Recents in Beach

Busuk!!! Tapi Banyak Khasiatnya


Nama tumbuhan ini mungkin asing bagi orang yang tinggal di kawasan bandar terutamanya bagi anak-anak muda. Hal ini kerana di Malaysia pokok ini lebih mudah dijumpai di kawasan-kawan kampung dan lazimnya daun mengkudu ini di gunakan untuk perempuan sedang berpantang. Mengkudu atau nama botaninya Morinda Citrifolia merupakan sejenis tanaman malar hijau liar yang senang didapati di kawasan berhampiran laut. Keajaiban mengkudu telah tercatat dalam manuskrip purba sebagai salah satu bahan utama dalam ramuan perubatan sejak 2,000 tahun lalu.

Bukan sahaja baik sebagai ulam (pucuk muda), buahnya juga dimanfaatkan sebagai ubat dan ini telah lama dipraktikkan penduduk Polinesia dan Kepulauan Caribbean dalam mengubati pelbagai penyakit dan untuk menyihatkan badan. Buah mengkudu dikatakan mengandungi 12 kandungan penting yang mana boleh bertindak sebagai ejen melawan bakteria dan anti-oksidan.

Buah mengkudu juga boleh memulihkan sistem penghadaman, dapat membantu dalam merawat buasir, hidung tersumbat, membantu untuk meredakan batuk, melancarkan aliran darah, memperbaiki sel rosak, mengaktifkan sel-sel badan lemah.Tambahan lagi, mengkudu juga baik untuk meredakan tekanan darah tinggi, menghilangkan ketagihan dadah dan rokok, membantu sistem kesuburan lelaki dan wanita (senggugut), arthritis, ulser, kencing manis, kerosakan buah pinggang dan dapat menghalang pertumbuhan parasit serta kulat.

Selain daripada itu, buah mengkudu juga dikatakan dapat merencat pertumbuhan sel-sel barah, mempunyai kesan analgesik (penahan sakit), antiseptik (membunuh kuman), menstabilkan tekanan darah dan aras kolestrol, merawat sakit kulit, memulihkan kesan umum penuaan (awet muda) dan sebagainya.Jadi mulakan langkah anda memakan buah mengkudu ini. Bak kata pepatah mencegah lebih baik dari merawat. Selamat mencuba...!!


Teringat kat kampung... dulu-dulu memang sejak azali tak makan mengkudu, aku jolok bagi lembu2 aku je makan.... sapa yang lalu makan, boleh lerr blender buat jus ea... 

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Jus mengkudu.. pernah minum, tp x ingatlah mcmmna rasanya.. :)

    BalasPadam
  2. kita pernah try nak makan buah ni..tapi memang tak bolehlah..bau dia kuat sangat...

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^