Kenali Petunjuk Bayi!

Maria Firdz
6
sumber: google images

Bayi tak pandai nak cakap, nak bagi tahu apa yang dia inginkan... Jadi sebagai ibu bapa mesti kena belajar dan kenali petunjuk bayi melalui tangisan, gerakan dan bahasa badan. 

Bayi bersedia menyusu
Lazimnya petunjuk yang biasa ditunjukkan bayi apabila bersedia menyusu dapat anda perhatikan menerusi pergerakan kelopak matanya (sesudah bangun tidur). Dia mungkin mengerdipkan mata diikuti dengan berpusing sambil mengerakkan kaki, tangan dan kepala. Jika anda tidak mengendahkan petunjuk ini, bayi akan meneruskannya dengan menjilat bibir, memasukkan jari ke dalam mulut dan menghisap apa sahaja yang berhampiran dengannya. Bayi akan menjadi lebih aktif memberi petunjuk apabila dia mula mencari-cari sesuatu, mengangakan mulut dan menggerakkan badan serta kepalanya seperti dalam keadaan meyusu. Tanda akhir yang bayi beri apabila permintaanya tidak dipenuhi adalah dengan perubahan ekspresi muka, bernafas dengan lebih cepat dan seterusnya menangis!

Bayi mahu berehat sebentar
Sekiranya bayi anda mahu berehat sebentar, dia mungkin mahu berhenti sekejap daripada menyusu, bermain dan lain-lain. Kebiasaanya, bayi akan melihat keadaan sekeliling terutamanya apabila ada bunyi yang menganggu pendengaran. Kemudian, dia akan menolak badannya ke belakang, menendang diikuti dengan menguap, mengerutkan dahi, memuntahkan susu, batuk, tersedak, menangis atau meragam. Ada ketikanya dia akan tertidur sendiri.

Bayi mahu bermain

Bayi selalunya akan menoleh ke arah anda sambil tersenyum serta mengeluarkan bunyi untuk berkomunikasi. Dia juga akan mencari-cari arah suara anda dan bertindak balas dengan orang di sekelilingnya. Jika diperhatikan, anda akan melihat wajah dan matanya ceria. Jika petunjuk ini tidak dipeduli, bayi akan menangis kerana dibiarkan keseorangan. 

Selepas dah de dua anak, mula memahami NAMUN, setiap anak tak sama ragamnya... Jadi, setiap anak tu ibu bapa akan belajar sesuatu yang baru.... :)

Catat Ulasan

6Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !