GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Rawat Kesakitan dengan Ais!

Sumber: google images

Bukan setakat melegakan rasa dahaga di hari panas terik, ais sebenarnya memberi banyak manfaat untuk kesihatan terutamanya dalam melegakan kesakitan. Kalau tak percaya semak senarai di bawah;


  • Mengurangkan sakit belakang- bahagian belakang yang sakit mungkin akibat mengangkat barang-barang berat boleh diredakan dengan meletakkan air batu yang dibungkus di bahagian yang sakit.
  • Migrain dan sakit kepala – ketika haid anda mungkin mengalami sakit kepala ataupun migrain. Bagi mengurangkan kesakitan ini, lekas berbaring dan letakkan air batu di bahagian belakang leher dan juga di dahi.
  • Kulit terbakar akibat sinar matahari dan juga gigitan serangga- bersantai di tepi pantai pasti akan menyebabkan kulit anda terbakar. Segera redakannya dengan meletakkan ais yang dibungkus dengan tuala lembut ke bahagian tersebut. Bagi gigitan serangga pula, oleskan air batu dengan air batu selama lima hingga 10 minit dan bengkak akan segera hilang.

Ni la rupa bantal sejuk... dalamnya ada gel... huhu... sejuk... hehe
Susahkan nak guna ais, kini ada jual bantal sejuk... Memang sedap la kalau sakit belakang ke sakit kepala, amik dan baring je atas bantal sejuk tu... haa... segar je... Aku beli bantal sejuk ni kat Tesco Ampang, harga dalam RM15 je rasanya... Time tak guna, sejukkan dalam peti sejuk... bila nak guna, baring je atas bantal ni atau letak la kat mana-mana rasa sakit atau lenguh tu... Rasa segar badan... hmmmm... ^_______^

17Ulasan

  1. ais boleh juga guna bila nak redakan bengkak bila terseliuh..

    BalasPadam
  2. terima kasih atas ilmunya... boleh cuba nie

    BalasPadam
  3. Bila tengao ais utk kegunaan mcm ni, teringat saya kaedah yg diaorg guna dlm tinju kat tv.. mmg betullah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu... Kebanyakan permainan dan atlet mmg dibekalkan ais...

      Padam
  4. Wah! CN ada bantal pns jer,tak sgka lak ada gak bantl sjuk yer ;)

    BalasPadam
  5. Nice sharingg. Bestnya kalo ada bantaaal sejuk. memang tido lena hihi.

    BalasPadam
  6. Banyak jugak kegunaan ais ni..Thanks Maria..

    BalasPadam
  7. banyak info dari blog ini
    BW dari segmen http://arzmoha.blogspot.com/2014/05/giveaway-mega-1st-anniversary.html

    BalasPadam
  8. Maria kat mna jual bantal sejuk tu? mmg slesa lah kalo guna tu..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ