GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Apa yang kita tengok sebelum membeli???

Pengalaman dan pemerhatian ramai orang... apa yang kita patut tengok dan teliti sebelum membeli sesuatu barang??? Jom survey...
Google images

1. Halal
Ni perkara utama aku tengok sebelum membeli sesuatu barangan, terutama barangan makanan. Barangan kecantikan dan kesihatan juga tak terkecuali.. Walaupun susah nak jumpe yang halal bagi barangan kecantikan, tapi pegang prinsip mencari yang halal itu satu kefarduan bagi setiap muslim.. maka, wajib cari yang halal.

2. Tarikh luput
Makanan, minuman atau produk kegunaan harian pasti ada tarikh luput... terutama makanan segera, dan makan dalam tin. Wajib tengok tarikh luput dan tarikh pembuatannya... Biasanya makanan yang tak tahan lama macam roti belilah dalam lingkungan 3 atau 4 hari boleh dimakan sbelum tarikh luput.

3. Fakta Nutrisi
Bagi segala jenis makanan, sampailah ke gula-gula pasti ada fakta nutrisi. Pastikan makanan yg kita beli kurang gula dan garam. Aku pernah nak membeli daging burger biasa dan oblong, akhirnya aku pilih oblong sebab kandungan garam dan lemak kurang dari daging burger biasa. 

4. Harga
Ada orang tak kisah pasal harga. Tapi aku sangat kisahkannya.. Antara trick penjual ialah meletakkan angka murah dihadapan tapi ada sen dibelakang. Contohnya harga Minuman Coklat RM9.90. Ini adalah trick je.. sebenarnya RM10 lah senang kata jika dibundarkan.. 

5. Kualiti
Pastikan semua barangan yg dibeli berkualiti. Terutama barangan eletrik, pastikan ada cop SIRIM dan wajib beli barangan elektrik yang ada nama macam Panasonic, Elba dan Samsung... Jangan beli jenis murah, kerana barang elektrik yang murah dan tiada jenama boleh mengudang bahaya seperti lintar pintas, dan renjatan elektrik. 

Ni antara 5 perkara penting yang patut kita teliti semasa membeli sesuatu barang. Tambah-tambah sekarang segala barang dah naik kan.. maka wajib sediakan list barang yg nak dibeli.. jangan capai masuk troli je.. Kalau aku dan suami siap kuarkan handphone kira berapa jumlah yang nak dibayar dan bawa duit cukup2 je untuk beli.. Memang kena bdjet betul takut over budjet, diri sendiri lah merana hujung bulan kan.. 

Tips tambahan: Belilah barangan buatan Malaysia... Cara nak tahu barangan tu Made In mana2 negara: tengok kat screen pic bawah ni:
Boleh klik untuk tumbersaran... Atau rujuk kat SINI 

Cara nak baca bar kod ni ialah, 3 digit di depan bar kod itu adalah negara pengeluar... 

4Ulasan

  1. mak aiza selalu amalkan macam tu.. jika nak membeli dia akan belek tengok tanda halal, tarikh luput dan bahan-bahan yang digunakan.. kena tengok bahan-bahan tu sebab mak aiza alergik kepada makanan laut..

    BalasPadam
  2. betul tu,.. perkara pertama tengok halal ke tak. pastu tengok taeikh luput.. pernah kena, beli barang yang expired.. huhu, sakit hati.

    BalasPadam
  3. T kasih diatas pesanan ye. Kod2 tu mmg penting juga utk kita tau :)

    BalasPadam
  4. beli jerrr kat kedai rakyat 1 malaysia.....murahhhhhhhhh2

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ