GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Buah-buahan Terbaik untuk Bayi

Apabila anak anda sudah mula diberi makanan pejal, buah-buahan antara makanan yang mesti diperkenalkan. Ia mudah diberi, mudah hadam dan sedap dimakan.

Buah-buahan yang kaya dengan vitamin dan mineral paling sesuai sebagai makanan awal diperkenalkan. Berikut lima jenis buah yang baik diberikan kepada bayi.

Buah-buahan Terbaik untuk Bayi


Buah-buahan Terbaik untuk Bayi

*PISANG

Untuk bayi enam bulan ke atas.
Kandungan nutrisi utama: kalium, fosfor, vitamin A, asid folat.

Cadangan sajian:
1. Kupas kulit pisang, lenyekkan sedikit dan boleh terus disuap kepada bayi.
2. Puri pisang


Buah-buahan Terbaik untuk Bayi

*OREN

Untuk bayi enam bulan ke atas.
Kandungan nutrisi utama: kalium, kalsium, vitamin A, vitamin C, asid folat, serat.

Cadangan sajian:
1. Cuci bersih buah oren, kupas dan perahkan jusnya. Beri kepada bayi.
2. Dapat dijadikan pemanis yang menyegarkan dalam penyediaan puri buah.


*EPAL

Untuk  bayi enam bulan ke atas.
Kandungan nutrisi utama: kalium, magnesium, fosfor, kalsium, vitamin A, vitamin C.

Idea sajian:
1. Puri epal









Buah-buahan Terbaik untuk Bayi*PIR

Untuk bayi enam bulan ke atas.
Kandungan nutrisi kalium, fosfor, kalsium, vitamin C.

Idea sajian:
1. Puri pir:
*Bagi bayi berusia lapan bulan, boleh ditambahkan bijirin agar puri ini menjadi padat.
Buah-buahan Terbaik untuk Bayi

*TOMATO

Untuk  bayi lapan bulan ke atas.
Kandungan nutrisi: protein, serat, kalium, magnesium, fosfor, kalsium, vitamin A, asid folat.

Idea sajian:
1. Sos tomato:
Cuci bersih lalu rebus tomato sampai empuk, sehingga kulitnya mudah dikupas.
Setelah dikupas, potong menjadi empat bahagian. Kisar hingga halus, lalu tapis menjadi sos tomato.
Hidangkan bersama dengan puri kentang atau sayuran

Sumber: Majalah PaMA

Tambahan info (berdasarkan pengalaman sendiri):

Petua buah pisang: pisang dapat membantu menambah kenaikan berat kanak-kanak atau bayi yang susah naik berat badan.. Faiqah dulu, seminggu sebelum pergi timbang kat klinik, bagi makan pisang dulu.. Alhamdulillah, naik berat badannya... orang dewasa pun boleh amalkan petua ni... 

Tomato: boleh melicin dan melembutkan serta memberi kelembapan semula jadi pada kulit. Amalkan makan tomato mentah atau puree tomato.. 

Oren: Boleh membantu, mengurangkan selesema kerana kandungan vitamin C yang tinggi, serta mengurangkan lendiri pada tekak dan paru-paru... 

11Ulasan

  1. zayyan pun masa baby suka makan pisang. lepas tu dia takmo pulak. skrg ni... dah umur setahun lebih baru suka balik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hee... Pisang ni manis jadi mmg bdk2 suka.. Lgipun lmbut utk dikunyah kn..

      Padam
  2. ooo macam gitu..terima kasih atas entri ini ye cikgu

    BalasPadam
  3. nnt dah khwin boleh praktik..paksa anak mkn tomato..ahhaha...lyeen dr dulu smpi laa ni ..x reti mkn tomato//.hahaha

    BalasPadam
  4. thanks maria for sharing this info...boleh buat panduan pada masa akan datang ni...

    BalasPadam
  5. Apa pun pisang mmg ttp menjadi makanan terbaik buat semua ye.. kira makanan sunnah juga tu kan..

    BalasPadam
  6. Pisang memg menjadi pilihan..byk khasiat

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ