Ini Ciri-ciri Dajjal Menurut Hadis Sahih | Sedikit perkongsian berkaitan Dajjal. Dajjal akan muncul diakhir zaman, iaitu salah satu tanda kiamat besar. Maklumat ini adalah ringkasan dari ilmu yang aku dapat dari Rancangan Cinta Ilmu di TV al-Hijrah iaitu huraian dari Ustaz Badli Shah dan rujukan dari buku Tanda-tanda Kiamat Kecil dan Besar serta ilmu ini, aku gabungkan sedikit dengan ilmu yang aku dapat dari Rancangan Halaqah TV9 pada 28 Februari 2014 jam 9.30 malam yang dihuraikan oleh Dr. Danial Zainal Abidin. I
Rasulullah bersabda :
"Tidak ada lagi kesamaran (ketidak jelasan) tentang dajjal. Sesungguhnya, ia akan muncul dari arah timur. Kemudian ia menyeru atas namaku, hingga ia diikuti banyak orang. Kemudian ia memerangi mereka dan dapat menguasai mereka".
Fitnah dajjal sangatlah bahaya, hingga banyak orang yang akan terjebak dengan fitnah tersebut. Rasulullah memerintahkan kepada umatnya agar memohon perlindungan dari fitnah dajjal setiap solat.
Siapakah Dajjal???
Dajjal ialah manusia... Bukan Jin, bukan teori ataupun sistem...
Antara sifat-sifat fizikal Dajjal berdasarkan hadis-hadis sohih:
Ciri-ciri dajjal
1. Buta mata kanannya, dan mata kirinya juga kurang jelas kerana ada lebihan daging di kelopak mata kirinya.
Dalam hadits Hudzaifah juga disebutkan : "Sesungguhnya dajjal itu matanya terhapus dan diatasnya terdapat selaput mata yang tebal..."
Dari Abu Sa'id Al-Khudri, Rasulullah bersabda : "Dan tidaklah diutus seorang nabi yang diikuti itu, kecuali intuk memperingatkan kaumnya terhadap dajjal. Aku telah menerangkan perkaranya bahwa ia cacat, sedangkan Tuhan kalian tidaklah cacat. Mata kanannya menonjol dan tidak dapat disembunyikan, seolah-olah dahak yang berada di dinding kapur, sedangkan mata kirinya seperti planet yang bulat..."
Dari Ibnu Umar, Rasulullah bersabda : "Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak buta sebelah matanya. Ketahuilah, sesungguhnya Al-Masih Ad-Dajjal itu buta sebelah matanya yang kanan, seakan-akan matanya itu buah anggur yang tersembul."
Dari Ubadah bin Ash-Shamit, Rasulullah bersabda : "Sesungguhnya Masih Dajjal itu seorang lelaki yang pendek dan gemuk, berambut keriting, buta sebelah matanya, dan matanya itu tidak menonjol serta tidak tenggelam. Jika ia memanipulasi kamu, maka ketahuilah bahwa Rabbmu tidak buta sebelah matanya."
2. Di tengah-tengah antara kedua keningnya (dahi) tertulis perkataan "KAFIR".
Sama ada dieja dengan كفر atau كافر. Tulisan ini boleh dibaca oleh semua orang yang beriman termasuk orang yang buta huruf. Dan tidak boleh dibaca oleh orang kafir. Berdoalah moga kita mampu nampak dan baca perkataan yang tertulis di dahi dajjal ini.
Dalam hadits Anas, Rasulullah bersabda : "Dan diantara kedua matanya termatub tulisan kafir". Dan dalam satu riwayat disebutkan : "Kemudian beliau mengejanya -kaf fa' ra'- yang dapat dibaca oleh setiap muslim". Dan dalam satu riwayat lagi dari Hudzaifah, "Dapat dibaca oleh setiap orang mukmin, baik ia tahu tulis baca maupun tidak."
3. Kulitnya kemerah-merahan.
Dari Umar, Rasulullah bersabda : "Ketika saya sedang tidur, saya bermimpi melakukan thawaf di Baitullah..." Lalu beliau mengatakan bahwa beliau melihat Isa Ibnu Maryam, kemudian melihat dajjal dan menyebutkan ciri-cirinya dengan sabdanya : "Dia itu seorang laki-laki gemuk, berkulit merah, berambut keriting, matanya buta sebelah dan matanya itu seperti buah anggur yang masak (tidak bersinar)".
4. Rambutnya kerinting.
Dari Ibnu Umar, Rasulullah bersabda : " ...maka aku pergi sambil menoleh, tiba-tiba ada laki-laki yang berkulit merah dan rambutnya berombak."
5. Badannya pendek dan sedikit gempal.
Dari Fathimah binti Qais mengenai kisah Al-Jasash, Ad-Dari berkata : "...lalu kami berangkat dengan segera sehingga ketika kami sampai di biara tiba-tiba disana ada seorang yang sangat besar (hebat) dan diikat sangat erat..."
Dalam hadits Imran bi Husein, Rasulullah bersabda : "Semenjak diciptakannya Adam hingga datangnya hari kiamat tidak ada makhluk yang lebih besar dari dajjal."
6. Kedua betis kakinya ada jarak (peka).
Dalam hadits Abu Hurairah, Rasulullah bersabda : "Adapun Masih kesesatan itu adalah buta sebelah matanya, lebar dahinya, bidang dadanya bagian atas dan bengkok (kakinya)."
7. Tidak Mempunyai Keturunan
Dajjal tidak punya keturunan, sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadits Abi Sa'id Al-Khudri.
Antara ciri-ciri lain berkaitan Dajjal:
1. Dajjal tidak boleh memasukki Makkah dan Madinah.
2. Dajjal mengaku dia Tuhan.
3. Dajjal menjelajah ke seluruh pelusuk bumi dan menetap di sesuatu tempat selama 44 hari untuk menyesatkan manusia.
4. Dajjal akhirnya akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s.
Kelebihan luar biasa dajjal
Antara kelebihan luar biasa yang Allag berikan kepada Dajjal sebagai ujian kepada manusia akhir zaman:
1. Berjalan pantas
2. Mampu hidupkan orang mati.
3. Mampu turunkan hujan... (kerana menurut riwayat yang sohih, 3 tahun sebelum Dajjal muncul Allah perintah awan tidak turunkan hujan dan tumbuhan tidak tumbuh... Bumi kering kontang pada masa tu)
4. Mampu hidupkan orang yang telah mati.
Kisah Tentang Dajjal menurut Riwayat Hadis Sahih
Sahih Muslim dari al-Nawwas ibn Sam'an:
(Dari buku Jerusalem ms 148)
Rasulullah s.a.w. telah menyebut tentang Dajjal di suatu pagi. Kadangkala baginda menyebut tentangnya sebagai tidak penting dan kadangkala sebagai penting (kejahatannya) seolah-olah dia berada di antara pohon-pohon kurma.
Apabila kami berjumpa dengan baginda di waktu petang dan baginda melihat (tanda-tanda takut) pada muka-muka kami, baginda bertanya: "Apakah halnya dengan kamu?" Kami menjawab: "Wahai Rasulullah, engkau telah bercakap tentang Dajjal pagi tadi (kadang-kadang sebagai) sesuatu yang tidak penting dan kadang-kadang sebagai sesuatu yang penting, sehingga kami merasakan dia berada di antara pohon-pohon kurma."
Baginda menjawab:
"Aku khuatir tentang banyak perkara berkaitan kami selain daripada Dajjal. Sekiranya ia muncul ketika aku masih bersama kamu, aku akan berdepan dengannya bagi pihak kamu, dan jika dia muncul ketika aku tidak lagi bersama kamu, seseorang lelaki mesti berdepan dengannya bersendirian dan Allah s.w.t. akan menjaga setiap orang Islam bagi pihakku (dan memeliharanya dari kejahatan Dajjal. Dia (Dajjal) adalah seorang lelaki, berambut kerinting dan buta sebelah matanya. Aku membandingkannya dengan Abdul al-Uzza ibn Qatan. Sesiapa yang hidup dan melihatnya mestilah membaca pembukaan surah al-Kahfi ke atasnya. Dia akam muncul di antara Syria dan Iraq dan akan menyebarkan kejahatan ke kiri dan ke kanan. Wahai hamba Allah! Berpeganglah kepada kebenaran."
Berapa lama dajjal hidup di bumi?
Kami bertanya baginda lagi: "Berapa lamakah dia akan hidup di atas bumi?" Baginda menjawab: "Selama empat puluh hari, satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan hari-hari berikutnya seperti hari-hari kamu."
Dajjal berjalan laju
Kami bertanya: "Wahai Rasulullah, cukupkah solat sehari untuk solat di mana sehari menyamai setahun?" Baginda menjawab: "Tidak, tetapi kamu mesti mengira jangka waktu tersebut (dan bersolat)." Kami bertanya: "Wahai Rasulullah, berapa cepat dia akan berjalan di atas bumi?" Baginda menjawab: "Seperti awan yang ditiup angin. Dia akan mengajak manusia ke agama yang salah, mereka akan mengesahkan kepercayaan mereka kepadanya dan memberi respon mereka kepadanya.
Fitnah Dajjal
Dajjal kemudian akan memerintahkan langit untuk menurunkan hujan yang akan menumbuhkan tanaman. Selepas itu, haiwan ternakan mereka akan menjadi gemuk dan berisi susu. Kemudian dia akan pergi ke sekumpulan orang yang lain dan mengajak mereka. Mereka akan menolak ajakannya dan dia akan beredar dari mereka, mereka akan mengalami kemarau dan mereka akan hidup melarat.
Dia akan berjalan di atas padang pasir dan berkata kepadanya: "Keluarkan khazanahmu." Khazanah-khazanah tersebut akan keluar dan berkumpul di hadapannya seperti sekawanan lebah (ini merujuk kepada minyak dan khazanah bumi yang lain).
Dia kemudiannya akan memilih seorang pemuda dan memotong tubuhnya kepada dua bahagian dan mengasingkannya kepada dua bahagian dengan jarak seperti seorang pemanah dengan sasarannya. Dia akan memanggil (pemuda) dan pemuda itu akan datang kepadanya sambil ketawa dan bergembira.
Nabi Isa a.s Turun Untuk Bunuh Dajjal
Ketika inilah Allah akan menurunkan Isa anak Maryam. Dia akan turun di menara putih di sebelah timur Damascus dengan memakai dua helai kain kuning muda dengan kedua-dua tangannya di atas kepak dua malaikat. Apabila kepalanya tunduk, akan jatuh peluh dari kepalanya dan bila dia mengangkat kepalanya semula, peluh itu akan bertebaran seperti mutiara. Setiap orang kafir yang mencium bau badannya akan mati dan nafasnya akan menjangkau sejauh penglihatannya. Dia akan mencari Dajjal sehingga ke pagar Ludd, menangkapnya dan membunuhnya.
Kemudian sekumpulan orang yang telah dilindungi oleh Allah akan datang kepada Isa anak Maryam dan dia akan menyapu muka-muka mereka seraya memberitakan tentang kedudukan mereka di dalam syurga. Di sinilah Allah akan berfirman kepada Isa a.s.: "Aku telah jadikan di antara hamba-hambaKu segolongan manusia yang tidak dapat dikalahkan; bawa orang-orang ini dengan selamat ke Tur", kemudian Allah akan menghantar Yakjuj dan Makjuj yang akan turun dari segenap cerun. Yang pertama daripada mereka akan melewati Tasik Tiberias dan meminum air darinya. Apabila yang terakhir dari mereka melewatinya, dia akan berkata: "Dahulu pernah ada air di sini."
Nabi Isa dan para sahabatnya kemudiannya akan terkepung di sini (di Tur, dan mereka akan mengalami kesusahan yang amat sangat) sehingga kepala seekor lembu akan lebih bernilai dari seratus dinar.
Rasul Allah Isa a.s. dan para sahabatnya akan berdoa ke hadrat Allah, dan Allah akan menghantar serangga yang akan menyerang leher-leher mereka dan mereka semua akan mati keesokan paginya. Nabi Isa a.s. dan sahabat-sahabatnya akan turun ke bumi dan mendapati bumi dipenuhi dengan bau bangkai yang teramat busuk. Nabi Isa a.s. dan para sahabatnya akan memohon kepada Allah yang akan menghantar burung yang lehernya seperti unta yang akan mengangkat bangkai-bangkai ini dan membuangkannya ke tempat yang dipilih Allah.
Kemudian Allah akan menurunkan hujan di mana tiada satu pun rumah yang dibuat dari tanah liat atau dari (khemah) kulit unta yang dapat mengelak darinya dan ia akan membasahi bumi sehingga ia kelihatan seperti cermin. Kemudian bumi akan diperintah dengan mengeluarkan hasilnya dan dipulihkan semula rahmatNya dan sebagai hasilnya akan tumbuh buah delima yang besar sehingga boleh dimakan oleh segolongan orang dan mereka dapat berlindung di bawah kulitnya.
Seekor lembu akan menghasilkan susu yang banyak sehingga sekumpulan orang dapat meminumnya. Unta susu pula akan memberi susu yang banyak sehingga seluruh puak tersebut boleh minum darinya. Dan kambing yang menyusu akan menghasilkan susu sehingga seluruh ahli keluarganya dapat minum darinya.
Ketika itu Allah s.w.t. akan menghantar angin yang sejuk yang akan memberi keselesaan kepada manusia sehingga ketiak mereka. Dia akan mengambil nyawa setiap Muslim dan hanya orang-orang zalim yang melakukan zina seperti seekor keldai yang akan tinggal.
Dan selepas itu akan tiba Kiamat ke atas mereka.
Ini antara input penting dan ringkasan yang aku petik dari dua perbahasan rancangan ilmu yang aku dapat. Tujuan aku kongsikan adalah untuk renungan bersama sebab Nabi s.a.w berpesan kepada kita tentang Dajjal serta berdoa supaya dilindungi dari fitnah Dajjal..kerana Nabi s.a.w hendak suruh umatnya membuat persediaan untuk hadapi dunia akhir zaman setelah timbulnya tanda-tanda kiamat besar iaitu salah satunya ialah Dajjal.
Untuk penjelasan Hadis boleh lah rujuk ulangan video ceramah ini di Youtube Ustaz Wadi Anuar atau Ustaz Badli Shah...atau belilah buku Tanda-tanda Kiamat Kecil dan Besar yang digunakan dalam Rancangan Cinta Ilmu...
Tulisan ni ada sumber dia, dan sumber tu sama dengan ceramah ustaz Badli Shah dalam rancangan cinta ilmu.
Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk semua...
Sumber:
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=11142.0
http://kisah-akhir-jaman.blogspot.com/2013/02/ciri-ciri-dajjal-menurut-hadits.html
thanks buat perkongsiannya.
BalasPadamsemoga kita semua dilindungi dr fitnah dajjal.
salam jumaat :D
Sama-sama...
PadamTQ sharing dik
BalasPadamseram sejuk rtasanya !
Sama-sama kak eida... Mmg terasa gak gerunnya..
Padamsemoga kita semua selamat drpd fitnah dan ujian dajjal..amin
BalasPadambila baca tentang dajjal memang ngeri dan seriau...thanks maria for the info and sharing...
BalasPadamMmg itulah yg kita juga rasa.. Sama-sama..
Padamterima kasih di atas perkongsian ini.. agaknya sempat atau tidak melihat dajjal..
BalasPadamSama-sama...
PadamWallahu'alam...
terima kasih atas perkongsian ini
BalasPadamSama-sama....
PadamKalaulah kita berpeluang menyaksikan Dajjal..Hmmm..macmmana ya? cukupkah iman kita semua..
BalasPadamHmm... Itulah... Kna bersiap dr skrg..
PadamGood sharing dear ;)
BalasPadamThanks CN...
PadamSemoga dijauhkan diri kita, keluarga & seluruh keturunan kita dari fitnah dajjal...
BalasPadamHuhuhu scary bila
BalasPadamBaca bab dajjal ni
Terima kasih ilmunya, berdebar bila baca bab dajjal. Dup dap dup dap rasa. Semoga kita dilindungi dari fitnah dajjal ni.
BalasPadamSeram nak tgk rupa dajjal yang sebenar... moga dijauhkan dari fitnah dajjal ini
BalasPadam