GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hukum Jual Beli Pakaian yang Tidak Menutup Aurat

Sumber: google images

Menjual tudung yang sempurna bukaannya, elok tebalnya dan saiznya namun kemudian pembeli menggunakannya secara tidak sempurna dan membuka aurat, jelas hukumnya bukan ditanggung oleh penjual. Ia adalah tanggungjawab pembeli sendiri.

Malah terdapat juga pembeli yang membeli tudung nipis untuk dipakai bersama tudung lain agar ia menjadi tebal. Ini juga sukar ditentukan kecuali jika si pembeli sememangnya sudah terlihat cara pemakaiannya semasa membeli. Takala itu sebahagian ulama berfatwa adalah haram menjual pakaian yang tidak menutup aurat kepada pembeli yang kita sudah ketahui dengan jelas akan menggunakan di khalayak ramai, sebahagian ulama lain mengatakannya makruh.

Perbincangan para ulama dalam hal ini boleh dilihat semasa perbahasan tentang hukum menjual anggur kepada pembeli yang sudah diketahui akan menggunakan anggur itu untuk pembuatan arak.

Ulama yang menyatakannya sebagai harus tetapi makruh adalah Imam Abu Hanifah dan sebahagian ulama mazhab Shafie. Mereka berpandangan adalah makruh menjual anggur kepada pembuat arak dan menjual senjata kepada golongan yang berperang dengan umat Islam kerana keyakinan sahaja belum tentu akan terlaksana. Ini adalah berdasarkan kaedah/formula fiqh: ‘Seseorang itu dihukum berdasarkan niatnya'.[1]

Dr Ramadhan Hafiz Abd Rahman[2] menyebut ulama mazhab Syafie berpandangan demikian hasil kefahaman mereka dari apa yang disebutkan oleh Imam As-Syafie berikut:-

أكره بيع العصير ممن يعصر الخمر

Ertinya : "Aku benci penjualan anggur kepada mereka yang memerah untuk dijadikan arak" [3]

Dalam erti kata lain, penjual tersebut menjual anggur serta mematuhi segala syarat-syarat jual beli Islam. Apa yang akan dilakukan selanjutnya oleh pembeli adalah di luar bidang urusan penjual.

Namun sekiranya penjual itu ketika berlakunya aqad jual-beli berniat jahat untuk menjual dengan tujuan menyumbang kepada kerosakan dan kejahatan yang akan dilakukan oleh pihak pembeli, maka niatnya adalah haram atau maksiat tetapi aqad tersebut tetap sah. Contohnya barang yang dijual dan disembunyikan kecacatan (‘aib) barangan tersebut, di mana hukum ke atas aqad tersebut adalah satu perkara dan kesan daripada aqad tersebut adalah perkara yang lain. [4]

Al-Shirazi mengatakan: "Makruh (yukrah) menjual anggur untuk dibuat arak, kurma untuk dibuat arak (al nabiz) dan menjual senjata kepada golongan yang memusuhi Allah. Ini adalah kerana penjualan tersebut dianggap membantu ke arah maksiat. Sekiranya dijual kepada golongan tersebut, jual beli tersebut dianggap sah, kerana bukanlah penjual yang menghasilkan arak, dan bukanlah dia memerangi Allah dengan senjatanya.[5]   

Kesimpulannya, sekiranya anda bersangka agak kuat bahawa pembeli tidak akan menggunakannya untuk menutup auratnya dengan baik, maka jualan itu menjadi makruh.  


[1] Wahbah al Zuhaily, al Fiqh al Islamiy wa Adillatuh, p. 5:3458

[2] Al-Buyu' Al-Darrah, hlm 265, cet Dar As-Salam

[3] Mukhtasar Al-Muzani, 1/84 ; Al-Majmu', An-Nawawi, 9/334

[4] al Muhazzab, Al Syirazi,, 1/267, Mukhtasar al Tahawi, al Tahawi, hlm.280.

[5] Ibid, As-Syirazi, 1/267; Al-Majmu', 9/ 345

Sumber rujukan: Zaharuddin.net

Kesimpulannya, jelaslah hukum menjual pakaian tidak menutup aurat adalah HARAM sekiranya kita tahu pembeli kita tu memang tak tutup aurat.. Seolah-olah kita merelakan dan menyokong perkara yang haram juga..walaupun sesetngah ulama ada kata makruh, tapi sebaiknya elakkanlah jual pakaian yang tidak menutup aurat dengan sempurna, kerana sudah pasti kita nak rezeki yang jelas halal bukan syubhah kan...  Jadi untuk mengelakkan perkara ni, dan berlaku was-was juallah pakaian yang betul-betul mengikut syariat... kerana andai kata pembeli tu pakai pakaian tu dan mendedahkan auratnya yang dibeli dari kita, kita pasti trut bersubahat... elakkan perkara yang was-was dan syubhah dalam jual beli... 

Boleh juga rujuk di SINI, SINI

12Ulasan

  1. thanks share... selama ni sy tertanya2 juga tentnag isu ni....

    BalasPadam
  2. Astagfirullah.. klu yg dijual itu haram, maka hasilnya juga haram kan.. mudah2an dilindungi & dijauhi.. sesuatu yg baik utk renungan peniaga2 mukmin yg menjual pakaian...

    BalasPadam
  3. Semuanya bergantung kpd niat penjual juga.. Nice sharing

    BalasPadam
  4. Semuanya bergantung kpd niat penjual juga..nice sharing

    BalasPadam
  5. Semoga ini menjadi peringatan buat para penjual pakaian diluar sana

    BalasPadam
  6. baru aiza tahu.. terima aksih di aats perkongsian ini..

    BalasPadam
  7. mereka bab pakaian ni lalai kekadang, mementingkan fesyen sesaja...

    BalasPadam
  8. Dalam islam semua kena jaga kan Maria coz semua orang ada saham...

    BalasPadam
  9. Nice sharing. Thanks Puan Maria..
    Nak menentukan apa barang yg nak dijual pun penting...ada saham jugak tu..

    BalasPadam
  10. owh...bab ini saya baru tahu....terima kasih untuk pencerahan ni kak..

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  11. good sharing kak. fae dah bookmark entry ne. ada masa fae baca as rujukan :)

    BalasPadam
  12. panjang penjelasannya kan.
    semoga membantu.
    jgn dipandang ringan

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ