GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Jagalah Adab Berjiran


Kadang rasa bengang hidup dengan orang tak tahu adab kan.. 
Manusia akhir zaman kan.. 

Buang sampah sesuka hati je.. adat dok rumah yang banyak pintu.. kena pula kami dok rumah bawah.. segala benda sampah sarap mengalir air ke tepi rumah... 

Memang rimas dengan sikap jiran macam ni.. ingat ada tukang sapu.. nak aje sound tapi nanti jadi gaduh pula.. Tapi suami dah mengadu juga kat tuan rumah, minta tuan rumah ingatkan penyewa-penyewa lain, jaga kebersihan. 

Jagalah adab berjiran... hidup tak berkat dan tak tenang kalau dok kena sumpah seranah orang.. bukan susah pun... bawa je la sampah tu buang kat tong sampah dalam rumah, tak pun buang kat tong sampah besar... jalan kaki je nak buang sampah... 

Memang teruk lah... tak tahu dah nak cakap apa dah.. 
Geram dengan jiran macam ni.. dah la tak pernah nak senyum dan bertegur dengan orang lain.. 
Tak pe lah, sekarang berada dalam zon selesa, mana tahu Allah nak uji satu hari nanti.. masa tu baru pikir, orang yang dok dekat tu penting. 

Bukan susah nak jaga adab berjiran, paling mudah dan murah ialah beri SALAM DAN SENYUM. Tak kena bayar satu sen pun.. susah sangat ke??? Aku ni kategori susah nak tegur orang, tapi kalau orang senyum memang aku balas la... 

Ingatlah secanggih dan semewah hidup kita ni, orang di sekeliling kita tu ada kepentingannya.. nilah tanda akhir zaman.. jiran ibarat musuh dah.. hmm... 

16Ulasan

  1. ntahlah payah nak cakap , cakap salah x cakap pun jd serba salah kan !

    BalasPadam
  2. btl tu dik, akak skrg nih duk apartment, jiran2 tak ramah mcm duk flat dulu... skrg nih klu jmpa jiran akak senyum dia bls baru lah blh bertanya kbr, klu kite senyum pun bt tak tau... nk tgr rasa malu lak kalu org takmo lyn

    BalasPadam
  3. Hehe...teringat jiran kita..pelik tak pernah senyum..tak pernah menyapa..kita senyum balik pon buat tak tahu...last2 biarkan je dia...dia rasa buat camtu kat jiran boleh masuk syurga..

    BalasPadam
  4. sedih kan bila kita dapat jiran yg sepatutnya jadi org yg paling rapat dgn kita tapi sebaliknya..lagi sedih mcm saya ni tanpa sebab... tak tahu mana silapnya kami dimusuhi..bila org yg dihormati cuba jd org tgh utk mendamaikan dah dislh fhm kami ni mengadu domba..Allahuakbar..besar betul rasanya ujian buat kami..sdgkan jiran sepatutnya dihormati...kami hanya mampu bersabar & berdoa semoga Allah lembutkan hati mereka suatu hari nanti..

    BalasPadam
  5. adab berjiran sekarang dah makin kurang...saya sendiri ada jiran yang tak peduli dengan orang sekelililing...buat hal dia je...

    BalasPadam
  6. Musti mempunyai kesadaran sendiri

    BalasPadam
  7. hishh kat kawasan kejiranan anis pon cmtu kak.. sesuka hati je nak buang sampah.. hurmm.. ckp nanti kang jadi gaduh.. last2 kite sendiri ambik n buang.. betul la tu kak..manusia akhir zaman..

    BalasPadam
  8. kualiti jiran-jiran sekarang dah tak sama macam kualiti jiran-jiran dulu...lebih banyak yang jadi ahli mesyuarat tingkat dan pagar berbanding menjaga adab berjiran... mesyuarat lagi penting gamaknya...

    BalasPadam
  9. Saya pun x suka kalau dapat jiran camni.
    Kenelah jaga kebersihan.
    Susah sangat ke?

    BalasPadam
  10. Saya pun x suka kalau dapat jiran camni.
    Kenelah jaga kebersihan.
    Susah sangat ke?

    BalasPadam
  11. Rumah akak penuh je dengan sampah..geram pun ada

    BalasPadam
  12. Huhuhu ssh jgak dpt jiran yg tak reti nk hormat jiran kan..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ