GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hukum Makan Dengan Tangan Kiri


Bila makan dalam kalangan orang ramai... macam-macam gaya ada... ada sesetengah bagi yang kidal menyuap makanan menggunakan sudu ke mulut menggunakan tangan kiri... Ada juga yang dah terbiasa dah guna tangan kiri, maka dia kekok nak guna tangan kanan. Ada juga, yang mencedok makanan dan ke pinggan menggunakan tangan kiri... Apakah hukum perbuatan tersebut???

Hukum asal untuk seseorang Muslim itu makan adalah dengan menggunakan tangan kanan berdasarkan hadis dari Ibnu Umar r.a. yang menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; “Janganlah sesiapa daripada kamu makan dan minum dengan tangan kirinya kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya.” (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari).
Dikecualikan jika seseorang itu tidak berdaya disebabkan tangan kanannya kudung, cacat, lumpuh, sakit atau sebagainya. Maka ketika itu hukumnya adalah harus dia makan menggunakan tangan kiri kerana seseorang tidak diperintahkan melebihi dari kemampuannya. Manakala maksud makan ialah perlakuan menyuap makanan ke dalam mulut dan itu yang dituntut dengan tangan kanan. Adapun memindahkan makanan daripada hidangan ke dalam pinggan seperti mencedok makanan dari bekas hidangan, perbuatan itu tidaklah dinamakan makan.
Jika dapat menggunakan tangan kanan, itulah yang sebaik-baiknya. Namun jika merasakan memegang sudu dengan tangan kanan yang ada sisa makanan dan boleh menimbulkan perasaan tidak selesa orang lain yang makan bersama kita, maka tidak mengapa menggunakan tangan kiri. Ini kerana adat dan pandangan manusia setempat juga diambil kira oleh Islam selagi ia tidak bertentangan dengan syariat. [sumber]

6Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ