Fakta-fakta Menarik Tentang Psikologi

Maria Firdz
8

Fakta-fakta psikologi yang kadang kita tak tahu.. Fakta-fakta ini adalah hasil kajian dari ahli psikologi dunia... 
  • Saat sedang emosi biasanya kita berkata-kata yang tidak sepatutnya tapi sebahagian besar kata-kata itu kejujuran dari hati. (ada betulnya)

  • Orang yang sedih atau tertekan cenderung menghabiskan lebih banyak wang daripada mereka yang bahagia. (mungkin betul gak.. shopping kan terapi stress org pompuan.)

  • Jika anda tidak latih apa yang sudah dipelajari, anda lupa 25% dalam 6 jam / 33% dalam 24 jam / 90% dalam 6 bulan akan datang. (practice make prefect)

  • Wanita merasa penampilan terbaiknya hanya bertahan tiga jam pada pagi hari. (Sebab tu lelaki tak faham kenapa wanita lama belek baju dalam almari dan boleh kata "xde baju nak pakai"... sebab itulah pompuan... hihi... )

  • Peluang seorang wanita terkena kanser payudara semakin meningkat bila mengambil alkohol berlebihan. (Memang haram disisi Islam)

  • Beban fikiran dan tekanan adalah penyebab paling umum berlakunya insomnia (sukar tidur). (Antara punca bebanan ialah hutang, jadi jangan banyakkan hutang... guna apa yang ada dan ikut poket sendiri je... )

  • Kemampuan mengawal mood (suasana hati) dan meletakkannya di saat yang tepatlah yang membuat seseorang kelihatan bijak. (kena belajar gak ni, kena lazimi istghfar dan zikir nih)

  • Kajian mendapati bahawa 42 peratus orang akan menghapuskan sang bekas kekasih dari senarai rakan di sosial media. (yang ni cheq tak tau la... sebab cheq xde bekas kekasih)

  • Menurut kajian mengatakan bahawa anak-anak dua kali lebih banyak dipengaruhi oleh televisyen daripada orang tua mereka sendiri. (tak dinafikan...sebab tu kena tapis ank-ank tgk tv... )

  • Para penyelidik Itali mendapati bahawa, orang lebih bagus dalam menelaah maklumat, jika mendengar melalui telinga kanan. 

  • Orang yang mempunyai kedekatan personal dengan kita, akan cenderung memunculkan perilaku yang mirip dengan kita. (pengaruh... tengok aje suami isteri kan, kadang apa yang kita tak suka dulu, kita boleh jadi suka pula)

  • Rata-rata manusia mempunyai 3 kebohongan dalam 10 minit perbualan. (bahaya nih)

  • 85 peratus remaja membenci bekas kekasihnya. Namun mereka akan memaafkannya, ketika mereka dewasa. (bila dewasa dah matang kn... )

  • Orang dengan kedudukan duduk sambil melihat ke atas kanan sambil tersenyum, cenderung sedang berfikir hal yang indah. (verangan... hhihhi)

  • Menurut kajian psikologi menyatakan bahawa orang yang mengambil foto diri dengan memajukan bibir termasuk gangguan psikologi. (hahaha.... ada yang pernah buat?)

  • Orang yang memberikan senyuman dalam masa lebih daripada lima saat, memberi kesejukan dan arti (aura) positif bagi orang yang melihatnya. (kerana senyum itu sedekah... rajin-rajin senyum ea.. bukan kena bayar pun.. jangan senyum sengsorg dah la... )

Senyum sengih sengsorang baca fakta-fakta ni... paling best pasal selfie dengan mulut muncung tuh... haha.. korang pernah buat ke??? kalau pernah, jangan buat lagi tau!... kang orang kata sakit jiwa pula... haha... 
Tags

Catat Ulasan

8Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Kajian mendapati bahawa 42 peratus orang akan menghapuskan sang bekas kekasih dari senarai rakan di sosial media -

    yang 58 peratus lagi tu mesti mengalami maslaah jiwa..hehheh

    BalasPadam
  2. haha. .nice en3 :D btw xpenah selfie duckface

    BalasPadam
  3. macam macam fakta keluar dah ni..hihi..senyum je :)

    BalasPadam
  4. Cinta monyet masa budak..
    Dah dewasa boleh pikir dah.

    BalasPadam
  5. hehe...menarik fakta ni walau sebahagiannya buat saya senyum kambing

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !