GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kurus Selepas Bersalin Secara Semulajadi

Risau dengan badan yang bagai dipam-pam selepas bersalin? Nak ambil produk kuruskan badan, bimbang pula memberi kesan kepada susu badan. Dalam masa yang sama mata sudah tidak tahan dengan badan sendiri. Apa kata cuba cara semula jadi. Ia selamat dan mudah dilakukan.

Kurus Selepas Bersalin Secara Semulajadi

Kurus Selepas Bersalin Secara Semulajadi

1-Minum air dalam jumlah yang banyak

Air adalah penyembuh kepada banyak penyakit. Saranan meminum dua liter air sehari membantu menyingkirkan ‘longgokan’ toksin di dalam badan.

2-Hadkan pengambilan bahan kimia

Dalam tempoh detoks ini, anda disarankan untuk mengehadkan pengambilan sebarang bentuk yang mengandungi bahan kimia terutama ubat penahan sakit yang akan memberikan impak negatif kepada hati.

3-Elakkan makanan berproses

Makanan yang berproses sudah tentu mengandungi pengawet, perasa dan pewarna yang  akan mengganggu proses nyah toksin yang sedang dijalankan.

4-Hadkan kafein

hadkan pengambilan makanan atau minuman tidak melebihi 250mg sehari.

5-Hindari makanan bergula

elakkan mengambil gula berproses kerana ia melambatkan proses detoks.

6-Bersenam

Jangan lupa untuk bersenam. Melalui senaman yang dilakukan secara berkala, anda boleh mengeluarkan toksin menerusi peluh.

7-Banyak memakan sayur-sayuran

ambil sajian sayur-sayuran yang mampu menghambat toksin dalam badan. Sayur seperti brokoli, tauge, dan bunga kubis serta bawang besar elok diamalkan dalam tempoh detoksifikasi ini.

8-Makanan berserat tinggi

Makanan berserat jangan dilupakan. Anda boleh mengambil oat, beras perang sebagai menggantikan nasi putih, mi atau pasta.

9-Buah-buahan dan kekacang

Gantikan kudapan anda yang berminyak  dan kurang sihat itu dengan buah-buahan segar. Jika bosan mengunyahnya, anda boleh mengisar buah-buahan tersebut menjadi jus tetapi jangan menambah gula di dalamnya sebagai pemanis.

10-Minuman sihat

selain air kosong, anda juga boleh meminum teh hijau, susu, air kelapa, air yang di campur perahan lemon dalam kuantiti yang sederhana. 

Sumber: Majalah PaMa

4Ulasan

  1. Nak tambah satu lagi kak. Berjaga tgh malam nyusukan anak insyaAllah konpom kurus sebab tak cukup tido hehe.

    BalasPadam
  2. good info..xyah nak gie slimming centre kan..hehe

    BalasPadam
  3. sng n jimat..xyh bazir duit p slim world..

    BalasPadam
  4. Boleh jadikan rujukan nanti..tapi yang penting teruskan Breastfeeding..InsyaALLAH kurus secara semulajadi..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ