Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata : Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda :
"Semua umatku akan ditutupi segala kesalahannya kecuali orang-orang yang berbuat maksiat dengan terang terangan. Masuk dalam kategori berbuat maksiat terang-terangan adalah bila seorang berbuat dosa di malam hari kemudian Allah telah menutupi dosanya, lalu dia berkata (kepada temannya) : "Hai Fulan! Tadi malam aku telah berbuat ini dan itu."
Allah telah menutupi dosanya ketika di malam hari sehingga ia bermalam dalam keadaan ditutupi dosanya, kemudian di pagi hari ia sendiri menyingkap tirai penutup Allah dari dirinya.
(Shahih Muslim No.5306)
Islam melarang kita membuka pekung di dada... Melarang kita membuka aib diri sendiri... tapi realitinya memang terjadi... zaman internet dan teknologi ni lagilah...
Buka sahaja blog, facebook, blog semua ada... kadang status sedih kecewa melebihi status yang membina jiwa... Sedih dan kecewa dengan pasangan usahlah diluahkan di media sosial... Luahkan terus kepada pasangan ataupun kepada Allah...
Jika kita luahkan kat facebook, twitter atau blog, kita dah membuka aib kita dan juga aib suami/isteri kita sendiri... Nak luahkan, hanya kepada orang yang berhak sahaja...contohnya kalau ada masalah suami isteri mengadu kat pihak kaunseling... itu takpe.. ni yang jenis, mengadu kat facebook dan twitter serta blog yang banyaknya... padahal laman-laman sosial ni tak mampu nak tolong kita pun sebenarnya...
Janganlah buka aib kita sendiri... dosa-dosa kita mohon ampun dari Allah, dan teruskan biarlah ianya tersembunyi jadi kenangan.. Tak usah didedahkan dan diceritakan...
Allah dah tutup aib, dosa dan kesilapan kita tapi kadang-kadang kita sendiri yang membuka aib kita sendiri... Renungkanlah... Dosa dan pahala tak usahlah diceritakan kepada orang lain... biarlah Allah yang tentukan...
Nice sharing maria..
BalasPadamAkan saya ingat pesanan ni..
renungan dan muhasabah diri yang menarik...terima kasih di atas perkongsian yang sangat bermanfaat ini maria...
BalasPadamada kawan saya ni.. dulu dia sosial skrg dah kurang sosialnya tp dok cerita2 kisah dia dulu kat saya.. bukannya saya tnya atau korek rahsia dia pun... saya sampai malu/segan nak dengar cerita dia...
BalasPadamsetuju sgt... apakan daya.. kekadang terupdate juga benda yang sedih..
BalasPadamteguran yang bagus ni
BalasPadamThank you for the advice,.. Betul jugak tu,, kenapa nak bercerita kat semua org kan.. Hanya allah yg tahu segala galanya
BalasPadamBetul kata akak . Akhir zaman .
BalasPadamSetakat nie kecewa tu tak adalah saya luahkan. Kalau marah selain dari manusia tu adalah.
BalasPadamIslam melarang kita membuka pekung di dada dan membuka aib diri sendiri... tapi zaman internet dan teknologi nimmg ramai yang tak retibahasa sebenarnyerr ..Huhuhu amboii ayat kasar pa pulak kita hehehe ..Mmg gtu kan Maria zaman sekarang ni kan mmg ramai yang suka buka aib sendiri dan aib org lain jugak..
BalasPadamSelalunya berjaga tapi kadang tu terlepas pandang juga. Harus berhati-hati selalu ^_^
BalasPadamSetuju. Tepat sekali.
BalasPadamMeluahkan perasaan di Facebook dah jadi trend sekarang...sikit-sikit nak post di FB....lepas ni kena fikir dulu sebelum post ya..
BalasPadamperingatan yang bagus..jangan sesekali buat
BalasPadamPeringatan yg berguna
BalasPadam