GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kisah Seorang Suami yang Ingin Kahwin Lagi...

sumber: google images

Seorang lelaki ingin kahwin seorang lagi. Isterinya amat marah dan kini mereka asyik bergaduh. Mereka sudah ada anak 7 orang dan sebelum ini semuanya amat rapat..

Lelaki tadi minta nasihat saya kerana isterinya minta cerai dan kini sudah bergaduh besar..

Tanya saya sejauh mana hubungan abang dengan wanita yang dikenali itu?

Jawabnya baru-baru kenal tapi saya amat jatuh hati dengannya.

Jawab saya, ALLAH sayang abang. Niat abang itu amat baik dan mulia kerana ianya halal dan jalan yang diredhai ALLAH.. Tapi bila isteri kita tak sanggup dan tak redha abang kena fikirkan semula walaupun abang memang ketua keluarga. Memilih yang lebih banyak kebaikan dan jalan yang lebih kurang mudharat..Jika isteri suka dan keluarga semua merestui alhamdulillah itu rezeki abanglah...tapi bila begini fikirkanlah semula yer abang...jangan kita dapat 2 jasad tapi kehilangan hati-hati yang mengasihi kita selama ini.....

Hargai isteri yang bersama-sama kita dari susah. Yang sama-sama menanggung pelbagai kesusahan sehingga berkorban berikan abang 7 orang anak..isteri yang puas bersama suka dan duka bersama abang. Isteri yang 7 kali mati demi abang.

Isteri yang setia dan bersabar menjaga anak-anak ketika abang tiada di rumah atau berjumpa kawan-kawan. Wanita yang meninggalkan seluruh keinginan dan perasaannya demi abang. Mencari isteri seperti ini sangat susah...

Saya lihat wanita bernama isteri sehingga lupa pakaian kegemarannya, lupakan makanan kegemarannya, lupakan cita-citanya demi suami. Saya kenal isteri abang, orang baik. Didik anak dengan sunnah. Isteri yang sabar menahan perangai suami walaupun di mata suaminya sudah tiada sinar cinta dan sayang..

Anak abang 7 orang yang amat baik akan dalam dilema dan akan memilih ibu selalunya. Abang bersusah payah mendidik mereka dengan kebaikan selama ini, saya yakin. Paling menakutkan mereka bukan sahaja benci kita tapi membenci segala kebaikan yang kita ajarkan pada mereka. Mereka anak abang tapi jika ibu mereka diceraikan mereka anak abang secara zahir tapi bukan dalam hati mereka lagi. Kasihan anak-anak. Janganlah bebankan mereka dengan dilema yang tidak perlu mereka fikirkan..

Bersyukurlah abang. Syukurlah dengan yang ada. Memang kalau ikut hati macam-macam kita nak. Tapi tekanlah nafsu dan perasaan kita dan sibukkanlah diri dengan kerja dakwah Nabi Rasulullah SAW. Berjuang di jalan ALLAH. Fikir agama. Makmurkan masjid. Insya ALLAH dalam syurga penuhkanlah segala keinginan kita...

Dah banyak keinginan kita ALLAH penuhkan. Memiliki nikmat sebanyak apa yang kita miliki hari ini...sekali sekala tanya apa yang ALLAH nak dari kita.

Dia terus kata, betul lah ustaz. Ini salah saya. Saya akan betulkan. Saya setuju dengan ustaz

- Penulisan Ustaz Ebit Lew

Aku pernah jumpa kisah benar pasal seorang lelaki yang berkeinginan kepada perempuan lain... sebab utama aku tak pasti, namun antara sebab lain, kerana isterinya kurang menarik... 

Wahai lelaki dan para suami, jika isterimu tidak cantik, bukan sebab dirinya tapi kamu wahai suami... wanita yang menggadaikan badan kerana melahirkan zuriat keturunan mu, jadi sewajibnya kamu perlu cantikkan isteri mu..bukan dengan mencari kecantikan "bunga" diluar... hargailah pengorbanan isteri yang ada... bukan menambah beban dan masalah yang ada... 

12Ulasan

  1. pernah bace dekat page ustaz ebit lew nie.. tersentuh hati bacenye.. klau nk kwen lain kena pikir semasak masaknye.. bukan ikut suke je.. kena tgk jugak pengorbanan isteri kita.. :)

    BalasPadam
  2. mak CT suka dengar ceramah ustaz ni. bangga dengan kisah dia memeluk Islam dan kini sebarkan Islam kalah orang yang pada asalnya lahir sebagai muslim..

    owh kisah lelaki ni nak kawen lain. entahlah. bagi CT nak jumpa lelaki yang setia zaman sekarang ni memang payah. kalau ada pun memang bertuah yang amatlah perempuan itu. apa apa pun kena mula berdoa bagi yang belum berkahwin.. semoga jodoh yang baik beriman dan dapat membimbing ke syurga..

    BalasPadam
  3. ingatlah para suami ye..hargai isteri yang satu tu :)

    BalasPadam
  4. tersentuh dengan kata-kata ustaz ebit liew...semoga para suami lebih menghargai isteri masing-masing...

    BalasPadam
  5. Baca cerita akak ni teringat cerita Selamat Pengantin Madu. Tipu la kalau kata lelaki taknak kawen lebih dari satu tapi masing-masing ada pemikiran yang masih waras. Hasben saya pun kerap bergurau konon nak tambah cawangan lagi satu. Tapi saya tahu ianya cuma gurauan saja. Layankan aje gurauan tu.. Hehehe...

    BalasPadam
  6. habis madu sepah di buang..tak patut la macam tu..

    BalasPadam
  7. mintak dijauhkan. macam2 dugaan orang berkahwin sekarang kan.
    mohon share sis, boleh?

    BalasPadam
  8. Kecantikan memang akan pudar seiring pertambahan usia...cermin dirimu juga wahai suami...masihkah kacak seperti dulu?

    BalasPadam
  9. Terharu baca..tp mmg betul,bila beristeri 2, kalau isteri first xredha,even dpt 2 jasad,tp akan kehilangan byk hati..

    BalasPadam
  10. mendalam betul pesanan yang diberikan
    kadangkala tidak disedari kaum lelaki sendiri yang sebenarnya lebih
    mengikut nafsu walau mereka menegaskan mengikut sunnah

    BalasPadam
  11. Kwn akak ustazah pernah ckp mcm nih...kalo suami nk muka isteri cantik belikan dia brg mekap,nk bdn isteri slim hantarkan isteri buat treatment kuruskan bdn,nk isteri wangi belikan isteri myk wangi,nak isteri pakai cantik3 belikan dia pakaian yg cntik,nk isteri manyop belikan dia produk kecanyikan dan kesihatan..memg akak setuju apa yg dia ckp kan..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ