GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cara Mendidik Anak Berdisiplin

Sumber:fb

Pernah ada ibu bertanyakan hal ini... Dan dibincangkan dalam laman sosial...
Bagaimana hendak didik anak berdisiplin?

Sekadar pendapat peribadi aku sendiri... Macam mana nak didik anak berdisiplin.. Jawapannya ada pada diri kita sendiri sebagai ibu bapa...

Bagaimana kita mendidik diri kita berdisiplin??
Jika kita mampu didik diri sendiri berdisiplin.. Insha Allah kita mampu didik orang lain begitu...

Contohnya, jika kita hendak anak kita orang yang sentiasa dirikan solat... Kita sendiri sebagai ibu bapa,.jangan tinggalkan solat... Jika kita mahu anak kita rajin belajar...kita sendiri sebagai ibu bapa kena teruskan belajar dan membaca...

Ibu bapa adalah contoh disiplin kepada anak-anak...
Jika kita hendak anak yang berdisiplin dalam jaga kebersihan... Kita sendiri kena jaga kebersihan... Jangan kita jadi macam ketam yang mengajar anaknya berjalan betul...

Bukan anak aje.. Kalau cikgu pun begitu... Jika kita nak anak murid berdisiplin...guru pun kena berdisiplin... Jika kita nak pelajar diam ketika kita mengajar/bercakap...kita sendiri kena diam ketika mesyuarat atau kursus guru... Jika perkara semudah ini.. Kita tak mampu nak buat... Jangan salahkan orang lain yg tak ikut kita...

Jika kita nak anak/pelajar kita yang patuh kepada agama...
Kita tanya pada diri kita sebagai ibubpa atau guru... Adakah kita orang yg patuh kepda perintah Allah dan Rasul...

Sama-samalah renungkan...
Rasulullah s.a.w adalah teladan yg baik.. Akhlak Rasulullah s.a.w mampu menarik orang lain ke arah Islam...

Sama-sama renungkan dan muhasabah diri...

P/s: Masa amat terhad... Mampu mobile blogging je buat masa ni... Maaf bagi yg tak sempat nak singgah dan komen tu ea...


Posted via Blogaway

9Ulasan

  1. sepatutnya memang begitu kerana ibu bapalah contoh terbaik untuk anak-anak ikuti

    BalasPadam
  2. Setuju sgt. Lebih krg what you give, you will get back. Kalau mak bapak pon prangai tiga suku mcm mana nak mtk anak brprangai first class dak?

    BalasPadam
  3. emm..nice sharing,nak ank baik..kita kena jd baik dulu..

    BalasPadam
  4. susah jugak ye nak jadi good example untuk anak2...

    BalasPadam
  5. Setuju..betul tu..ibu bapa jd cth ank2

    BalasPadam
  6. CN setuju...ibubapa adalah role model kepada anak2

    BalasPadam
  7. In shaa Allah.. T kasih diatas perkongsian.. bw sekadar termampu je, semoga dipermudahkan segala urusan.. aamiin..

    BalasPadam
  8. mcm MIL sy bgtau, kalau kita nak anak kita rajin solat,kita kena 10x rajin barulah dapat anak yg rajin solat..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ