div id='header-inner'>

Bila Anak Terlalu Manja

Secara lahiriah anak-anak kecil tidak dilahirkan dengan perangai yang manja. Jadi bagaimana mereka boleh bersikap manja dan kadang kala terlalu manja? Sebenarnya ibu bapa yang membentuk anak-anak menjadi manja.

Keletah anak-anak yang jujur dalam perlakuan dan percakapan kadang kala membuatkan kita keterlaluan menurutkan apa sahaja kehendak mereka. Merayu, memujuk dan menunjukkan wajah comel kepada ibu bapa apabila mahukan sesuatu adalah senjata ampuh kanak-kanak. Paling kronik mereka akan menangis berguling-guling kerana tahu ibu bapa akan menjadi lemah jika mereka berbuat demikian.

Semakin mereka meningkat usia, perlakuan manja yang secara tidak sengaja dibentuk daripada sikap ibu bapa sendiri yang gemar menurut kemahuan anak-anak memungkinkan mereka menjadi anak yang tidak berdisiplin dan sukar dikawal perlakuannya sama ada di rumah atau di luar.

Oleh yang demikian, ibu bapa perlu mengenali 10 tanda perilaku berikut yang menunjukkan ciri-ciri anak manja yang mungkin menjadi sukar dikawal. Segeralah bertindak menanganinya sebelum terlambat.

1.      Mereka akan menangis dan menjerit jika inginkan sesuatu.

2.      Suka merajuk sambil terlentang di lantai dan enggan bangun jika kemahuannya tidak dituruti.

3.      Sering marah dan memukul ibu bapa apabila dikenakan hukuman atau dimarah.

4.      Mengabaikan pertanyaan ibu bapa.

5.      Bersikap kasar dengan orang dewasa dan adik-beradik lain.

6.      Menolak berkongsi mainan dan sebagainya dengan adik-beradik lain.

7.      Suka menjadi perhatian jika berada dalam kumpulan kanak-kanak seusianya.

8.      Selalu mahukan apa yang menjadi milik orang lain. Bila berjaya mendapatnya, mereka inginkan sesuatu yang baru pula.

9.      Membiarkan bilik bersepah dan tidak mahu mengemasnya sehingga akhirnya ibu bapa mengalah dan membereskannya kerana tidak sanggup melihat keadaan itu.

10.  Sukar tidur mengikut waktu tidur yang sepatutnya.


Apa yang harus dilakukan?

*Berikan mereka ganjaran bagi kelakuan baik yang ditunjukkan, dan hukuman bagi kesalahan yang dilakukkan. Bila anak menjerit mahukan sesuatu, jangan berikan sehingga mereka menyedari yang tingkah laku tersebut salah serta meminta maaf.

*Apabila mereka sedang marah dan enggan berganjak daripada lantai, angkat dan masukkan mereka ke dalam bilik sehingga mereka tenang dan meminta maaf atas kesalahan.

*Apabila anak-anak mengabaikan perintah anda untuk melakukan sesuatu, hukumlah segera. Suruh berdiri di satu sudut dan jangan berganjak selagi belum meminta maaf.

*Jangan turuti semua permintaan anak. Biasakan anak berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan.

*Jika bilik mereka bersepah, jangan izinkan mereka keluar dari bilik sehingga mereka membersihkan bilik.

*Tetapkan waktu tidur mereka dan didik mereka berdisiplin dengan peraturan tersebut. Anda mesti bertegas dengan peraturan yang dibuat dan jangan mengalah dengan pujuk rayu anak.


Tujuan aku naikkan artikel ni sebagai rujukan aku dan semua ibu bapa juga... Faiqah sendiri aku nampak ada ciri-ciri manja nih.. Harap-harap hilang lah perangai manja dia lepas ada adik nanti.. Aku dulu pun manja, dan suami aku pun manja sebab aku dan suami masing2 ada adik bila kami dah besar...jadi, kami menjadi anak bongsu dalam tempoh yang lama.. Tapi banyak je faktor lain, anak-anak jadi manja.. Aku tengok anak-anak didik aku, tahu dah diorang ni kategori manja terlebih. Anak sendiri manja ok lah kan.. bila tang anak orang nak layan manja nya tu.. hadoii.. pening kepala... 

Moga artikel ni bermanfaat untuk semua.. Korang anak manja tak??? hehe

entry autopublish

Catat Komen

6 Ulasan

  1. aiza dulu manja dengan mak dan arwah ayah.. sampai sekarang masih manja dengan mak.. hehe..

    BalasPadam
  2. kdg2 terlembut hati juga dengan anak2 huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah... Ibu kn.. Keras mcm mna lmbut gak akhirnya...

      Padam
  3. salam ramadhan # 14
    ank m3h yg no 2 mmg manja terlebih..kdg tu geram tgk dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Ramadhan...

      Hehe...cubalh tips2 di atas...

      Padam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)