GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Rahsia dan Kelebihan Mandi

sumber: google images
Rasa lemau dan lesu je.. mengantuk pun ea juga... jadi aku rasa ubat terbaik adalah mandi bagi penyakit ni... dok mandi selama ni, tahu ke tidak apa kelebihan mandi??? Jom kita layari apa kelebihan mandi yang mungkin kita tak tahu selama ni....


Kajian terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. 
 
Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat 
memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. 
 
Berikut ini disenaraikan beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya; 
 
Mengeluarkan racun: Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit. 
 
Stress: Jika anda mengalami stress, mandi air sejuk adalah jawapan yang tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. 
 
Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit. 
 
Selesema dan sakit kepala: Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit. 
 
Insomnia: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.. 
 
‘Mandi Songsang’ 
Bagaimanakah cara kita mandi setiap hari? Kita basahkan dari bahagian atas (kepala) dulu atau dari bahagian bawah (kaki) dulu? Atau kita jirus dari bahagian tengah (badan) dulu? 

Cara mandi songsang ialah mandi dengan cara membasahkan bahagian bawah dulu (kaki) dan kemudian baru basahkan bahagian badan dan seterusnya bahagian kepala. Cara mandi ini disebut ‘mandi songsang’. 
 
Menurut artikel yang saya baca, cara mandi sebegini adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya. 
 
Kebiasaannya, ramai diantara kita mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala dulu. Sebenarnya cara ini akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri. 
 
Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut. Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Ia boleh menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Ini adalah disebabkan, seluruh sistem hormon dan aliran bendalir dalam badan adalah diatur dan disetkan di dalam kepala. Jadi, cara mandi bermula dari kepala akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan. 
 
Cara yan bagus dan lebih dianjurkan ialah, mandi songsang iaitu dengan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiri dengan kepala. 
 
Berikut ini dicatatkan beberapa kebaikan dan kelebihan mandi songsang atau mandi yang bermula dari bahagian bawah. 
  1. Menjadikan pengamalnya awet muda dan fresh. 
  2. Mengembangkan salur darah otak-menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi. 
  3. Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum. 
  4. Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak. 
  5. Melancarkan perjalanan darah. 
  6. Menjadikan pengamal semakin pintar. 
  7. Meninggikan daya ingatan. 
  8. Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala. 
  9. Menjadikan state mood yang tenang dan ceria. 
  10. Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat. 
  11. Memiliki daya ketahanan mental. 
  12. Menambahkan semangat berani. 
  13. Menguatkan gusi dan gigi dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan. 

Dalam Islam sendiri memang ada diterangkan hukum dan sebab mandi. Terdapat tiga hukum mandi dalam Islam iaitu mandi wajib, mandi sunat dan mandi harus.... ini menunjukkan ada kelebihan kenapa dalam Islam sendiri dalam hukum fekah diterangkan bab mandi... 

Mandi songsang memang diajar turun temurun oleh mak aku sendiri... memang antara kelebihan mandi songsang tu memang aku lihat sendiri pada mak... jadi kalau nak mandi guna shower pun, basahkan kaki dahulu baru badan dan kepala... mungkin, nampak remeh kan,,,tapi mempunyai kesan jangka panjang... 

19Ulasan

  1. ada juga orang yang tak suka mandi kan...

    BalasPadam
  2. yes stress..2 cara yg sy selalu bt..madi lama2 dan tidur..:P

    BalasPadam
  3. mandi songsang tu memang amal dari dulu...

    BalasPadam
  4. pernah dengar pasal amalan mandi songsang... mmg bnyk kebaikan nya... kalo kita peratikan... masuk dlm kolam pon sama... kita masuk kaki dulu... dan sikit2 badan direndamkan. Last skali baru kepala. Sama je macam mandi songsang

    BalasPadam
  5. akk memang amalkan mandi songsang dari dulu... atas nasihat doktor

    BalasPadam
  6. sokong dengan artikel ini.. mandi sonsang tu mmg bagus untuk kesihatan..

    BalasPadam
  7. Saya mandi songsang...memg elok..xla jantung kita terkejut bila kite jirus bdn ngan air

    BalasPadam
  8. wah .. air panas ??? kat kampom kite ade air panas .. best !!

    BalasPadam
  9. tertarik kat bhgn mandi songsang tu.. erm, kalau rajin buat, kalau tak, idak ler.. tapi bnyk kelebihannya bila kita buat kan.. nanti nak cuba amalkan la..
    yang pasti bila mndi dapat rasa tenang je..bdan letih pun dapat rasa relax jap..

    BalasPadam
  10. Banyak kelebihan mandi ni kan... yg tentang basuh kaki dulu tu pernah baca, cuma bila nak mandi tu mesti terlupa nak mula dr kaki dulu...huhu

    BalasPadam
  11. Banyak juga kelebihan mandi ni sebenarnya. Makanya, rugilah pada sesiapa yang tak suka mandi setiap hari :)

    BalasPadam
  12. mandi songsang tu betul, CN dah lama amalkan mandi songsang ni sebab ada sorang kawan bagitahu, cara nk hilangkan skt kepala dengan mandi songsang..

    BalasPadam
  13. Anak2 saya memang di suruh mandi songsang setiap pagi. Nice sharing. TQ

    BalasPadam
  14. Haah betul tu mandi songsang eik nama dia baru tau.. tapi hat mandi air sejuk tu masih tak tahan lagi heheh.. baru nak menjinakkan diri walaupun sebenarnya mandi air sejuk di awal pagi sangat di sarankan.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ