GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

8 Amalan Penambah Rezeki


1. Memperbanyak istighfar dan bertaubat.
Firman Allah: Maka aku katakan pada mereka:
"Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu, dan membanyakkan harta dan anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) untukmu sungai-sungai"  (Surah Nuh:10-12)

2. Meningkatkan ketaqwaan.
Firman Allah: "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, dan memberinya rezeki daripada arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya" (Surah At-Thalaq:2-3)

3. Gemar membuat tali silaturahim.
Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang ingin dilapangakan rezekinya dan ingin dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung tali silaturahim. (Riwayat Bukhari&Muslim)

4. Menunaikan ibadah haji dan umrah.
Rasulullah SAW bersabda: Lakukan haji dan umrah, kerana keduanya akan menghapus kefakiran dan dosa sebagaimana api menghilangkan karat besi,emas dan perak. (Riwayat Ahmad)

5. Gemar mendermakan harta.
Firman Allah SWT: Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya diantara hamba-hambaNya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendakiNya)". Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya. (Surah Saba':39)

6. Membiasakan ibadah dengan benar.
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah berfirman "Wahai anak adam, sibukkanlah untuk beribadah kepadaku nescaya Aku akan penuhi dadanya dengan kekayaan dan Aku tutup kefakiranmu.jika tidak kamu lakukan, nescaya akan Aku penuhi pada kedua tanganmu kesibukkan dan tidak Aku tutup kefakiranmu."
(Ahmad)

7. Hijrah di jalan Allah (fisabilillah).
Firman Allah SWT: Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapat di muka bumi ini...

Sumber: FB Dr. Tengku Asmadi

Setiap rezeki yang Allah kurniakan, bukan semuanya mutlak untuk kita, tapi ada bahagian orang lain di dalamnya... maka banyakkan infaq kan harta untuk pembersihan rezeki dan melapangkan rezeki... Rezeki yang Allah berikan kepada kita, bukan hanya kekayaan dan wang ringgit tetapi nikmat iman dan Islam, kebahagiaan dan ketenangan juga rezeki dari Allah... Maka, jadikanlah diri kita sebagai hamba yang sentiasa bersyukur, kerana tak terhitungnya nikmat dan rezeki yang Allah kurniakan setiap hari... 

9Ulasan

  1. Subhanallah.. semoga dimurahkan rezeki & dipermudahkan segala urusan... aamiin.

    BalasPadam
  2. Salam Puan Maria...T.kasih atas perkongsian...

    BalasPadam
  3. Salam Puan Maria...T.kasih atas perkongsian...

    BalasPadam
  4. terima kasih kak...akan cuba memperbaiki diri dan mengamalkan semua tips2 di atas...

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  5. sangat bermanfaat perkongsian ini.. bersama kita mengamalkannya agar dimurahkan rezeki..

    BalasPadam
  6. fae singgah sini ^^

    rezeki berbeza setiap insan..

    BalasPadam
  7. thanks for sharing..kekadang org terlepas pndang semua ni.amik lewehh aje

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ