GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hukum Lelaki dan Perempuan Menaiki Satu Kereta!

Entry autopublish
Gambar Hiasan: google images

Kadang-kadang ada situasi yang memerlukan seorang lelaki dan perempuan, walaupun tidak berkaitan (bukan mahram), terpaksa berkongsi sebuah kereta untuk ke tempat kerja. Contohnya, teman sepejabat mahupun jiran yang menumpang kereta jirannya. Adakah perkara ini dibenarkan?

Hukum bagi lelaki dan perempuan yang bukan mahram menaiki satu kereta adalah bergantung kepada keadaan, bukan hanya tujuan dan matlamat semata-mata. Sekiranya keadaan tersebut boleh membuka ruang fitnah kepada orang lain, maka hukumnya ialah haram. Contohnya adalah menaiki kereta berdua-duaan, kereta bercermin gelap, pergi ke tempat sunyi dan sebagainya.

Walaupun membawa isteri berdua-duaan dalam satu kereta pada waktu yang sunyi dan gelap,
tetapi orang ramai tidak tahu bahawa dia isteri kita (kerana menyembunyikan perkahwinan). Maka hukumnya tetap menjadi haram kerana boleh menimbulkan fitnah kepada orang lain.

Diingatkan bahawa suami yang membiarkan isterinya menaiki kenderaan berdua-duaan dengan
lelaki yang bukan mahram ialah suami yang dayus. Cara yang dibolehkan untuk menaiki kenderaan bersama antara lelaki dan perempuan adalah tidak berdua-duaan, lelaki dan perempuan tidak boleh duduk sama di hadapan, cermin kereta tidak gelap atau pergi ke tempat yang tidak mencurigakan.

*Jadi bolehlah sekiranya lelaki dan perempuan mahu naik satu kereta tetapi beramai-ramai dan bukan berdua. Seelok-eloknya biarlah seorang perempuan itu dihantar sendiri oleh suaminya ke tempat kerja. 

Zaman moden ni, kadang ada yang tak kisah pun.. atas alasan kerja, nak jimat minyak dan nak elakkan jalan jem, maka naik je satu kereta... walaupun suami atau isteri tahu dan izinkan hukumnya tetap berdosa... matlamat tak menghalalkan cara.. jika terpaksa sekali pun carilah kaedah lain... dengan meminta orang lain teman... ingatlah, jika lelaki dan perempuan bukan mahram berdua-duaan, pasti yang ketiga (syaitan) akan mainkan peranannya... 

8Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ