FM dari SI... Alhamdulillah... seperti si kakak, adik juga minum susu Dumex... Alhamdulillah... adik serasi dengan susu ni... Adik dah kembali, senyum, main dan ceria... dan juga dah pun mula tumbuh gigi juga selepas demam... pipi pun kembali tembam dah...alhamdulillah... 

Memang cabaran yang hebat... itulah lain anak, lain cabarannya... jangan sangkakan kita berjaya susukan anak pertama, anak seterusnya juga akan berjaya... dan jangan rasa anak pertama tak berjaya, anak kedua juga tak kan berjaya... Namun, cabaran ni tak mematahkan semangat aku untuk terus beri SI... lepas aku pulih, insha Allah aku akan kembali usaha untuk memeriahkan SI untuk adik... insha Allah... moga Allah permudahkan perjalanan penyusuan untuk adik selagi aku terdaya... insha Allah... walaupun sedih, namun aku redha... kerana perancangan Allah itu adalah terbaik untuk aku... Allah tahu apa yang terbaik untuk aku... rindu memang rindu zaman kegemilangan itu... tapi keceriaan, senyuman dan kesihatan adik itu kebahagiaan buat kami... 

Buat rakan-rakan yang sedang menyusukan terutama anak sulung...teruskan selagi terdaya...kuatkan semangat jika tercabar... fikirkan jalan terbaik dalam penyelesaian setiap cabaran...dan paling penting berserahlah kepada Allah...kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.... semoga berjaya dalam perjalanan penyusuan sehingga cukup dua tahun... insha Allah... 

6Ulasan

  1. Betul tuMaria ..Akak pon lain2 cabarannya ..Paling mencabar masa IMAN ... Sebab masa Iman masih menyusu Akif pulak duk dalam perut huhuhu..Kesian Iman ..

    BalasPadam
  2. Anak lelaki lebih penat berbanding anak perempuan ..hehehhe Menyusukan Kakak biasa2 jer tapi anak lelaki dia punya minum susu tu lama ..kekadang sakit pinggang ..

    BalasPadam
  3. sy masih gigih menyusukan anak...mmg niat sehingga 2tahun..skrg dh 1y7m.. sikit masa lagi..ank laki, mmg kuat nyusu.tmbh2 skrg ni lagi dhsyt dia menyusu..pantang mama duduk rileks memang dia dtg panjat je..hehe...smpi luka2 cik B tp kentalkan juga...kalo x bagi dia meraung huhu

    BalasPadam
  4. @Akif Imtiyaz anak saya dua-dua perempuan... sama je kuat menyusu...

    BalasPadam
  5. betul...banyak cabaran BF ni...yang pernah mungkin faham penatnya mcm mana :)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ