Baru-baru ni dok sembang-sembang dengan suami, iaitu bab kereta la... Suami kata mungkin satu hari nanti, manusia akan cipta kereta tanpa stereng pula... Nah kau... Sekali betui apa yang suamiku cakap... Google akan mengeluarkan kereta tanpa stereng.
Kereta unik itu tidak memerlukan stereng kerana ia boleh memandu dengan sendiri. Kereta itu mempunyai dua tempat duduk itu tidak akan dijual kepada orang awam.
Bagaimanapun, ia berharap 100 prototaip kereta itu akan berada di jalan raya pertengahan tahun depan.
Ia adalah lanjutan kepada langkah Google yang sebelum ini memandu ribuan kilometer di California menggunakan kereta SUV Lexus dan Toyota Prius yang dilengkapi gabungan penderia serta komputer.
Bagaimanapun, kereta itu mempunyai pemandu sekiranya berlaku kecemasan sedangkan kereta baru yang bakal dikeluarkan tidak langsung memerlukan pemandu untuk mengendalikannya.
Selain itu, ia tidak akan mempunyai pedal brek dan minyak, sebaliknya butang untuk ‘bergerak’ dan ‘berhenti.’
Muhaha... Canggih kan... Cakap je nak g mana, kereta tu akan bawa... Bagus memang bagus... Tapi takut manusia makin malas pula lepas tu... Sebab nak bergerak ke mana-mana just cakap je... Kaki tangan tak payah nak bersusah payah pulas stereng dan tekan minyak lagi...
Tapi tak sure pula kereta ni pakai minyak atau bateri kan... Apa-apa pun ni satu evolusi dan kecanggihan teknologi... Itulah kehebatan Allah menciptakan akal manusia...
Sumber rujukan: Harian Metro.
Mcm2 tok google ni nak buat... maklumlah.. profesor serba tau hehee...
BalasPadammakin canggih sekarang ni
BalasPadamMenarik sgt ni, satu teknologi yg sangat membantu untuk golongan OKU yg mampu
BalasPadammanusia smakin malas... hahaha.. apa2 pun mmg menarik :D
BalasPadamSalam sis... baru gak pagi ni kami dok ckp2 ttg kereta ni..hehe..
BalasPadamdunia makin maju, macam2 manusia nak buat...:)
kalau dah keluar nanti memang dasyat la. tapi boleh yakin ka dengan teknologi?
BalasPadamcanggih sungguh
BalasPadamtapi buruk rupa model dia...hehe
Kereta apakah ini....hahaha
BalasPadamterlebih canggih ni..
BalasPadam