Apa Itu Kod E dalam Produk Makanan? | Aku rasa ni isu lama, sebab pernah diisukan satu ketika dulu, tapi rupanya masih ada yang taksub percaya semua kod E itu kod babi... Kita tak tahu sejauh mana kebenarannya kan, kecuali kita tengok sendiri... Namun, kita ada pakar dalam bidang pemakanan halal di pihak kementerian kesihatan dan juga pihak JAKIM... Jadi, sebaiknya kita serah pada yang pakar la kan... Sejauh mana kita faham mengenai kod E dalam makanan??? Adakah benar semua kod E itu adalah kod tidak halal dan bersumberkan dari binatang tidak halal seperti babi??? jadi, jom kita belajar, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan kod E dalam produk makanan???
Aditif makanan adalah bahan yang selamat dimakan yang ditambah secara sengaja ke dalam makanan dalam kuantiti yang sedikit bagi tujuan teknologi tertentu, tetapi tidak termasuk vitamin dan mineral.
Tujuan penggunaan aditif makanan adalah untuk memberi kesan atau fungsi teknologi seperti :
- Meningkatkan kualiti makanan
- Meningkatkan daya persembahan dengan menjadikan makanan lebih menarik daripada segi rupa, tekstur, warna, rasa dan konsistensi
- Menambah keenakan makanan
- Memanjangkan jangka hayat penyimpanan makanan.
Aditif makanan dikelaskan mengikut beberapa kategori iaitu :
1. Bahan pengawet
2. Bahan pewarna
3. Bahan perisa
4. Penambah perisa
5. Antioksida
6. Kondisioner makanan.
Mengenali Aditif Makanan Pada Label Pembungkusan Makanan
Mengikut keperluan pelabelan dalam Peraturan Makanan 1985, produk makanan yang mengandungi bahan aditif perlu menyatakan jenis atau kategori bahan aditif yang terkandung di dalam produk tersebut pada senarai ramuan seperti berikut :
“Mengandungi (jenis aditif makanan yang berkenaan) yang dibenarkan”
Contohnya : “Mengandungi pengawal asid dan penstabil sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan”
Selain itu, terdapat juga aditif makanan yang dilabelkan pada pembungkusan makanan menggunakan sistem kod E-number.
E-number ialah nombor rujukan aditif makanan yang digunakan di peringkat antarabangsa yang setiap satunya mempunyai nombor pengenalan yang unik dan tersendiri bagi mewakili setiap jenis aditif.
Kod E-Number
|
Kelas Aditif
|
E100 - E199
|
Pewarna
|
E200 - E299
|
Pengawet
|
E300 - E399
|
Antioksida, pengawal keasidan
|
E400 - E499
|
Kondisioner makanan (pemekat,
penstabil, pengemulsi)
|
E500 - E599
|
Pengawal keasidan, anti-caking
|
E600 - E699
|
Penambah perisa
|
E700 - E799
|
Antimikrob
|
E900 - E999
|
Lain-lain jujukan (Glazing agent,
pemanis)
|
E1000 - E1999
|
Kimia tambahan
|
Untuk keterangan lanjut mengenai E-number, sila layari The Codex General Standard for Food Additive (GSFA)
Status Halal Aditif Makanan
Aditif makanan ini boleh dihasilkan daripada sumber ;
• haiwan
• tumbuhan
• sintetik,
bergantung kepada jenis aditif tersebut.
Kekeliruan terhadap status halal aditif makanan timbul apabila tersebarnya khabar angin bahawa ramuan kod E diperoleh daripada sumber yang tidak halal. Lebih memburukkan keadaan apabila maklumat yang disampaikan itu langsung tidak tepat dengan mewujudkan propaganda bahawa sebarang ramuan yang dilabel dengan kod E adalah haram dan bersumberkan khinzir/babi.
Penyebaran maklumat yang palsu oleh individu yang tidak bertanggungjawab telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna Muslim.
Perlu diberi penjelasan di sini bahawa melabelkan semua aditif makanan tersebut sebagai haram adalah tidak tepat, sebaliknya lebih sesuai dilabelkan sebagai bahan aditif yang kritikal atau diragui daripada perspektif halal berikutan ia berkemungkinan daripada sumber yang meragukan seperti haiwan.
Dua aspek utama perlu dititikberatkan sekiranya aditif tersebut daripada sumber haiwan :
- pastikan ia bukan daripada haiwan yang haram (contoh : khinzir/babi, anjing)
- jika daripada haiwan yang halal dimakan, pastikan haiwan tersebut telah disembelih mengikut syariat Islam.
Tambahan pula, tidak semua aditif makanan itu diragui statusnya. Ini kerana terdapat aditif makanan yang dihasilkan daripada tumbuhan dan/atau sintetik dan dikategorikan sebagai tidak kritikal.
Persoalan yang sering diterima mengenai status halal aditif makanan adalah bagi kod E400-E499 iaitu kondisioner makanan (pengemulsi, pemekat dan penstabil). Namun begitu, tidak semua yang diragui, sebaliknya lebih menjurus kepada kategori pengemulsi kerana sumber penghasilan bahan kategori ini adalah daripada lemak atau minyak.
TETAPI tidak semua bahan tersebut bersumberkan bahan lemak atau minyak haiwan kerana terdapat sumber alternatif daripada lemak atau minyak sayuran (contoh : kelapa sawit, jagung, soya) untuk menghasilkan bahan aditif tersebut.
Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai sumber bahan tersebut, pengguna perlu menyemak dan mendapat kepastian daripada pengeluar, pengilang atau pihak berkuasa yang mempunyai autoriti dalam perkara ini seperti :
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
2. Jabatan / Majlis Agama Islam Negeri (JAIN/MAIN).
Berikut adalah senarai aditif makanan yang KRITIKAL yang perlu diberi perhatian oleh pengguna sebagai panduan dalam menentukan status halal bagi produk yang TIADA PENGIKTIRAFAN SIJIL HALAL daripada pihak berkuasa :
Kod E
|
Kelas Fungsi
|
Aditif Makanan
|
Sumber
|
E153
|
Pewarna
|
Carbon Black /
Vegetable Carbon
|
Arang daripada :
o
Tulang
haiwan (animal charcoal)
o
Tumbuhan
(contoh : tempurung kelapa, dan sebagainya)
|
E322
|
Pengemulsi / Antioksida
|
Lecithins
|
o
Haiwan
o
Tumbuhan
|
E334
|
Pengawal keasidan
|
Tartaric acid
|
o
Berkemungkinan
terhasil daripada proses pembuatan arak (wine)
o
Sumber
semula jadi dalam buah-buahan
o
Sintesis
kimia
|
E335
|
Sodium Tartrate
|
||
E336
|
Potassium Tartrate /
Potassium Hydrogen Tartrate /
Cream of Tartar
|
||
E422
|
Pelembap (Humectant)
|
Glycerol / Glycerin
|
Sumber lemak / minyak dan
terbitannya
o
Haiwan
o
Tumbuhan
|
E432
|
Pengemulsi
|
Polyoxyethylene (20) Sorbitan
Monolaurate /
Polysorbate 20 /
Tween 20
|
|
E433
|
Polyoxyethylene (20) Sorbitan Mono
oleate /
Polysorbate 80 /
Tween 80
|
||
E434
|
Pengemulsi
|
Polyoxyethylene (20) Sorbitan
Monopalmitate /
Polysorbate 40 /
Tween 40
|
Sumber lemak / minyak dan
terbitannya
o
Haiwan
o
Tumbuhan
|
E435
|
Polyoxyethylene (20) Sorbitan
Monostearate /
Polysorbate 60 /
Tween 60
|
||
E436
|
Polyoxyethylene (20) Sorbitan
Tristearate /
Polysorbate 65 /
Tween 65
|
||
E470
|
Pengemulsi /
Penstabil
|
Sodium and
Potassium and
Calcium salt of fatty acid
|
Sumber lemak / minyak dan
terbitannya
o
Haiwan
o
Tumbuhan
|
E471
|
Mono and Diglycerides of fatty
acid
|
||
E472
|
Various Esters of Glycerol
|
||
E473
|
Sucrose Esters of glycerol
|
||
E475
|
Polyglycerol Esters of fatty acid
|
||
E476
|
Polyglycerol Esters of
polycendensed fatty acid of Castor Oil / polyglycerol Polyricinoleate
|
||
E570
|
Anti-caking
|
Stearic Acid
|
Sumber lemak / minyak dan
terbitannya
o
Haiwan
o
Tumbuhan
|
E572
|
Anti-caking
|
Magnesium Stearate
|
Sumber lemak / minyak dan
terbitannya
o
Haiwan
o
Tumbuhan
|
E920
|
Pelbagai (miscellaneous)
|
L-Cysteine Hydrochloride
|
o
Sumber
asid amino dan terbitannya daripada haiwan
o
Bulu
haiwan (itik)
o
Sintetik
o
Rambut
manusia
|
Penggunaan aditif L-Cysteine, daripada sumber bulu haiwan yang halal dimakan adalah harus sama ada ia diambil semasa hidup atau selepas disembelih mengikut hukum syarak sebagaimana yang telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Sebaliknya penggunaan L-Cysteine daripada rambut manusia adalah haram digunakan.
Sumber: KKM dan JAKIM
Kesimpulannya, menurut pendapat penulis, kita serah kepada yang pakar. Kita tahu, sebenarnya, untuk sesuatu produk makanan, bukan mudah nak dapat status halal... Banyak prosedurnya...jadi, kita cari sahaja makanan yang memang sah ada sijil halal... cuma, pastikan semak lah status halal tu betul-betul ada, sebab ada juga produk makanan yang logo tapi takde pun sebenarnya sijilnya.
Apa-apa pun, bab ni berkait dengan iman juga... kalau banyak sangat was-was dalam hati tu tanda syaitan kuasai diri... sebab syaitan memang suka timbulkan penyakit was-was ni... tepuk dada tanya iman.. jika ada logo halal, ada sijil halal, yakin buatan orang Islam buat apa nak ragu-ragu lagi kan... Ku kongsikan artikel ni sebagai penjelasan dan kefahaman bersama... tak semua kod E tu haram dan ada unsur yang haram... selebihnya tepuk dada, tanyalah iman.. terpulang kepada kehendak individu itu sendiri...
perkongsian yg bermanfaat..terima kasih.. :)
BalasPadamhaah tu lah sblm2 ni pnh jadi isu psl Kod E ni
BalasPadamthanks for sharing kak...mana yang tak tau, memang terus cakap kod babi...
BalasPadamberhati² membeli barang makanan.kena belek betul² kandungan yang tertulis tu kan
BalasPadamtq for sharing this..
BalasPadamkena berhati-hati nak memilih makanan sekarang ni, takleh percaya sebarangan
saya setuju tu, serahkan aje pada yang pakar
BalasPadamtak payahlah menjadi sesuatu yang bukan kemahiran kita
Perkingsian yg bagus ramai tak tau psl kod E
BalasPadam