Sambutan Hari Guru 2014!

Maria Firdz
15
Tanggal 27 Mei 2014, merupakan tahun keempat aku dan semua rakan seperjuangan yang bergelar guru diraikan. Alhamdulillah, merasainya lagi tahun ni... Tahun ni tema lain sikit,... Stylista Warna Block.. Memang ceria dan berwarna-warni... 

Tahun ini, ada sedikit kelainan... Jika tahun lepas jemput Dato' Hj. Aznil Nawawi (Pak Nil), tapi tahun buat sederhana je, tambahan pula tarikh tu kena tarikh bersejarah dalam Islam iaitu Isra' dan Mikraj. Lepas tu, menghormati juga rakan-rakan guru yang diuji dengan kehilangan orang tersayang baru-baru ini, amat tidak sesuai nak buat havoc lebih-lebih kan... Apa-apa pun aku suka dengan konsep sederhana tu... 

Tahun ni, persembahan Qasidah dari Sekolah Tahfiz Darul 'Ulum di Hulu Kelang... Sejuk hati pepagi lagi dengar dendangan qasidah dan alunan selawat dari anak-anak ini... Semasa perarakan masuk guru ke pentas pun, dialunkan selawat beramai-ramai... Alhamdulillah... 

Selepas tu, barulah upacara rasmi, Lagu Negaraku, Lagu Guru Malaysia dan Lagu tema hari guru 2014 dinyanyikan.. Lepas ucapan VIP, ada acara potong kek hari guru... sedap juga keknya, dua tingkat, Tingkat atas kek red velvet dan yang bawah, kek coklat... Dan sudah pasti ada gimik.. kali ni gimik kapal terbang pula.. mungkin sempena MH370 juga kot, tapi ada juga makna yang tersirat disebalik itu.. Sambil-sambil makan kek, melayan persembahan dari pelajar-pelajar... 


Persembahan dari kumpulan KRS amat menghiburkan... Kemudian penyampaian anugerah guru... Guru Prihatin, Guru Kreatif, Guru Paling Tegas... Habis je anugerah-anugerah tu, penyampaian hadiah kepada pemenang kad hari guru... Opss.. sebelum tu persembahan dari Guru Cemerlang amat menyetuh... sebab cikgu ni memang kreatif.. Memang layak sangat dapat anugerah guru Paling Kreatif. Majlis di sekolah ditutup dengan persembahan nasyid dari kumpulan nasyid sekolah... Sukaneka ditangguhkan sebab masa tak cukup dah nak buat... Tkut lajak sampai petang pula.. 


Selesai segala urusan di sekolah, cikgu-cikgu berkonvoi ke Restoran Nelayan untuk jamuan Hari Guru.. Memang jadi kebiasaan dah kami makan di luar... Bagi meraikan hari bersejarah kan... Alhamdulillah.. semasa majlis makan-makan, ada acara tukar-tukar hadiah... Alhamdulillah... segalanya selesai lebih kurang jam 3 petang lebih... Itu ajelah sambutan Hari Guru tahun ni, yang serba sederhana... Cukuplah sebagai kenangan sebagai guru yang diraikan... 

Apa-apa pun, bukan hadiah dan keraian yang diminta cikgu, tapi sebuah kejayaan menjadi manusia berguna untuk agama, bangsa dan negara dan itulah harapan dan hadiah terbesar bagi seorang guru... 

Catat Ulasan

15Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. bestnya jadi guru. apa yang best adalah menjadi manusia yang akan membentuk manusia. banyak pahala

    BalasPadam
  2. Selamat Hari guru ye maria.. Mesti banyak dapat hadiah

    BalasPadam
  3. ooo cikgu rupanya! barulah tahu
    best nampak makanan tu
    hadiah pun banyak tu! apapun terima kasih cikgu!

    BalasPadam
  4. seronok sambutan hari guru di sekolah maria ni..
    kek tu besarnyer..

    BalasPadam
  5. Sambutan hari guru walaupun sederhana tetap nampak meriah

    BalasPadam
  6. 4 tahun ek.. hana baru setahun.erm... xsampai setahun lagi kalau ikutkan

    BalasPadam
  7. jasa guru yang tidak ternilai besar jasanya mendidik pelajar menjadi orang yang berilmu dan berilmu..Selamat hari guru

    BalasPadam
  8. bestnyer ada makan2 kat luar, mmg meriah ;)

    BalasPadam
  9. Meriah.. sekali sekala meraikan dpt memberi semangat baru kpd guru2 semua.. :)

    BalasPadam
  10. Selamat Hari Guru Maria :)
    Sorry...lambat wish..

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !