Zikir maksudnya ingat... Zikrullah maksudnya mengingati Allah... Zikir adalah satu perkara yang sangat mudah dibuat, tapi orang susah nak buat... tambah nak istiqamah lagilah mencabarkan...
Sebenarnya, zikir bukan sahaja penenang jiwa dan hati sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
Sumber: google images |
tetapi zikir juga memberi kesan yang besar kepada otak...
Kajian telah dibuat oleh para saintis menunjukkan yang otak yang berzikir selalu memberi kesan positif iaitu, sel-sel otak lebih aktif dan bersambung... ala macam iklan susu kat TV tu kan...
Berzikir juga menjadikan otak cerdas, aktif, kreatif dan insha Allah lebih positif dan berkembang dengan baik..
Sumber: google images |
Dan disebabkan teori ini, aku nak aplikasikan sesuatu kepada anak didikku tahun depan... iaitu sebelum mula pembelajaran wajib zikir 10x dan selepas belajar tutup 10x dengan zikir... sebab jika tak buat macam tu memang diorang tak berzikir punya...
Di rumah pula kita boleh guna pendekatan yang sama untuk anak-anak... berzikir bukan menenangkan hati, tapi mencerdaskan otak... Bagiku, tak payah nak cari kismis minda atau produk2 untuk anak bijak... bukan tak boleh usaha, tapi cuba buat amalan yang istiqamah baru usaha dengan produk-produk tu semua kan..
Di hari Jumaat ni, memang terbaiklah amalkan zikir, banyak ganjaran dan pahala... insha Allah...
Jom, banyakkan zikir... sambil online pun boleh berzikir, zikir tak perlu kuat-kuat, tapi dalam hati sahaja... sebab kuat-kuat nanti orang kata menunjukkan..
Mudah sangat berzikir... mulakan dengan zikir munajat yang mudah-mudah... Langkah permulaan untuk buat amalan ni ialah, cari MP3 Zikir Munajat, masukkan dalam handphone/smartphone... tak canggih la handphone kan kalau tak boleh dimanfaatkan untuk dapat pahala... setiap hari, pasang dan dengar smbil ikut pelan-pelan... lama-lama bila lidah dah biasa, tak perlu dah nak guna MP3... cubalah...
Jom zikir, untuk ketenangan hati dan kecerdasan minda...
salam kak....selalu la bezikir untuk dapat ketenangan jiwa dan jauh dari perasaan yang tidak baik....dan dapat melembutkan hati :)
BalasPadamsalam jumaat.mari kita sama sama amalkan..
BalasPadamnice sharing :)
BalasPadamhari2 dengar memang terus jd hafaz.. dan bole lagukan sendiri..
BalasPadamAmalan berzikir memg bgus utk kehidupan harian
BalasPadamalhamdulilah.. satu artikel yg sangat bagus..
BalasPadambetul tu.. sy kalau dah bosan2 berzikir la juga..
BalasPadamye kak, sejak kebelakangan ni, saya telah mempraktikkan zikir ini, masya Allah.. jiwa dan hati saya menjadi tenang..
BalasPadamPerkongsian yg sgt bermanfaat.. t kasih.
BalasPadam